Sultan Mansur Riayat Syah I Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah I (1138 H/1725 M atau 1723 M[1] – 14 Jamadilakhir 1208 H/14 Julai 1794 M[2]), dikenali sebagai Tun Dalam atau Marhum Janggut selepas kemangkatan baginda, ialah Sultan Terengganu kedua dan putera kepada Sultan Zainal Abidin I. Dilahirkan pada 1710, baginda memerintah pada tahun 1733—1793. Baginda berkahwin dengan Tengku Bulang, puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Isteri baginda yang kedua ialah Nang Senik, puteri kepada Long Dil pembesar dari Pulau Melur, Kelantan. Baginda mangkat pada 17 Januari 1794 lalu digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II.[3] Tiga bulan sebelum baginda mangkat, baginda telah berangkat ke Kelantan bagi menyaksikan puteranya yang ke-6, Tengku Muhammad yang juga menantu Long Yunus ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan Muda Kelantan.

Fakta Segera Pemerintahan, Didahului oleh ...
Sultan Mansur I
Sultan Terengganu
Pemerintahan1725–1794
Didahului olehSultan Zainal Abidin I
Diikuti olehSultan Zainal Abidin II
Keputeraan1710 (1710)
Kemangkatan14 Julai 1794(1794-07-14) (umur 83–84)
PemakamanMasjid Abidin, Kuala Terengganu
KerabatWangsa Bendahara
AyahandaSultan Zainal Abidin I
AgamaIslam
Tutup

Putera baginda iaitu Tengku Muhammad ibni al-Marhum Sultan Mansur Riayat Shah yang berkahwin dengan Engku Tuan Nawi binti al-Marhum Sultan Long Yunus iaitu puteri baginda Sultan Kelantan,[4] menjadi Sultan Kelantan yang memerintah dari 1795 hingga 1800.

Kemangkatan

Pada tahun 1208 H bersamaan 1794 M, baginda mula kegeringan. Pada malam Jumaat 14 Jamadilakhir 1208 H bersamaan 14 Julai 1794 M, tembakan meriam telah dilepaskan menandakan kemangkatan beliau pada hari tersebut. Pada keesokan harinya, jenazah baginda telah disiramkan lalu disembahyangi. Kemudian, jenazah baginda dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.[2]

Lihat juga

Nota kaki

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.