Hierarki (telefilem)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hierarki ialah sebuah telefilem drama Malaysia 2021 arahan Boy Fareed Sharif terbitan Ideaktiv. Ia dibintangi oleh 12 finalis Hero Remaja 2021. Ia merupakan kisah seperjuangan 12 orang yang mempunyai kehidupan serba masing-masing dan memulakan tayangan perdana pada 26 November 2021 di Astro Ria.
Hierarki | |
---|---|
Genre |
|
Ditulis oleh | Boy Fareed Sharif |
Pengarah | Boy Fareed Sharif |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 90 minit |
Syarikat penerbitan | Ideaktiv |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Siaran asal |
|
Sinopsis
Mengisahkan Fazz, seorang selebriti media social, Ijan- seniman jalanan, Megat- si gelandangan, Jali- bekas banduan, Wafi- pemuda istimewa juga mangsa buli serta Saikoboi- seorang gamer yang punya banyak hutang; mereka ini telah dijemput menyertai satu eksperimen psikologi rahsia di suatu kordinat yang tiada titik liputan.
Mereka dan 4 lagi peserta diuji secara fizikal dan mental di sebuah kapal korek usang. Hanya yang berjaya akan selamat, yang gagal maut menjelang.
Experimen ini telah menjadi pemangkin kepada perubahan emosi, pemikiran, kepercayaan dan ketahanan anak-anak muda ini.
Pelbagai debaran sepanjang mereka menjalani penyelidikan ini- termasuk komplot balas dendam bertahun tiba-tiba muncul yang akhirnya menyemarakkan kemarahan. 1 demi 1 tewas.
Yang selamat bertungkus lumus untuk melepaskan diri dari experimen ini. Mampukah mereka melakukan?
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.