Marsha Milan
penyanyi, pengacara dan pelakon Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Marsha Milan Londoh (lahir 6 Disember 1985) ialah seorang penyanyi, pengacara dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana berlakon dan pernah meraih tempat keempat dalam Akademi Fantasia Musim 3 dan pernah membintangi drama televisyen Internet buatan Malaysia yang pertama, Kerana Karina, di laman web gua.com.my. Pada 17 Februari 2025, Marsha memenangi Anugerah Juara Lagu edisi ke-39 apabila lagunya Hening Rindu, ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik yang ditulis oleh Ikhwan Fatanna, berjaya menjuarai pertandingan tersebut.[2]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Milan dilahirkan di Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat dan berbangsa Kadazan-Dusun berasal dari Tamparuli, Tuaran, Sabah.[3] Linda Nanuwil, yang merupakan naib juara musim kedua Akademi Fantasia, adalah sepupu beliau.
Milan dibesarkan dalam agama Kristian sebelum memeluk Islam pada Disember 2015 sebelum berkahwin.
Kerjaya
Kemuncak Akademi Fantasia
Marsha Milan Londoh dilahirkan di Michigan, Amerika Syarikat, di mana ibu bapanya menuntut pembelajaran di sana.[4] Keluarga mereka kemudiannya kembali ke Tamparuli, Sabah, beberapa bulan selepas kelahiran Marsha.[4] Sejak kecil lagi, minatnya terhadap nyanyian telah mula berkembang.[4] Pada awalnya, Marsha mula mendapat perhatian sebagai penyanyi melalui penyertaan dalam rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke-3 (2005).[4] Dalam musim tersebut, Mawi diumumkan sebagai juara sementara Marsha memperoleh tempat keempat.[5]
Pada 2007, Milan terlibat dalam drama bersiri Internet buatan Malaysia yang pertama iaitu "Kerana Karina" yang ditayangkan di gua.com.my. Beliau menyanyikan lagu bertajuk "Yang Mana" dalam drama siri tersebut dalam lagu penutupan.
Remove ads
Biografi
Akademi Fantasia (Musim 3)
AF Megastar
Diskografi
Album Studio
- Yang Pertama (2011)
- Anthology (2018)
Album kompilasi AF
- Best of Marsha (2005)
Single
Nota: Lagu yang diwarnakan adalah lagu yang telah bertanding di Anugerah Juara Lagu
Penampilan muzik video khas
- Musibah Membawa Hikmah Lagu Khas Iklan Merdeka Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia Perodua (2020)
Single lain
- Untuk Terakhir Kali
- Yang Terbaik
- Ruang Kedua duet bersama Julian Cely
- Bersama Kita(drama K.I.T.A soundtrack)
- Bila
- Biarlah (OST Kum-kum)
- Selalu Milikmu (duet bersama Randy Pangalila)
- Jujur Bilang Cinta
- Cinta Sesungguhnya (duet bersama Sabhi Saddi)
- Hanya Untuk Mu (OST Street Vendetta)
- Ku Tinggalkan Cinta (OST Ku Tinggalkan Cinta di Okinawa)
- Satu Rasa (duet bersama Zarul Umbrella)
- Tentang Cinta
- Sudah Ku Temui
- Macam Dulu-Dulu (2024) (duet bersama Khai Bahar
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Drama web
Telefilem
Teater
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Darjah kebesaran
Sabah :
Pingat Ahli Darjah Kinabalu (ADK) - (2024)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
