Nadhir Nasar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (lahir 17 Disember 1996) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan di Amerika Syarikat ini memulakan kerjayanya sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2020 dan bergelar juara.[1][2] Nadhir juga mesra dengan panggilan Lucky.[3]
Nadhir Nasar | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Nadhir bin Ahmad Nasar 17 Disember 1996 |
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | Ijazah Komunikasi Massa (Penyiaran) |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara, pengarah |
Tahun aktif | 2019–kini |
Kerjaya
Nadhir merupakan seorang model sebelum menyertai Hero Remaja 2020 dan pernah menjadi model peragaan untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) selama tiga tahun, dari 2016 sehingga 2019.[4] Setelah bergelar sebagai juara Hero Remaja 2020, Nadhir menceburi bidang lakonan.[5]
Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Cerita Hantu Asrama, seterusnya membintangi drama Tercipta Satu Ikatan dan Projek: Anchor SPM, tetapi lebih dikenali menerusi lakonannya sebagai Syafiq Hambali dalam drama i-Tanggang: Mother of All Lies[6] dan Naim dalam siri Astro Originals Projek: High Council.[7][8]
Nadhir juga pernah membintangi filem pendek bertajuk Tujuh Hari Di Bawah Matahari dengan memegang watak sebagai Emil Zulkifli.[9][10]
Sebagai pengarah, beliau mengarahkan muzik video lagu "Malampagi" nyanyian Saixse menampilkan MK K-Clique untuk versi adunan semula.[11]
Kehidupan peribadi
Nadhir Nasar dilahirkan di Michigan, Amerika Syarikat dan tinggal di sana selama 4 tahun.[12] Nadhir kemudiannya kembali ke Malaysia dan dibesarkan di Kuala Kangsar, Perak. Nadhir merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik dengan mempunyai seorang kakak dan abang. Nadhir mendapatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya sebelum meneruskan pelajaran di peringkat diploma dan sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau merupakan graduan bidang Komunikasi Massa (Penyiaran) di universiti awam tersebut.[4]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Tujuh Hari Di Bawah Matahari | Emil Zulkifli | Filem pendek |
2024 | Pendekar Awang: Darah Indera Gajah | Tahir | Filem pertama |
Kahar: Kapla High Council | Naim Ismet | Penampilan khas | |
2025 | Klepet | Jani | Pos-produksi |
TBA | Magik Rompak | Pos-produksi | |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Cerita Hantu Asrama | Nadhir | Astro Prima | Episod 4 |
2020–2021 | Tercipta Satu Ikatan | Sirhan | Astro Ria | |
2021 | Projek: Anchor SPM | Hilmi Zulkarnain | Astro Citra | |
I-Tanggang: Mother of All Lies | Syafiq Hambali | |||
2022 | Nusyuz Berkiblat Cinta | Erfhan | Astro Ria | |
Ash & Aish | Izhan | |||
2023 | Projek: High Council | Naim Ismet | 10 episod | |
SuperWira | Roy | Astro Ceria | ||
My Famous Ex-Boyfriend | Jamie | Astro Ria | ||
2024 | Kelas Tahanan Cikgu Hiragi | Hiragi Raihan | 20
episod | |
TBA | Sangkar Derita | Sufian | TV3 | |
Melastik Ke Hatimu 3 | Adam | |||
Drama web
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Kebal Janji Syaitan | Idin Ishak | Astro Citra | |
Abah | Nukman | TV1 | ||
2024 | My Famous Ex-Boyfriend Raya | Jamie | Astro Ria | |
Televisyen
Iklan
Tahun | Iklan | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Yes | Dirinya sendiri | |
2023 | Bulan Bintang Raya 2023 - Raya Macam Star | Fateh |
Muzik video
Tahun | Muzik video | Penyanyi | Peranan | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
2023 | Malam pagi | Saixse ft. MK K-Clique | Pengarah | Menampilkan Fadhli Masoot, Amir Ahnaf Hazeeq Dean | |
2024 | My Home Is In Your Arms | Daiyan Trisha | Pengarah | Menampilkan Meerqeen | |
2025 | Rasa | Fiza Thomas | Pengarah |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | |
---|---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Baharu Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | |
2023 | Gempak Most Wanted | Selebriti Trending | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.