Yang di-Pertuan Agong Malaysia & Sultan Johor From Wikipedia, the free encyclopedia
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj (Jawi: سلطان إبراهيم ابن المرحوم سلطان اسكندر; diputerakan pada 22 November 1958) merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Sultan Johor era moden ke-5. Pada 27 Oktober 2023, baginda telah dipilih oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya dan istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan telah diadakan di Istana Negara pada 31 Januari 2024.
Sultan Ibrahim سلطان ابراهيم | |||||
---|---|---|---|---|---|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVII Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor | |||||
Yang di-Pertuan Agong ke-17 | |||||
Pemerintahan | 31 Januari 2024 – kini (9 bulan dan 3 hari) | ||||
Pertabalan | 20 Julai 2024 | ||||
Didahului oleh | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | ||||
Timbalan | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah | ||||
Perdana Menteri | Lihat semua | ||||
Sultan Johor | |||||
Pemerintahan | 23 Januari 2010 – kini (14 tahun, 9 bulan dan 11 hari) | ||||
Kemahkotaan | 23 Mac 2015 | ||||
Didahului oleh | Sultan Iskandar | ||||
Tunku Mahkota | Tunku Ismail | ||||
Menteri Besar | |||||
Pemangku Sultan | Tunku Ismail | ||||
Tunku Mahkota Johor | |||||
Tempoh | 3 Julai 1981 – 23 Januari 2010 | ||||
Didahului oleh | Tunku Mahmood Iskandar | ||||
Diikuti oleh | Tunku Ismail | ||||
Keputeraan | Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar 22 November 1958 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaya | ||||
Pasangan | Raja Zarith Sofiah (k. 1982) | ||||
Anakanda | |||||
| |||||
Ayahanda | Sultan Iskandar | ||||
Bonda | Enche’ Besar Hajah Khalsom (Josephine Ruby Trevorrow) | ||||
Agama | Sunni Islam | ||||
Kerjaya ketenteraan | |||||
Kesetiaan | Malaysia Johor | ||||
Perkhidmatan | Tentera Darat Malaysia Askar Timbalan Setia | ||||
Tahun perkhidmatan | 1977–kini | ||||
Pangkat | Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal Tentera Udara (Panglima Angkatan Tentera) Komando (JMF) | ||||
Unit | Askar Timbalan Setia |
Sultan Ibrahim merupakan pengasas kepada acara jelajah bermotosikal, Kembara Mahkota Johor disebabkan oleh minat baginda terhadap sukan pemotoran berkuasa tinggi. [1] Pada 20 Julai 2024, Baginda ditabalkan di Istana Negara, untuk tempoh 5 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaya ketika pemerintahan paduka nenda moyang baginda, Sultan Ibrahim. Baginda merupakan anakanda ketiga dan putera sulung daripada 10 adik-beradik kepada Sultan Iskandar bersama bondanya iaitu Josephine Ruby Trevorrow, seorang wanita Inggeris dari Torquay, England.[2][3][4] Mereka berdua bertemu ketika Sultan Iskandar (sebelum itu Tunku Mahmood) melanjutkan pelajarannya di England. Trevorrow kemudiannya memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Kalsom binti Abdullah setelah berkahwin dengan Tunku Mahmood.
Nenda Moyangnya, Sultan Ibrahim mangkat di London pada 8 Mei 1959, oleh itu, nendanya Tunku Ibrahim Ismail, Sultan Ismail berjaya menjadi Sultan Johor. Sultan Ibrahim Ismail naik ke tangga kedua sejajar dengan takhta, selepas ayahandanya.
Seperti kanak-kanak yang lain, Tunku Ibrahim juga melanjutkan pelajaran. Sekolah pertama baginda ialah Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1. Setelah itu, baginda kemudiannya menyambung pelajarannya di Trinity Grammar School di Australia pada 1968 selama dua tahun. Sekembalinya baginda ke Johor, baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Di samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama Islam.
Beberapa tahun kemudian, Tunku Ibrahim telah dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan dan kemudiannya ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat. Di situ, baginda telah mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Setelah berada di situ, baginda kemudiannya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat.[5] Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.
Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan telah bersemayam di Istana Pasir Pelangi sejak itu.[5][6][7] Baginda pernah menjadi pemangku raja Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 ketika ayahandanya, Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan.[5] Dalam beberapa tahun belakangan ini, Tunku Ibrahim secara beransur-ansur mengambil alih beberapa tugas negeri dan fungsi dari ayahandanya yang telah lanjut usia termasuklah ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-211 dimana Tunku Ibrahim bersama Tunku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang telah mewakili ayahanda masing-masing dalam mesyuarat itu.[8][9]
Beberapa jam sebelum kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010, Tunku Ibrahim Ismail sekali lagi dilantik sebagai pemangku sultan berikutan laporan perubatan mengenai kemangkatan Sultan Iskandar yang masih belum disahkan.[10] Pada waktu malam hari yang sama, Sultan Iskandar telah mangkat dan Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada esoknya berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dengan gelaran Sultan Ibrahim.[11][12] Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan pemasyhuran itu di Istana Besar Johor Bahru dan mengumumkan tentang musim perkabungan bagi kerabat diraja Johor yang terdekat adalah selama 40 hari manakala bagi rakyat Johor pula ialah 7 hari. Semasa musim itu juga, Sultan Ibrahim pertama kalinya ke mesyuarat Majlis Raja-Raja sebagai Sultan Johor.
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diperkenalkan oleh Sultan Johor Moden yang pertama iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 selepas baginda mendapat ilham daripada lawatan baginda Empayar British dan Empayar Uthmaniyah. Baginda memperkenalkan konsep mahkota kepada raja-raja Melayu yang kemudiannya diikuti oleh Kelantan, Selangor dan Terengganu.
Pada tahun 2013, kerja-kerja penaiktarafan Istana Besar Johor dan Istana Bukit Serene telah mula dilangsungkan atas perkenan baginda yang berkehendaki agar Istiadat Kemahkotaan baginda diadakan pada 5 Mei 2014, sempena baginda menjadi Sultan Johor yang ke-5. Walau bagaimanapun, disebabkan kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, Istiadat tersebut ditangguh.[13]
Pada Januari 2015, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli menyampaikan perkenan baginda untuk melangsungkan Istiadat Kemahkotaan baginda. Kali terakhir Istiadat tersebut dilangsungkan ialah pada tahun 1960 iaitu Kemahkotaan Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim. Sultan Iskandar pula tidak berkehendakkan Istiadat Kemahkotaan buat dirinya.
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kali-4 ini diadakan pada 23 Mac 2015 dan disambut secara besar-besaran yang bermula dari Istiadat Meletak Kerja pada 16 Mac 2015 dan diisi dengan 9 istiadat utama dan keraian di seluruh negeri Johor sehingga bulan April 2015.[14]
Pada 27 Oktober 2023, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024. Istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan telah dilangsungkan pada 31 Januari 2024 di Istana Negara.
Istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong berlangsung pada 20 Julai 2024.[15]
Sultan Ibrahim telah berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah, puteri kepada Sultan Perak, Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah pada tahun 1982.[16][17] Baginda berdua dikurniakan 6 orang anakanda iaitu:
Gelaran | Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Usia | Tempat Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Anakanda | Cucunda |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pemangku Sultan Johor & Tunku Mahkota Johor | Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar | 30 Jun 1984 | Johor | 40 tahun, 4 bulan dan 4 hari | N/A | 24 Oktober 2014 | Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam | Tunku Khalsom Aminah Sofiah Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Zahrah Zarith Aziyah | |
Raja Muda Johor | Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) | 14 Oktober 2017 | Johor | 7 tahun dan 20 hari | N/A | N/A | N/A | ||
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) | 17 Julai 2019 | Johor | 5 tahun, 3 bulan dan 17 hari | N/A | N/A | N/A | |||
Tunku Temenggong Johor | Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman | 25 Disember 1987 | Johor | 36 tahun, 10 bulan dan 9 hari | N/A | N/A | N/A | ||
Tunku Aris Bendahara Johor | Yang Amat Mulia Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (Adinda Sultan Ibrahim) | 20 Julai 1970 | Johor | 54 tahun, 3 bulan dan 14 hari | N/A | 13 Januari 2006 | Tunku Teh Mazni Binti Tunku Yusuf | Tunku Mahmood Iskandar Tunku Aisha Menjalara Iskandar Tunku Abdul Marteen Idris Ismail Ibrahim Iskandar | |
Tunku Laksamana Johor | Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar | 5 Julai 1990 | Johor | 5 Disember 2015 (umur 25) | Johor Bahru | Tidak pernah berkahwin | N/A | ||
Tunku Panglima Johor | Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri | 5 Februari 1993 | Johor | 31 tahun, 8 bulan dan 29 hari | N/A | N/A | N/A | ||
Tunku Putera Johor | Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim | 30 Mei 2001 | Johor | 23 tahun, 5 bulan dan 4 hari | N/A | N/A | N/A | ||
Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Usia | Tempat Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Anakanda | Cucunda |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah | 8 April 1986 | Johor | 38 tahun, 6 bulan dan 26 hari | N/A | 14 Ogos 2017 | Dato' Dennis Muhammad Abdullah | Layla Sofiah | |
Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) | 25 Jun 2016 | Johor | 8 tahun, 4 bulan dan 9 hari | N/A | N/A | N/A | ||
Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah binti Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) | 21 April 2021 | Johor | 3 tahun, 6 bulan dan 13 hari | N/A | N/A | N/A | ||
Yang Amat Mulia Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar (Kekanda Sultan Ibrahim) | 11 Julai 1956 | Johor | 68 tahun, 3 bulan dan 23 hari | N/A | 2 Mei 1972 | Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj | Tengku Haji Shakirin Al-Amin Mahmud Ismail Ahmad Shah Tengku Indera Bijaya Diraja Selangor Tengku Salehuddin Ismail Shah Tengku Shahrain Ismail Ibrahim Iskandar Hishamuddin Shah Tengku Sharifuddin Ibrahim Ismail Iskandar Abdul Aziz Shah Tengku Kathira Zanariah Ihsan Maimunah Aminah Iskandar Putri | |
Yang Amat Mulia Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar (Kekanda Sultan Ibrahim) | 20 Oktober 1957 | Johor | 67 tahun dan 14 hari | N/A | N/A | N/A | N/A | N/A |
Gelaran hormat bagi Sultan Ibrahim | |
Gaya panggilan | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Kebawah Duli Tuanku |
Gaya pilihan | Tuanku |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.