From Wikipedia, the free encyclopedia
Sirrun ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Michael Ang, dibintangi oleh barisan pelakon ensembel terdiri daripada Zarina Zainoordin, Anzalna Nasir, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Amar Asyraf, Kathy Azean, Zaidi Omar dan Fazlina Ahmad Daud. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Ratu TV9 dari 7 Ogos 2012 hingga 24 September 2012.[1][2]
Sirrun | |
---|---|
Genre | Drama Keluarga |
Pencipta |
|
Ditulis oleh | Amor Rizan |
Pengarah | Michael Ang |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Tentang Cinta" oleh Marsha Milan |
Lagu penutup | "Tentang Cinta" oleh Marsha Milan |
Penggubah | Ajai |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 14 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Ziela Jalil |
Lokasi | |
Sinematografi | Mohd Rakis |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Pena Creative Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar | |
Siaran asal | 7 Ogos 2012 – 1 Oktober 2012 |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[3]
Kisah bermula dengan persahabatan dua insan iaitu Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak umur mereka 5 tahun lagi. Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Ketika dia kecil, ibu bapanya tidak membenarkan dia bermain di luar kerana sakit asmanya yang teruk. Kawannya ketika itu hanyalah Laila seorang sahaja. Dia juga begitu rajin belajar di sekolah dan mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.
Hidup Laila pula menjadi amat sukar apabila bapanya, seorang tabligh yang jarang berada di rumah, membuat keputusan untuk berkahwin buat kali ketiga. Laila marah terhadap bapanya dan juga kepada ibunya kerana merelakan perkara ini berlaku. Laila menjadi tidak terurus dan terpaksa berhenti sekolah ketika umurnya 16 tahun untuk menyara ibu dan adik-beradiknya.
Setelah berhenti dari sekolah, Laila berkerja sebagai seorang guru di sebuah Tadika Islam. Di sana, dia telah bertemu dengan Khalid (Hairul Azreen) dan telah jatuh cinta pandang pertama. Laila memperkenalkan Khalid dengan rakan baiknya, telah menjadi marah dan cemburu apabila Khalid jatuh cinta dengan Surina pula. Kerana Khalid, Laila dan Surina bergaduh dan tidak bertegur sapa.
Sepuluh tahun telah berlalu dan Surina kini seorang peguam Syariah berjaya dan isteri kepada seorang jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Walaupun berjaya di dalam hidupnya, namun Surina tetap sedih kerana masih belum dikurniakan seorang anak. Pelbagai cara telah mereka lakukan namun semuanya tidak pernah berjaya. Pada suatu hari, Zaid telah bertemu dengan Laila di Kerteh atas urusan kerja dan dengan tidak disangka, mereka pula telah jatuh cinta! Zaid telah pun memberitahu Laila bahawa dia telah berkahwin tetapi kerana beranggapan cinta itu buta, mereka telah berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya.
Kisah seakan-akan sama yang berlaku sepuluh tahun lalu kini berulang kembali. Kebahagiaan Laila dan Surina kini berada di tangan seorang lelaki. Apakah nasib dua insan yang pernah bergelar rakan baik ini?
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.