Douglas Lim

Pelakon, pelawak dan pengacara Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Douglas Lim

Douglas Lim (lahir 11 Oktober 1977) ialah seorang pelakon, pelawak dan pengacara Malaysia. Beliau terkenal dengan penglibatannya dalam televisyen, teater dan filem tempatan, dan juga berpengalaman sebagai seorang emcee.[1][2]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Douglas Lim
Thumb
Lim ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 30 September 2014.
Kelahiran (1977-10-11) 11 Oktober 1977 (umur 47)
PendidikanVictoria Institution
Pusat pendidikanUniversiti Gereja Kristian Canterbury
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Pelawak
  • Pengacara
  • Penyampai radio
  • Penyanyi
  • Pengarah
  • Penulis
Tahun aktif1992–kini
PasanganNatasha Fernz (k. 2007)
Laman web rasmiwww.douglaslim.com
Tutup

Kehidupan awal

Lim dilahirkan pada 11 Oktober 1977 di Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan menengah di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Gereja Kristian Canterbury.

Kerjaya

Semasa dua tahun pengajian matrikulasinya, beliau muncul dalam sitkom Kopitiam dan memutuskan untuk menjadi pelakon kerana percaya ia menjadi pilihan terbaik. Selain itu, beliau turut menyanyikan lagu tema sitkom ini, "Empty Decorations" bersama Chelsia Ng.[3] Tidak lama kemudian wajah beliau muncul dalam siri yang sama sebagai watak pemilik kedai gunting bernama Steven. Persembahannya dalam Kopitiam melayakkan Douglas menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Komedi) di Anugerah Televisyen Asia.

Selain itu, Lim juga menjadi salah seorang daripada barisan pelakon utama komedi Cina tempatan Homecoming yang disiarkan di Astro Wah Lai Toi. Beliau juga telah menjayakan beberapa iklan TV termasuk Petronas, TM, Nestle, Sime Darby, Maybank, HSBC dan UEM. Selain sebagai pelawak berdiri, khidmat beliau sebagai emcee juga diperlukan oleh beberapa syarikat yang dilihat sebagai sepadu bagi kejayaan acara mereka.

Beliau berlakon dalam filem sejarah 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba yang mana Lim memegang watak sebagai Ahli MCA. Pada 15 Januari 2008, Lim menerbitkan dan mengacarakan rancangan Malaysiantalents.com untuk siaran di portal web gua.com.my.[4]

Pada tahun 2009, Lim menubuhkan Persatuan Pelawak Cina Malaysia, salah satu cabang pelawak berdiri paling berjaya di Malaysia. Selain kerjaya lakonan dan pengacaraan, Lim juga ialah seorang penggiat teater; pada Mac 2011, beliau menjayakan teater muzikal Lat Kampung Boy: Sebuah Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya pada 16 Mac hingga 3 April 2011; memegang watak sebagai Frankie, rakan karib zaman muda kartunis Lat. Ia turut dibintangi oleh Awie, Jalil Hamid, Rahim Razali dan Atilia Haron.[5]

Beliau juga menyumbangkan suaranya untuk filem animasi Bola Kampung The Movie terbitan Animasia Studio, adaptasi dari siri animasi Bola Kampung. Pelakon lain yang turut menyumbangkan suara mereka ialah Afdlin Shauki, Aznil Nawawi, Aizat Amdan, Deanna Yusoff dan Marsha Milan.[6]

Dari 6 hingga 18 November 2013, Lim menjadi sebahagian dari barisan pelakon pementasan teater penghargaan khas untuk legenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari, Supermokh Sebuah Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya.[7]

Dua tahun kemudian, Lim berkongsi pentas bersama Afdlin Shauki, kumpulan Bocey dan Harith Iskander dalam pementasan Lawak Ke Der yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.[8] Lim memegang watak sebagai Jackie dalam filem Soulmate Hingga Jannah arahan Abdul Razak Mohaideen yang ditayangkan pada 16 Februari 2017.[9]

Douglas menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 dari Februari hingga April 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Ben Amir, Uqasha Senrose dan Sangeeta Krishnasamy.[10]

Douglas merupakan salah seorang dari pelakon yang menjayakan kesinambungan bagi pementasan teater Ola Bola The Musical yang dipentaskan pada 18 Februari hingga 3 Mac 2019 di Istana Budaya. Pelakon yang terlibat termasuk Luqman Hafidz, Iedil Putra, Hafeez Mikail, Tony Eusoff dan Nabila Huda.[11]

Beliau ialah salah seorang daripada barisan pelakon yang menjayakan Kopitiam: Double Shot, yang bersiaran di Viu pada 28 November 2019. Ia merupakan versi terbaru dari sitkom Kopitiam.[12][13]

Pada tahun 2021, Lim berlakon dalam dua filem, iaitu Arwah Pak Mat, Lif & AJK sebagai Ah Chai dan Chomel sebagai John serta telefilem Dolla Watch Me Glow sebagai Yuan.

Kehidupan peribadi

Lim berkahwin dengan Natasha Fernz pada 12 Mei 2007.[14][15]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Catatan
1992 O.C.J. Operasi Cegah Jenayah Kawan Irwan Filem pertama
2002 Day After Tomorrow
2007 1957: Hati Malaya Ang Lee / Ahli MCA
2008 Los dan Faun Madre'D
2009 My Spy Taiko
2013 Bola Kampung The Movie Szeto Suara
Lemak Kampung Santan Abeng
Tanda Putera Leslie Cheah
2017 Soulmate Hingga Jannah Jackie
2018 Badang Ketua Geng Kamzin
2021 Hanya Namamu Laila Sifu
Arwah Pak Mat, Lif & AJK Ah Chai
Chomel John
Rumah Madu Ku Berhantu Mr. Wong
2023 Polis EVO 3 Inspektor Dell
2024 The Experts Ah Teck
Harimau Malaya: The Untold Journey Lionel
Baik Punya Ah Long Tukang Tilik
Don Dukun Aloysius
2025 My Parents' Midlife Crisis David
Tutup

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Aku Kaya Undercover Bapak Ayam VCD
2017 Lari Hantu Lari Dirinya sendiri Astro Citra
2021 Dolla Watch Me Glow Yuan
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1997-2003 Kopitiam Steven NTV7
2002 Each Other TV3
2003 Homecoming Astro Wah Lai Toi
2004 Living with Lydia Mediacorp Saluran 5
2007 Let’s Breakfast 2 TV2
2008 Malaysiantalents.com Gua.com.my
2009–2010 Spontan Dirinya sendiri Astro Warna
2012 SME: Small Mission Enterprise NTV7 Juga sebagai pengarah dan penulis
Betul ke Bohong? (Musim 1) Artis Jemputan Astro Warna Episod 3&8
2016 Komediri
2017 Gegar Lawak
10 Things You Didn't Know About Malaysians History
2018 Arena Panggang Astro Warna
2019 Spanar Jaya X Henley TV3
Kopitiam: Double Shot Steven Viu
2021 Budak Intern Billy TV9
Dukun Diva Astro Citra
2022 One Cent Thief Inspektor Lim Astro Ria
2023 Mega Spontan Mentor Astro Warna
From KL to PL Pengacara Astro Ria
Tutup

Radiografi

Radio

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Stesen
30 Julai 2021 – 30 Disember 2022 Douglas Lim & Juanita in the Morning Fly FM
Tutup

Diskografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk lagu ...
Single
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2022 "ADUH" SonaOne
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.