raja pemerintah Kelantan From Wikipedia, the free encyclopedia
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim serta Jajahan Takluknya, merupakan pemerintah kerajaan negeri Kelantan di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Fakta Segera Sultey Klate کلنتن دار النعيم سلطان, Penjawat kini ...
Sultan Kelantan Sultey Klate کلنتن دار النعيم سلطان
Wilayah/Negeri
Jata Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultey Klate کلنتن دار النعيم سلطان
Beberapa dinasti memerintah Kelantan bermula dari keturunan Maharaja Sriwijaya yang berundur ke Langkasuka (Pattani sekarang) selepas Sriwijaya runtuh diserang Kerajaan Chola pada abad ke-10.
Perkahwinan diraja juga berlaku dengan Champa, Pattani dan Terengganu yang menyebabkan pertukaran dinasti apabila menantu raja menaiki takhta Kelantan.
1602–1605: Sultan Addil ud-din ibni al-Marhum Nik Jamal ud-din (kali kedua), Raja of Kelantan
1605–1616: Sultan Samir ud-din ibni al-Marhum Nik Jamal ud-din, Raja Kelantan, anak kepada Nik Jamal ud-din bin Wan Abul Muzaffar, Timbalan Raja Champa
(Dinasti D'Raja Jambu Pattani) atau (Dinasti Long Yunus)
1721-1733: Long Bahar[6], adalah putera kepada Wan Daim bergelar Datu Pengkalan Tua (Raja Jambu, Pattani) dengan Che' Dewi anak Sri Bija Diraja Patani. Baginda kemudian menjadi Raja Patani pada tahun 1710 tetapi digulingkan oleh Raja Laksamana Dajang pada tahun 1714. sebelum itu baginda berkahwin dengan Raja Perempuan Pattani bernama Raja Mas Kelantan dan kemudian pula dengan Raja Pah. Baginda kemudian menjadi Raja pemerintah Kelantan dan ditabalkan di Kota Jembal bagi menggantikan mertuanya iaitu Sultan Umar yang mangkat pada tahun 1721 dengan persetujuan adinda isterinya iaitu Raja Kecil Sulung.[7]
1795-1800: Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhammad[8] (putera ke-6 Sultan Mansur Terengganu, menggunakan gelaran Raja dan Yang Di Pertuan Muda Kelantan dan juga menantu Long Yunus)
Sultan Kelantan melantik kerabat-kerabatnya kepada jawatan Kerabat Bergelar untuk membantu pentadbiran negeri. Jawatan Kerabat-kerabat bergelar itu ialah:
Raja Kelantan - Jawatan pertama dalam kekananan bagi bakal sultan. Bagi mengelakkan kekeliruan dengan Sultan Kelantan, ia dimansuhkan semasa zaman pemerintahan Sultan Ismail I. Sultan Muhammad IV hanya menggunakan gelaran Raja Kelantan sebelum perjanjian Bangkok 1909.
Raja Dewa - Sultan Ibrahim melantik mentua baginda iaitu Tengku Long Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III sebagai Raja Dewa yang pada mulanya menjawat sebagai Raja Muda. Anakanda Sultan Ibrahim, Tengku Indera Petra dilantik sebagai Raja Muda yang baharu.
Raja Muda - Jawatan kedua bagi kekananan bakal sultan. Diwujudkan semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad I. Yang pernah memegang jawatan ini ialah Long Ismail, Long Jenal, dan Long Zainal IV. Tidak semestinya Raja Muda menaiki takhta Kelantan. Sebagai contoh Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) ialah putera Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan ibni Long Yunus.
Tengku Mahkota - Jawatan bagi menggantikan gelaran Tengku Sri Indera Mahkota, diwujudkan semasa zaman pemerintahan Sultan Ibrahim. Putera sulung Sultan Ibrahim iaitu Tengku Indera Petra (1945 - 1948) memakai gelaran Tengku Besar Indera Raja manakala adindanya Tengku Yahya Petra menjadi Tengku Mahkota dan berjaya menaiki takhta Kelantan dengan gelaran Sultan Yahya Petra. Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah;