From Wikipedia, the free encyclopedia
i-Tanggang: Mother of All Lies ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan bersama Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak dengan skrip oleh Wan Hasliza, Wan Alauddin dan Keen, dibintangi oleh Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila dan ramai lagi.[1] Ia merupakan drama pertama di Malaysia yang mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy. Siri ini diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan disiarkan di Astro Citra dari 13 September 2021 sehingga 29 November 2021.[2][3][4]
I-Tanggang | |
---|---|
Genre | Drama, keluarga, misteri |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Gelap" oleh Satwo |
Lagu penutup | "Gelap" oleh Satwo |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 12 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Wan Hasliza Wan Zainuddin |
Penyunting |
|
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Kamal Hazizi |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | KL Motion Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Citra |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 13 September 2021 November 2021 | – 29
Kronologi | |
Mengikuti | Projek: Anchor SPM |
Diikuti oleh | Dukun Diva |
Mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, kanak-kanak penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay merupakan seorang pemengaruh media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya. Pada majlis pelancaran bukunya, Erma membuat pengumuman yang Khay hanya mempunyai masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat mengejutkan Khay. Adakah dia betul-betul akan mati dalam masa enam bulan? Rahmat, bapa kepada Khay dan Doktor Nini, salah seorang bekas doktor Khay juga meragui berita tersebut. Setelah sekian lama tidak berjumpa, Rahmat menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dengan dua rakan dalam talian, Royal E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) dan menubuhkan kumpulan sembang bernama i-Tanggang.
Sementara itu, kehidupan Syafiq juga dilanda konflik apabila dia terpaksa mengambil alih tugas ibu bapanya untuk menjadi ketua keluarga dengan bekerja sebagai penghantar makanan bagi menyara hidup mereka sekeluarga terutamanya lima orang adiknya yang masih kecil. Ini menyebabkan Syafiq mula rasa benci terhadap ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Esra pula terlalu dimanjakan sehingga dia tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Apabila Esra dan Syafiq mendapat tahu yang Erma memalsukan penyakit Khay dan cuba membunuhnya, Esra bersama Syafiq membuat rancangan untuk menyelamatkan Khay. Namun, perancangan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri.
No. | Tajuk | Tarikh penyiaran asal |
---|---|---|
1 | "Pimpinlah Tangan Ibu, Anakku!" | 13 September 2021 |
2 | "Pil Biru" | 20 September 2021 |
3 | "Duit" | 27 September 2021 |
4 | "Tipu Daya" | 4 Oktober 2021 |
5 | "Doktor Chong" | 11 Oktober 2021 |
6 | "Garam" | 18 Oktober 2021 |
7 | "Jangan Menderhakai Ibu Bapa" | 25 Oktober 2021 |
8 | "Indah" | 1 November 2021 |
9 | "Janji" | 8 November 2021 |
10 | "Bongkar" | 15 November 2021 |
11 | "Esra" | 22 November 2021 |
12 | "Ibu" | 29 November 2021 |
Pengarah dan penerbit i-Tanggang Wan Hasliza Wan Zainuddin berkata mengenai drama ini: "i-Tanggang [ialah] sebuah drama berat yang menekankan penderaan kepada seorang anak oleh seorang ibu yang mempunyai penyakit Munchausen Syndrome by Proxy. Bukan itu sahaja, ia juga fokus kepada konsep ‘derhaka’. Derhaka itu bukan datang dari satu sudut. Banyak perkara lain yang menyumbang kepada penderhakaan atau kekhianatan seseorang".[11] Isu sosial yang diketengahkan dalam i-Tanggang turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada UMCares sebagai Pusat Komuniti dan Kelestarian dibawah naungan Universiti Malaya (UM).[11]
i-Tanggang memulakan tayangan perdana pada 13 September 2021 dengan episod pertama siri ini ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00 malam. Manakala, untuk minggu-minggu seterusnya, episod seterusnya akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Isnin, jam 9.00 malam.[11]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2022 | Anugerah Seri Angkasa 2022 | Drama Bersiri TV Terbaik | i-Tanggang | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.