From Wikipedia, the free encyclopedia
Marsyal Udara (Air Marshal) ialah pegawai udara[1] berpangkat tiga bintang yang berasal daripada Tentera Udara Diraja.[2] Pangkat tersebut juga telah digunakan oleh banyak tentera udara negara-negara yang mempunyai pengaruh sejarah British dan ia kadangkala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris.
Marsyal Udara Air Marshal | |||||||
| |||||||
Negara | United Kingdom | ||||||
Cabang perkhidmatan | Tentera Udara Diraja | ||||||
Kumpulan pangkat | Pegawai Udara | ||||||
Singkatan | Air Mshl/AM | ||||||
Diperkenalkan | 1 Ogos 1919 | ||||||
Pangkat | Tiga bintang | ||||||
Kod NATO | OF-8 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat tentera laut | Laksamana Madya (RN) | ||||||
Persamaan pangkat tentera darat/marin | Leftenan Jeneral (TD/RM) | ||||||
Marsyal Udara ialah pangkat tiga bintang dan mempunyai kod pangkat OF-8 NATO, setaraf dengan Laksamana Madya dalam Tentera Laut Diraja atau Leftenan Jeneral dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Didalam angkatan bersenjata NATO yang lain, seperti Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Kanada, pangkat tiga bintang yang setara ialah Leftenan Jeneral.
Pangkat Marsyal Udara adalah lebih tinggi daripada Marsyal Madya Udara dan lebih rendah daripada Ketua Marsyal Udara.
Pegawai yang berpangkat Marsyal Udara lazimnya memegang jawatan lebih kanan seperti Panglima Tertinggi sesebuah tentera udara atau sebuah formasi pasukan udara yang besar. Pegawai berpangkat Ketua Marsyal Udara dan Marsyal Madya Udara juga dirujuk secara umum sebagai Marsyal Udara.[3] Kadang-kadang, pegawai tentera udara yang berpangkat marsyal dianggap sebagai marsyal udara.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.