Amir Ahnaf

From Wikipedia, the free encyclopedia

Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin (lahir 17 Februari 2000) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2021/2022.[1] Beliau terkenal dengan melakonkan watak sebagai Kahar dalam siri Astro Originals Projek: High Council (2023).[2]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Amir Ahnaf
Kelahiran
Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin

(2000-02-17) 17 Februari 2000 (umur 25)
PendidikanDiploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan
Pusat pendidikan
Pekerjaan
Tahun aktif2021kini
MajikanRocketfuel Entertainment
Terkenal keranaKahar dalam Projek: High Council
Tutup

Kehidupan awal dan pendidikan

Amir Ahnaf dilahirkan dan dibesarkan di Dungun, Terengganu dan merupakan anak sulung daripada 9 adik beradik.

Beliau dahulu merupakan Presiden Badan Wakil Pelajar di MRSM Kuala Terengganu. Amir telah mempelajari ilmu Silat sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, dan pengalaman dalam seni mempertahankan diri ini banyak membantunya ketika memegang watak Kahar dalam Projek: High Council yang penuh dengan adegan aksi. Selain itu, beliau juga pernah menyertai pasukan ragbi sekolah sejak di Tingkatan 1 dan telah menyertai pelbagai jenis pertandingan termasuklah pertandingan taranum Al-Quran dan azan. Amir juga pernah menubuhkan sebuah kumpulan muzik sendiri ketika berada di sekolah dan memegang posisi sebagai vokalis utama.

Kerjaya

Kerjayanya bermula setelah beliau dipilih menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 2021.[3]

Amir Ahnaf memulakan kerjayanya sebagai pelakon dengan membintangi drama bersiri Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 dan memegang watak sebagai Ejoi yang telah mula disiarkan di Astro Ria bermula 22 Disember 2022. Beliau mendapat perhatian meluas dengan memegang watak sebagai Kahar, pelajar Kolej Ungku Deramat (KUDRAT) dalam Projek: High Council yang disiarkan serentak di Astro GO dan Astro Ria. Ia turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Naim Daniel dan Daiyan Trisha.[4]

Kehidupan peribadi

Beliau kini menetap di Selangor. Amir juga berbakat dalam menyanyi, bermain gitar, menggubah lagu, dan melukis.

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Harta Berdaulat Ameer Yousof Filem pendek di YouTube, pelakon utama bersama Hazeeq Dean
2024 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Andak Filem pertama
Terkutuk Joko Filem Indonesia
Tak Pernah Suka Mak Filem pendek
(iklan raya Elrah 2024)
Kahar: Kapla High Council Kahar Prekuel dari drama popular Projek: High Council
2025 Baga Jani Pra-produksi
Tutup

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Rindu Darul Iman Ijad TV Okey Drama pertama
20222023 Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 Ejoi Astro Ria
Kisah Cinta Phoebe Dan Ejoi Astro Gempak Bersama Kimberly Chuah
2023 Projek: High Council Kahar Astro Ria
Scammer Geng Marhaban Aidil
Sakit Tengkuk Betul Lah Latif (20 tahun) TV Okey
20232024 Gamers Mangkuk Tam Astro Premier
Syurga Itu Bukan Mudah Farid Astro Ria
2025 Keluarga Itu Aman TV3
2025 Pabila Dia Tersenyum Zuhayr Viu
Tutup

Drama web

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Perempuan Itu Remy Tonton Drama pertama
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Hierarki Ijan Astro Ria Pelakon utama, bergandingan bersama peserta-peserta Hero Remaja 2021
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Hero Remaja 2021 Peserta Astro Ria Tersingkir pada Episod ke-6 (tempat ke-7)
2023 Gempak Most Wanted Awards Penyampai Tetamu khas sebagai penghantar makanan McDonald's, menyampaikan anugerah kepada Sofyank untuk anugerah Hall of Fame
Ubi Superstar Live Bekas Kapla Astro Warna Episod 2
Projek High Council: Reunion Dirinya sendiri Astro Gempak Temubual antara pelajar KUDRAT dengan pengarah Projek: High Council
Big Stage (Musim 5) Presiden Netizen Astro Ria Minggu ke-5
Tutup

Video Muzik

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk Lagu ...
Tahun Tajuk Lagu Penyanyi Saluran Catatan
2023 Kudrat Sekumpulan Orang Gila X Naim Daniel YouTube Penampilan khas dalam video muzik sebagai Kahar bersama Fadhli Masoot, Hazeeq Dean, Nik Rifaie & Ameer Asyraf
Raya Janji Happy Aizat Amdan, Asmidar Penampilan khas dalam video muzik
Malam Pagi Remix Saixse X MK K-Clique Penampilan khas tidak berkredit dalam muzik video bersama Fadhli Masoot dan Hazeeq Dean, arahan Nadhir Nasar
2024 Kudeta Eleven Tonight, Riko Agus ft. Amir Ahnaf Youtube OST Kahar: Kapla High Council
Tutup

Diskografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Ciptaan Penyanyi Saluran
2021 Bidadari Amir Ahnaf Amir Ahnaf Soundcloud
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Lelaki Popular Dirinya sendiri Menang
2024 Gempak Most Wanted Selebriti trending Dirinya sendiri Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Couple Drama Popular Dirinya sendiri Syurga Itu Bukan Mudah Menang
Tutup

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.