Remove ads
Sultan Kelantan From Wikipedia, the free encyclopedia
Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III atau Tuan Long Senik ialah putera Long Kundur (Sultan Muhammad III). Baginda diputerakan pada 23 Mei 1858 oleh bondanya, Tengku Ampuan Kelantan Tengku Sofia binti Raja Long Putih Pattani. Baginda dilantik menjadi Tengku Sri Indra Mahkota pada tahun 1890 dan seterusnya ke jawatan Raja Muda Kelantan pada 25 Julai 1898 oleh ayahanda saudaranya, Sultan Mansur. Baginda telah menaiki takhta pada tahun 1899 [1] menggantikan ayahanda saudaranya dengan gelaran Raja dan Yang Di-Pertuan Kelantan tetapi hanya mula memakai gelaran Sultan, pada tahun 1911, setelah menandatangani perjanjian dengan British untuk mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kelantan dengan syarat baginda menerima Penasihat British.[2] Baginda memerintah sehingga tahun 1920.[3]
Sultan Muhammad IV | |
---|---|
Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III | |
Pemerintahan | 10 Februari 1899 - 23 Disember 1920 |
Pendahulu | Sultan Mansur |
Pengganti | Sultan Ismail |
Raja Muda | Tiada |
Pasangan | m. (first) 1888, H.H. Sultanah Zainab binti Muhammad Amin (b. 1877; d. at the Istana, Kota Bharu, 23rd July 1928, bur. Royal Cemetery, Kampung Langgar), née Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin, crowned as Sultana at Istana Balai Besar, Kota Bharu, 15th February 1916, daughter of Nik Wan Muhammad Amin bin Wan ‘Abdu’l gallaran Ngah. m. (second) Cik Jarah binte Encik Yusuf. m. (a) (repud. before 1907) Wan Serang Bulan |
Anakanda | |
Sultan Ismail Tengku Embong Tengku Kembang Petri Sultan Ibrahim Tengku Yusoff Tengku Zubaidah Tengku Zainab Tengku Mahmud Tengku Muhammad | |
Nama penuh | |
Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III | |
Ayahanda | Sultan Muhammad III ibni al-Marhum Sultan Ahmad |
Bonda | Tengku Sofia binti al-Marhum Tengku Putih |
Keputeraan | Kota Bharu, Kelantan, Malaya British | 23 Mei 1858
Kemangkatan | 23 Disember 1920 62) Kota Bharu, Kelantan, Malaya British | (umur
Dimakamkan | Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan, Malaya British |
Agama | Islam |
Dalam zaman pemerintahan baginda Kelantan mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang rohani dan jasmani yang menuju kearah permodenan, dengan sistem pemerintahan yang lebih demokrasi, kemas dan teratur dengan pembukaan pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah yang menjadi asas yang kukuh untuk Kelantan berkembang maju di zaman-zaman berikutnya.
Semasa pemerintahan baginda, pertikaian dalaman berkaitan pewaris takhta dan jawatan dalam kerajaan yang berlarutan sejak zaman pemerintahan Sultan Muhammad III telah berjaya ditangani melalui beberapa langkah yang diambil baginda. Baginda telah menyusun semula Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Anggota majlis mesyuarat itu terdiri daripada raja sebagai pengerusi dan kerabat diraja dan orang-orang berpengaruh seperti berikut:-
Pertikaian dalaman yang berlarutan sejak pemerintahan Sultan Muhammad III dan Sultan Mansur telah memberi ruang pada Kerajaan Siam untuk meluaskan semula pengaruh di Kelantan.[5]. Langkah Tuan Long Senik yang meminta bantuan Siam semasa proses peralihan kuasa selepas kemangkatan Sultan Mansur meningkatkan lagi pengaruh Siam. Siam telah membantu Tuan Long Senik dengan menghantar seorang pesuruhjaya, sebuah kapal perang dan askar ke Kota Bahru.[6].
Selain Siam, pihak British juga berusaha untuk meluaskan pengaruh di Kelantan dengan campur tangan di dalam peralihan kuasa Sultan sejak kemangkatan Sultan Ahmad.[7] Walaubagaimanapun, usaha tersebut dilakukan secara halus kerana British masih terikat dengan Perjanjian Burney 1826 yang ditandatangani dengan Siam.
Pada tahun 1902, Siam dan British telah menandatangani perjanjian baru yang dikenali sebagai Perjanjian Siam-British 1902. Berikutan perjanjian ini, Kelantan telah dipaksa untuk mendatangani Perjanjian Siam-Kelantan 1902 yang membolehkan Siam melantik seorang penasihat berbangsa British di Kelantan.[8] Pada 25 Julai 1903, W. A. Graham, Penasihat Siam untuk kerajaan Kelantan, H W Thomson, Penolong Penasihat dan Mom Chao Charoon, Timbalan Pesuruhjaya Monthon Nakorn Sri Tammarat, tiba di Kelantan bagi menandakan bermulanya sistem penasihat.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.