From Wikipedia, the free encyclopedia
Dukun Diva: They Put the Sham in Shaman ("Mereka Memalukan Dukun Lain") ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 yang dicipta dan ditulis oleh Alfie Palermo dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain, dibintangi oleh Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosmila, Tony Eusoff, Adlin Aman Ramlie, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon dan Aloy Paradoks.[1][2][3] Siri ini diuar-uarkan sebagai drama Malaysia pertama yang menampilkan watak seorang penipu ('con artist’) dan 'antiwira' wanita.[4][5] Ia diterbitkan Astro di bawah jenama Originals dan disiarkan di Astro Citra bermula 6 Disember 2021 sehingga 24 Januari 2022.[6]
Dukun Diva | |
---|---|
Genre | Drama, komedi, seram |
Ditulis oleh | Alfie Palermo |
Pengarah | Ariff Zulkarnain |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Jangan Terlepas Pandang" oleh Wani Kayrie |
Lagu penutup | "Jangan Terlepas Pandang" oleh Wani Kayrie |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu Malaysia |
Bilangan episod | 8 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Raja Jastina Raja Arshad |
Penerbit |
|
Lokasi | Malaysia |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Citra |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 6 Disember 2021 Januari 2022 | – 24
Kronologi | |
Mengikuti | I-Tanggang |
Diikuti oleh | Kuasa |
Mengisahkan tentang Rubiah Samsudin atau gelaran popularnya Che Yah gagal menjadi pelakon terkenal dan kini bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam. Hakikat tersebut menyebabkan Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung. Satu hari, Che Yah menerima panggilan daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Di sini bermulanya perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola seorang remaja yang bermasalah.
Ketegangan mula berlaku di antara Che Yah dan Lola. Dalam pada masa yang sama mereka telah didatangi didatangi oleh Abang Long yang mengugut untuk membunuh Che Yah jika tidak membayar hutangnya. Mereka terpaksa mencari jalan bagi menyelesaikan hutang Che Yah serta menyelamatkan nyawa mereka.
No. | Tajuk | Tarikh penyiaran asal |
---|---|---|
1 | "Rubiah Samsudin The Primadona" | 6 Disember 2021 |
2 | "Happy, Together, Forever" | 13 Disember 2021 |
3 | "Giselle, Oh Giselle" | 20 Disember 2021 |
4 | "Kita Family" | 27 Disember 2021 |
5 | "Camp Cinta Abadi" | 3 Januari 2022 |
6 | "Che Yah's Beauty Cream" | 10 Januari 2022 |
7 | "You, Me and Jeju" | 17 Januari 2022 |
8 | "Mengejar Mimpi" | 24 Januari 2022 |
Idea asal Dukun Diva dikembangkan Alfie Palermo, pemenang anugerah Skrip Terbaik di Anugerah International Motivational Film Festival Bridge of Arts (IMFF), Rusia pada tahun 2016 dan Lakon Layar Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015. Ia diarahkan oleh Ariff Zulkarnain yang pernah mengarahkan telefilem Shiba Shiba Doo, Cerai dan Rompak Raya.[4][8][9][10]
Dukun Diva memulakan siaran perdana di saluran Astro Citra pada 6 Disember 2021 menggantikan i-Tanggang.[11][12][13]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2022 | Anugerah Seri Angkasa 2022 | Drama Bersiri TV Terbaik | Dukun Diva | Menang | [14] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.