Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Marsyal Tentera Udara ialah istilah Bahasa Inggeris bagi pangkat paling kanan dalam beberapa tentera udara. Pangkat-pangkat yang ditunjukkan oleh istilah ini dengan betul boleh dianggap pangkat marsyal.
Tiada tentera udara di sebuah negara yang berbahasa Inggeris secara rasmi menggunakan gelaran tepat "marsyal tentera udara", walaupun ia kadang-kala digunakan sebagai bentuk ayat pendek dari gelaran penuh. Di dalam beberapa tentera udara Komanwel dan banyak tentera udara Timur Tengah, pangkat yang paling kanan disebut "marshal of the", diikuti oleh nama tentera udara kenegaraan (contohnya marshal of the Royal Australian Air Force (Marsyal Tentera Udara Diraja Australia).
Brazil dan Itali telah menggunakan gelaran pangkat yang diterjemah secara harfiah sebagai marsyal udara, manakala pangkat Portugal diterjemah sebagai "marsyal tentera udara". Luftwaffe Nazi Jerman menggunakan pangkat Generalfeldmarschall (juga digunakan oleh Tentera Darat Jerman Perang Dunia II). Pangkat tertinggi Reichsmarschall hanya dipegang oleh Hermann Goering.
Contoh pertama pangkat ini adalah Marshal of the Royal Air Force (Marsyal Tentera Udara Diraja), yang telah diwujudkan atas kertas pada tahun 1919 dan pertama kali dipegang oleh Lord Trenchard (dari tahun 1927 keatas). Negara-negara Komanwel yang lain kemudiannya menerima pakai versi pangkat negara mereka sendiri tetapi, tidak seperti United Kingdom, mereka hanya menggunakannya sebagai satu penghormatan istiadat.
Marsyal tentera udara boleh diambil kira sebagai marsyal dan pangkat itu adalah bersamaan dengan pangkat Fil Marsyal tentera darat dan pangkat Laksamana Armada tentera laut. Marsyal tentera udara adalah pangkat lima bintang dan di negara-negara NATO ia ditunjukkan oleh kod ranking OF-10. Walaupun berpangkat kanan, ia amat jarang dipegang. Ianya dianugerahkan samada dalam kapasiti istiadat kepada ketua negara atau ahli-ahli keluarga diraja, atau kepada pegawai-pegawai yang paling kanan dalam tentera udara yang besar.
Dalam angkatan tentera udara Australia, India, Thailand dan United Kingdom, marsyal tentera udara adalah pegawai atasan Ketua Marsyal Udara. Dalam kes di New Zealand, walaupun pangkat marsyal Tentera Udara Diraja New Zealand telah diberikan, tiada pegawai Tentera Udara Diraja New Zealand mencapai kedudukan yang lebih tinggi daripada Marsyal Udara dan pangkat ketua marsyal udara hanya wujud di atas kertas. Situasi yang sama di New Zealand juga wujud di Malaysia sehingga tahun 1970-an apabila Tentera Udara Diraja Malaysia menggantikan pangkat pegawai udaranya dengan pangkat pegawai jeneral, walaupun ia mengekalkan pangkat Marsyal Tentera Udara Diraja Malaysia. Pangkat Marsyal Tentera Udara Diraja Kanada tidak pernah diberikan.[1]
Dalam era Nazi Jerman, Luftwaffe (tentera udara), bersama-sama dengan Heer (tentera darat), menggunakan pangkat generalfeldmarschall (fil marsyal), yang setara dengan grossadmiral (laksamana besar) dalam tentera laut. Generalfeldmarschall adalah pegawai atasan generaloberst (kolonel jeneral) dan ia adalah pangkat yang paling kanan dalam tentera udara dan tentera darat Jerman sehinggalah kenaikkan pangkat Hermann Goering, panglima besar Luftwaffe, ke pangkat yang lebih tinggi Reichsmarschall (Marsyal Imperial atau Marsyal Empayar) pada bulan Julai 1940. Pangkat reichsmarschall dan generalfeldmarschall tidak lagi wujud selepas kejatuhan Reich Ketiga.
Terdapat pelbagai jenis insignia pangkat yang digunakan oleh berlainan tentera udara yang mengekalkan pangkat marshal of the air force. Antaranya, seperti Tentera Udara Diraja, corak yang diambil dari pergelangan baju Laksamana Armada, memakai satu baris lebar warna biru muda diatas baris lebih lebar warna hitam dan diikuti empat baris sederhana warna biru muda diatas setiap baris lebih lebar warna hitam. Yang lain menggunakan susunan bintang-bintang, biasanya berjumlah lima bintang.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.