Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim
Tunku Panglima Johor From Wikipedia, the free encyclopedia
Tunku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada 5 Februari 1993 di Johor Bahru)[1] adalah Tunku Panglima Johor. Beliau ialah anakanda kelima dan putera keempat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah.[2]
Tunku Abdul Rahman Al-Haj | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor | |||||||||
Tunku Panglima Johor | |||||||||
Pemerintahan | 22 November 2012 - kini | ||||||||
Pelantikan | 22 November 2012 | ||||||||
Keputeraan | Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ibni Tunku Ibrahim Ismail Johor Bahru, Johor | 5 Februari 1993||||||||
| |||||||||
Kerabat | Temenggong | ||||||||
Ayahanda | Sultan Ibrahim | ||||||||
Bonda | Raja Zarith Sofiah | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Kerjaya ketenteraan | |||||||||
Nama lain | Putera Jefri Ibrahim | ||||||||
Kesetiaan | Sultan Johor | ||||||||
Perkhidmatan | Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) | ||||||||
Pangkat | Kolonel |
Tunku Abdul Rahman juga ialah pelumba kereta yang profesional. Beliau dan adindanya Tunku Abu Bakar sering kali mewakili Malaysia dengan menyertai pertandingan lumba kereta di peringkat antarabangsa.[3][4]
Minat yang mendalam kepada sukan golf menjadikan Tunku Abdul Rahman sebagai Penaung DiRaja Persatuan Golf Pelancongan Johor (JGTA) selain mengilhamkan penganjuran Piala Cabaran Tunku Panglima Johor pada 2017 bagi mempromosikan sukan berkenaan sebagai antara tarikan pelancongan di Johor.
Pada 2019, Tunku Abdul Rahman membuat penampilan pertama sebagai pelumba kereta di Siri Blancpain GT World Challenge Asia 2019 bagi pasukan Johor Motorsport Racing serta mencatatkan pelbagai kejayaan membanggakan dalam sukan berkenaan.
Pada 10 Februari 2024, Tunku Abdul Rahman bersama pasukan Triple Eight telah mencatat sejarah tersendiri apabila meraih kemenangan sulung bagi kategori GT dalam perlumbaan pusingan keempat siri Le Mans Asia yang berlangsung di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.[5]
Kerjaya ketenteraan
Tunku Abdul Rahman telah menjalani latihan asas ketenteraan selama 5 bulan bermula dari bulan Mei hingga Oktober 2009 dan ketika itu beliau berpangkat Leftenan. Beliau berkhidmat dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).[perlu rujukan]
Pada usia 17 tahun, Tunku Abdul Rahman yang merupakan Pegawai Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ) termuda ditugaskan sebagai Pegawai Panji-Panji pada Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor ke-52.
Rekod perlumbaan
Ringkasan kerjaya
Musim | Siri | Pasukan | Perlumbaan | Menang | Kutub | Pusingan akhir | Podium | Mata | Kedudukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2021 | Cabaran Dunia GT Australia - Pro-Am | Triple Eight Race Engineering | 8 | 1 | 2 | 2 | 7 | 121 | Ke-3 |
2022 | Cabaran Dunia GT Asia - GT3 | Triple Eight JMR | 10 | 2 | 0 | 1 | 5 | 123 | Ke-2 |
Cabaran Dunia GT Asia - Piala Pro-Am | 3 | 0 | 1 | 6 | 158 | Pertama | |||
Cabaran Dunia GT Australia - Pro-Am | JMR Triple Eight Race Engineering | 8 | 4 | 7 | 0 | 1 | 130 | Ke-3 | |
Cabaran GT Antara Benua | Triple Eight Race Engineering | 1 | 0 | 0 | 0 | 1 | 15 | Ke-15 | |
2023 | Cabaran Dunia GT Asia - GT3 | Triple Eight JMR | 12 | 0 | 0 | 0 | 0 | 7 | Ke-36 |
Cabaran Dunia GT Asia - Pro-Am Cup | 0 | 0 | 0 | 0 | 13 | Ke-33 | |||
Cabaran Dunia GT Australia - Pro-Am | Triple Eight Race Engineering | 8 | 0 | 0 | 0 | 3 | 91 | Ke-7 | |
Cabaran GT Antara Benua | Triple Eight Race Engineering | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | NC | |
2023-24 | Siri Le Mans Asia - GT | Triple Eight JMR | 5 | 2 | 0 | 0 | 2 | 74 | Ke-2 |
2024 | Cabaran Dunia GT Australia - Pro-Am | Johor Motorsports Racing | |||||||
Piala Ketahanan Cabaran Dunia GT Eropah | Triple Eight JMR | ||||||||
Cabaran GT Antara Benua | |||||||||
Terbuka GT Antarabangsa |
Keputusan Cabaran Dunia GT Asia lengkap
(key) (Perlumbaan yang tebal menandakan kedudukan kutub) (Perlumbaan yang condong menandakan pusingan terpantas)
Keputusan Siri Le Mans Asia lengkap
(key) (Perlumbaan yang tebal menandakan kedudukan kutub; keputusan yang condong menandakan pusingan terpantas)
* Musim masih berlangsung.
Keputusan 12 Jam Bathurst lengkap
Keputusan 24 Jam Spa lengkap
Keluarga diraja
Tunku Abdul Rahman ialah anakanda kelima dan putera keempat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah.[2] Paduka ayahanda dan bondanya juga merupakan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bagi Malaysia sejak 31 Januari 2024.[6]
Terasul dan gelaran
Gaya bagi Tunku Abdul Rahman Al-Haj | |
---|---|
![]() | |
Rujukan gaya | Yang Amat Mulia |
Gaya percakapan | Tunku |
Gaya alternatif | Tunku Panglima |
- 5 Februari 1993 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ibni Tunku Ibrahim Ismail
- 23 Januari 2010 – 22 November 2012: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim
- 22 November 2012 – kini: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor
Darjah kebesaran
Kurniaan Johor
Johor:
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I), 22 November 2012
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua, Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) - Dato', 11 April 2009
Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PSI) Pangkat Pertama, 23 Mac 2015
Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) - Dato', 30 Mac 2015[7]
Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Pertama (PSI I), 23 Mac 2017
Kurniaan Persekutuan Malaysia
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.