Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Jaclyn a/p Joshua Thanaraj Victor atau lebih dikenali sebagai Jaclyn Victor (lahir 4 Disember 1978) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang menjulang namanya melalui kejuaraan Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. Beliau dikenali dengan suaranya yang lunak dan bakat menyanyi yang dianggap mantap, bersemangat dan mengagumkan. Beliau adalah antara segelintir artis yang telah memenangi trofi di anugerah utama dalam bidang muzik dan filem di Malaysia dan rantau ini. Hingga kini beliau telah memenangi Anugerah Industri Muzik (10 Trofi), Anugerah Juara Lagu (5 Trofi), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2 Trofi) dan Anugerah Planet Muzik (2 Trofi). Jaclyn juga telah memenangi 1 Trofi Anugerah Skrin, 1 Trofi Festival Filem Malaysia, 1 Trofi Anugerah Shout! dan 1 Trofi Anugerah Era. Disifatkan antara penyanyi terbaik Malaysia sebaris dengan vokalis ternama seperti Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Misha Omar.
Jaclyn Victor | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Jaclyn A/P Joshua Thanaraj Victor |
Juga dikenali sebagai | Jac |
Kelahiran | Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia | 4 Disember 1978
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2004–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Rock, R&B, Balada |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Sony Music (2004–2011) KRU Music (2012–2016) |
Pengkarya berkait | |
Laman sesawang | Laman kelab peminat rasmi |
Beliau merupakan anak sulung dalam sebuah keluarga berketurunan India Kristian dan mempunyai tiga orang adik lelaki. Zaman kanak-kanak beliau dipenuhi pelbagai dugaan hidup. Bapanya meninggal dunia semasa beliau berumur sembilan tahun. Ibunya, Maggie Victor, terpaksa melakukan tiga pekerjaan sekaligus untuk menyara kehidupan diri dan keempat-empat anaknya. Apabila mencecah umur 18 tahun, Jac mula bekerja sebagai penyanyi di hotel-hotel dan kelab-kelab malam untuk membantu menyara kehidupannya sekeluarga.
Sekitar tahun 2003, Jac menghasilkan album terbitannya sendiri berjudul 'Dream' yang menampilkan lagu-lagu bertemakan pop dan rock seperti 'In A Dream' (lagu gubahan rakannya Ravi the Rat) yang pernah menjuarai carta Inggeris tempatan saluran radio hitz.fm (kini Hitz).
Ada 2 buah lagu Jac yang sering diputarkan oleh radio muzik rtm tidak lama dahulu iaitu lagu cover version dari Seha, "Jangan Merintih" dan juga "Circle". Lagu ini direkodkan di dalam studio Jerry Felix juga sekitar tahun 2003.
Pada tahun 2004, Jac membuat keputusan untuk menyertai ujibakat Malaysian Idol atas galakan ibunya. Para juri pertandingan, iaitu Roslan Aziz, Fauziah Latiff dan Paul Moss, amat kagum dengan bakatnya. Beliau melepasi pusingan demi pusingan sehinggalah ke peringkat akhir. Namun perjalanan Jac dalam pertandingan Malaysian Idol tidaklah lancar sepenuhnya kerana beliau pernah terperosot ke kedudukan dua tangga terbawah (nyaris-nyaris tersingkir) di minggu kelima pusingan 'Spectaculars' yang memeranjatkan para penonton.
Pertandingan akhir Malaysian Idol berlangsung pada awal bulan Oktober 2004. Jac mempersembahkan lagu 'Gemilang' ciptaan khas Aubrey Suwito dengan penuh bergaya yang memukau segenap lapisan penonton. Menerusi undian SMS yang dibuka selama sehari, beliau mengalahkan pencabarnya, Faradina Nadzir yang juga menjadi sahabat karib Jac sejak memasuki pertandingan ini, dengan meraih 76% daripada kira-kira sejuta undian yang dihantar pada hujung minggu tersebut.[1]
Kira-kira dua bulan kemudian, album Jac sebagai Malaysian Idol yang pertama berjudul 'Gemilang' dilancarkan. Jualan albumnya mencecah 15,000 keping dalam jangka masa kira-kira sebulan lalu memperolehi Sijil Emas daripada RIM.[2]
Semenjak itu, Jac juga meraih pelbagai anugerah sebagai pengiktirafan terhadap bakat dan kenamaannya, termasuklah menjuarai Shanghai Asia Music Festival Ke-8 pada bulan Oktober 2005 yang menempatkan beliau setaraf dengan bintang-bintang tempatan yang lain seperti Siti Nurhaliza, Deja Moss dan Misha Omar.[3]
Pada awal tahun 2006, Jaclyn Victor mengembangkan koleksi gelaran dan hadiah yang diraih beliau dengan empat lagi butir anugerah. Beliau mengutip dua hadiah (Lagu Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik) di Hits 1 anjuran RTM pada bulan Januari, diikuti dengan dua lagi anugerah di Anugerah Juara Lagu ke-20 TV3 (Juara Lagu keseluruhan dan Juara kategori Balada) pada bulan seterusnya.[4]
Beliau turut memenangi Anugerah Artis Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2006 yang dianjurkan di Singapura pada 24 Mac.[5]
Jaclyn Victor mengecapi suatu kemuncak kejayaan yang lama ditunggu-tunggunya di industri muzik Malaysia apabila merangkul empat daripada tujuh pencalonannya di Anugerah Industri Muzik ke-13 yang dilangsungkan pada 29 April 2006. Anugerah yang dimenanginya adalah: Artis Baru Terbaik, Album Terbaik, Album Pop Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik dalam Sebuah Lagu.
Meskipun kehebatan vokal beliau digeruni dan kurang dipertikai orang ramai, namun kejayaan beliau dilanda kontroversi. Yang paling utama ialah pencalonan beliau dalam kategori Artis Baru Terbaik sedangkan beliau sebenarnya pernah menghasilkan album pertamanya lama sebelum menyertai Malaysian Idol.
Setelah menunggu beberapa lama, akhirnya peminat-peminat Jac menikmati album kedua beliau bertajuk Inilah Jac yang menjanjikan "yang terbaik" daripada beliau sebagai artis berbakat. Sewaktu album ini dilancarkan pada 25 Ogos 2006, bukan sahaja single pertama dari album tersebut Cepat-cepat diputarkan di radio dengan kerapnya, malah Jac juga cuba menawan pasaran antarabangsa dengan melawat Australia untuk tujuan beristirahat serta mempersembahkan bakatnya kepada orang luar. Jac membintangi dua konsert di dua buah gereja di bumi kanggaru, iaitu Australia for Christ Fellowship Church di kota Adelaide (yang mana beliau ditemani Juwita Suwito dalam persembahan), serta Paradise Community Church di kota Melbourne.[6] Ketika di Australia, Jac juga menerima temuramah di stesen radio agama Kristian, HCJB.[7]
Jac juga merakamkan video muzik sebetulnya yang pertama di Indonesia di mana beliau merakamkan video Ceritera Cinta bersama penyanyi dari negara tersebut bernama Rio Febrian.
Jac menambah lagi koleksi anugerahnya dengan merangkul satu anugerah dari kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) di AIM ke-14 pada bulan April 2007. Dua buah lagu beliau sudah dijadikan lagu tema dua buah rancangan televisyen tempatan, Fara (Cepat-Cepat) dan Manjalara (Satu Harapan). Pada bulan Julai, Jac menyertai Ikon Malaysia lalu menjadi juara kategori Solo pertandingan tersebut. Pada bulan Disember pula, beliau menyertai Asian Idol dan berentap dengan lima juara siri Idol benua Asia yang lain di Jakarta.
Pada awal tahun 2008, Jaclyn Victor memenangi anugerah Vokal Terbaik bersama pasangan duet beliau Lah Ahmad apabila mendendangkan Ceritera Cinta di Anugerah Juara Lagu ke-22. Mereka membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.[8]
Jaclyn Victor menceburi bidang lakonan dengan penampilan istimewa dalam filem Susuk. Sayang sekali, babak yang menampilkan beliau sebagai tetamu rancangan wawancara TV dipotong dalam proses penyuntingan sebelum ditayangkan pada tahun 2008.[9] Jaclyn juga pernah diwar-warkan menerima tawaran dari Mamat Khalid untuk berlakon dalam filem Estet tetapi peranan watak yang ditujukan kepadanya jatuh di tangan Pushpa Narayan.[10]
Jaclyn Victor terpilih sebagai salah seorang dari enam mentor yang ditampilkan dalam musim ketiga rancangan realiti Mentor. Ujibakat dijalankan secara berasingan oleh setiap seorang mentor tersebut, dan ujibakat Jaclyn Victor dijalankan pada 14 Mac 2009.
Pada tahun 2009, Jaclyn julung kali memegang watak penting iaitu sebagai Bhavani dalam filem Talentime,[11] iaitu filem terakhir arahan Yasmin Ahmad yang sempat keluar di pawagam sebelum sutradara itu meinggal pada 25 Julai. Daripada itu, beliau meraih anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22 pada tahun yang sama.[12]
Album studio ketiga Jac bersama Sony Music, Jaclyn Victor III yang mengandungi lapan lagu sahaja (termasuk runut Koleksi Gemilang yang merupakan medley gabungan 24 lagu popular Malaysia), dipasarkan mulai 20 Ogos 2009. Di sesi pradengar pada 11 Ogos, Jac memberitahu media dan peminat bahawa beliau menurunkan vokal dan "pitch". Katanya, "Saya tidak ingin mendesak diri saya menyanyi sekuat seperti di persembahan 'live'. Saya nak buat nota lagu yang ringka saja."[13]
Pada akhir 2009, sehari selepas hari jadinya yang ke-31, Jaclyn Victor menerima kejutan dalam bentuk "Anugerah Yasmin Ahmad" yang memberi pengiktirafan kepada bakat lakonan baru di Anugerah Skrin 2009.[14]
Pada 25 April 2010, Jac bersama Suki Low menjadi artis pembukaan konsert jelajah Kelly Clarkson di Kuala Lumpur.[15] Jaclyn turut meneruskan kerjaya lakonannya menerusi pementasan Cuci the Musical (musim kedua) arahan Hans Isaac[16] dari 27 Julai hingga 10 Ogos 2010[17] di mana beliau memegang watak Jessie yang menggantikan watak Farah yang dipegang oleh Adibah Noor pada musim lalu; sayangnya, wataknya ini langsung tiada bahagian menyanyi sepanjang pementasan.[18]
Sebagai langkah sulung untuk menembusi pasaran berbahasa Tamil, Jaclyn berlakon dalam filem Tamil buatan Malaysia berjudul Appalam (adaptasi dari Papadom)[19] arahan Afdlin Shauki.
Jaclyn Victor berganding bahu dengan Shila dan Ning Baizura untuk album kolaborasi 3 Suara yang keluar pada 4 Januari 2011.[20] Gabungan tiga penyanyi wanita tanahair ini menerima anugerah Duo/Kumpulan Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2011 atas usaha mereka dalam album 3 Suara, sementara album tersebut dicalonkan untuk anugerah Album Terbaik.[21] 3 Suara turut dicalonkan untuk Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu, Album Terbaik dan Lagu Pop Terbaik (untuk "Beribu Sesalan") di Anugerah Industri Muzik ke-18.[22] Lagu "Beribu Sesalan" turut dinobatkan sebagai Naib Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-26.
Pada Oktober 2011, Sony Music mengeluarkan album kompilasi Keunggulan yang terdiri daripada dua cakera padat yang memuatkan 20 buah lagu dari rakaman-rakaman Jaclyn yang terdahulu mulai Gemilang.[23] Ini merupakan keluaran rakaman terakhir Jac bersama Sony Music.
Untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-26 pada akhir tahun 2011, Jaclyn dipilih untuk menyanyikan lagu "Sedetik Lebih",[24] mengambil tempat penyanyi asalnya Anuar Zain yang dilaporkan menarik diri daripada pertandingan tersebut. Lagu berkenaan layak ke Anugerah Juara Lagu.
Pada 26 Januari 2012, Jaclyn Victor menandatangani kontrak untuk menjadi artis KRU Music, dan single pertamanya di bawah label itu, "Sebelah Jiwaku", turut dikeluarkan pada hari berkenaan.[25] Beliau mengambil langkah ini dengan harapan dengan daya cipta adik-beradik KRU boleh membantu beliau tidak lagi sekadar dikenali dengan lagu "Gemilang", malah "saya juga mahu orang ingat saya sebagai penyanyi yang mempunyai lagu-lagu lain yang lebih menyengat".[26]
Pada awal tahun ini, Jaclyn menyertai satu lagi rancangan realiti berbentuk nyanyian, iaitu Mania!, yang mana 15 penyanyi terkenal tanahair bergandingan dengan tiga penerbit muzik terkenal untuk beradu kehebatan. Jaclyn terpilih untuk menyertai kumpulan Aubrey Suwito[27] dan meraih tempat ketiga keseluruhannya.
Jaclyn turut terlibat dalam rakaman single amal, "You Raise Me Up (A Tribute to Manchester United's Greatest)" bersama barisan penyanyi penyokong Manchester United yang bergelar The Red World Army, yang dikeluarkan pada 27 April 2012.[28]
Setelah sekian lama selepas kelahiran anak kedua, Jaclyn dan suaminya, Shawn Rivera bercerai. Jaclyn mempunyai satu anak lelaki dan satu anak perempuan, Selepas masa yang lama tidak mengambil bahagian dalam bidang musik kerana perkahwinan, kelahiran anak dan masalah yang lain, Jaclyn kembali ke musik dan menyertai label musik baru, Alternate Records & Talents dan mengeluarkan lagu baru "Perempuan" di 2022. Pada tahun yang sama, Jaclyn juga menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim 9 dan menjadi juara pertandingan tersebut.
Berikut merupakan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan Jaclyn Victor sepanjang perjalanannya di Malaysian Idol sejak melayakkan diri ke pusingan pertandingan meraih SMS (disertakan nama penyanyi asal lagu berikut):
Spektakular | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Workshop 3 | "Superwoman" (Katryn White) |
Top 12 | "Keliru" (Ruth Sahanaya) |
Top 10 | "When I Fall in Love" (Doris Day) |
Top 8 | "I Feel for You" (Chaka Khan) |
Top 7 | "Sweet Child o' Mine" (Guns N' Roses) |
Top 6 | "Lady Marmalade" (LaBelle) |
Top 5 | "Tunggu Sekejap" (P. Ramlee) |
Top 4 | "Korban Cinta" (Ziana Zain) |
"I'm Every Woman" (Whitney Houston) | |
Top 3 (Semifinal) |
"Teringin" (Shima) |
"If I Ain't Got You" (Alicia Keys) | |
Top 2 (Finale) |
"When I Fall in Love" (Doris Day) |
"Tunggu Sekejap" (P. Ramlee) | |
"Gemilang" (Jaclyn Victor) - lagu baru Lagu: Aubrey Suwito Lirik: Asmin Mudin | |
Konsert | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Minggu 3 | "Pilihlah Aku" (Krisdayanti) |
Minggu 4 | "Terukir Di Bintang" (Yuna) |
Minggu 5 | "Matahariku" (Agnes Monica) |
Minggu 6 | "Grenade" (Bruno Mars) |
Minggu 7 | "Warisan Wanita Terakhir" (Teacher's Pet) / "Pelesit Kota" (Search)
|
Minggu 8 | Joget Angan Tak Sudah & Terasing |
Minggu 9 | Tapi Bukan Aku & I Will Always Love You |
Akhir | Arjuna & Kenangan Terindah/Gemilang |
Konsert | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Konsert | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Jaclyn Victor dikatakan mempunyai vokal yang mantap dan mendapat bimbingan vokal daripada Juita Suwito ketika menyertai pertandingan Malaysian Idol. Nota tinggi Jaclyn Victor mampu mencapai nota yang berada pada oktaf ke enam tanpa menggunakan suara nada kepala tetapi beliau menggunakan suara dada.
C6 (Encore Gemilang di Anugerah Juara Lagu) F#5 ("Cinta Tiada Akhirnya")
Album solo
Album kolaborasi
Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Era | Hot FM | Suria FM | Muzik-muzik | X-Fresh
FM |
Nasional
FM | |||
2002 | "In A Dream" | - | - | - | - | - | - | Dream |
2004 | "Gemilang" | 2 | - | - | 1 | 1 | - | Gemilang |
"Tunggu Sekejap" | - | - | - | - | - | - | ||
2005 | "When I Fall In Love" | - | - | - | - | - | - | |
"Suluhkan Sinar" nyanyian bersama Misha Omar, Anita Sarawak, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ezlynn, Ning Baizura,Siti Sarah, Vince Chong, Zahid Baharuddin, Hazami, Fazley Yaacob, kumpulan Rabbani,Alleycats, Spider, Ruffedge, KRU dan Raihan dengan sokongan Waheeda, DJ Dave, Yana Samsuddin, AC Mizal, Azharina Azhar, Malissa Januddin, Ifa Raziah, Juliza Adzlizan, Salimah Mahmood,Sasi The Don, kumpulan Nitrus, Sofaz, Def Gab C, Phynne Ballerz,Pretty Ugly, Slam, Newboyz, By'U, D;Va, dan pelajar Akademi Fantasia |
- | - | - | - | - | - | CD Amal Tsunami | |
"Di Bawah Pohon Asmara" | - | - | - | 9 | - | - | Gemilang | |
"Tiada Lagi Indah" | - | - | - | - | - | - | ||
"Wajah" | - | - | - | 4 | - | - | Bersamamu | |
2006 | "Cepat-cepat" menampilkan Mode |
- | - | - | 4 | 1 | - | Inilah Jac |
"Star" | - | - | - | - | - | - | ||
"Ceritera Cinta" duet bersama Rio Febrian |
- | - | - | 5 | - | - | ||
"Jealous" | - | - | - | - | - | - | ||
"Cinta" duet bersama Misha Omar |
- | - | - | - | - | - | Misha Omar OST Cinta | |
2007 | "Inilah Masanya" | - | - | - | - | - | - | Inilah Jac |
"Satu Harapan" | - | 2 | - | 3 | - | - | ||
"Ipoh Mali" menampilkan Point Blanc |
- | - | - | - | - | - | ||
"Cinta Tiada Akhirnya" | 6 | - | 1 | - | - | - | ||
"Kau Muzik Di Hatiku" duet bersama Vince Chong |
- | - | - | - | - | - | Non-album Single | |
2008 | "Dambaran Cinta" | - | - | - | - | - | - | OST Apa Kata Hati |
2009 | "Here In My Home" bersama Pete Teo, Awie, Afdlin Shauki, Atilia Haron, Ning Baizura, Reshmonu, Jason Lo, Ho Yuhang, Nikki Palikat, Suki Low, Altimet and Point Blanc |
- | - | - | - | - | - | Peace Malaysia |
"Cinta Ada" duet bersama Karen Kong dan Sheila Majid |
- | 1 | - | - | - | - | I'm Karen | |
"Bertamu Di Kalbu" | 7 | - | - | 3 | - | 1 | Jaclyn Victor III | |
"Koleksi Gemilang" | - | - | - | - | - | - | ||
2010 | "Jatuh Cinta" | - | - | - | - | - | - | |
"Ku Tak Bisa" | - | 18 | - | 11 | - | - | ||
"Noel" | - | - | - | - | - | - | Aubrey Suwito: Christmas With Friends | |
"Mahligai" duet bersama Noraniza Idris |
- | - | - | - | - | - | Cintaku Satu | |
2011 | "Di Mana Di Mana" trio bersama Ning Baizura dan Shila Amzah |
5 | 2 | - | - | - | - | 3 Suara |
"Beribu Sesalan" trio bersama Ning Baizura dan Shila Amzah |
2 | 1 | - | 1 | - | - | ||
2012 | "Semua Isihati Mu" trio bersama Ning Baizura dan Shila Amzah |
- | 3 | - | - | - | - | |
"Counting Days" | - | - | - | - | - | - | Home | |
"Harapan Bangsa" | - | - | - | - | - | - | Harapan | |
"Sebelah Jiwaku" | 12 | 1 | 3 | 1 | - | - | Ikut Rentakku | |
"Jagalah Diri" | - | 8 | 4 | 3 | - | - | ||
2013 | "Ikut Rentakku" | - | 7 | 5 | 1 | - | - | |
"Senafas Baru" | - | - | - | - | - | - | ||
2014 | "Magical Moment" duet bersama Az Yet |
- | - | - | - | - | - | |
"Remedy" | - | - | - | - | - | - | Unleashed | |
2015 | "Sweeter than a dream" | |||||||
"Seindah Mimpi" | ||||||||
2017 | "Nisan Cinta"
duet bersama Siti Nordiana |
1 | ||||||
2022 | "Perempuan" | 1 | ||||||
2023 | "Kembalilah" | 8 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Gegar Vaganza (musim 9) | Peserta | Astro Ria | Juara |
2023 | All Stars Gegar Vaganza | Peserta | Astro Ria |
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan |
2006 (AIM13) | Artis Baru Terbaik | Gemilang | Menang | |
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) | Tercalon | |||
Rakaman Album Terbaik | Tercalon | |||
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Di Bawah Pohon Asmara | Tercalon | ||
Gemilang | Menang | |||
Lagu Terbaik | Tercalon | |||
Album Pop Terbaik | Menang | |||
Album Terbaik | Menang | |||
2007 (AIM14) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) | Inilah... Jac | Menang | |
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Inilah Masanya | Tercalon | ||
Album Pop Terbaik | Tercalon | |||
Lagu Terbaik | Ceritera Cinta duet bersama Rio Febrian |
Tercalon | ||
2010 (AIM17) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) | Bertamu Di Kalbu | Jac III | Tercalon |
Lagu Pop Terbaik | Cinta Ada bersama Karen Kong & Dato' Sheila Majid) |
I'm Karen | Tercalon | |
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Menang | |||
2011 (AIM18) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) | Noel | Christmas With Friends | Tercalon |
Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu | Beribu Sesalan bersama Ning Baizura & Shila Amzah) |
3 Suara bersama Ning Baizura & Shila Amzah) |
Menang | |
Lagu Pop Terbaik | Tercalon | |||
Album Terbaik | Tercalon | |||
2012 (AIM19) | Lagu Terbaik | Counting Days | Home | Tercalon |
Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik | Menang | |||
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik | Menang | |||
Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Lagu | Menang | |||
Jagalah Diri | OST 29 Februari | Tercalon | ||
Lagu Pop Terbaik | Tercalon | |||
Sebelah Jiwaku | Hitman | Tercalon | ||
Lagu Pop Etnik Terbaik | Mahligai duet bersama Noraniza Idris |
Cintaku Satu | Tercalon | |
2013 (AIM20) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) | Ikut Rentakku | Ikut Rentakku | Tercalon |
Lagu Pop Terbaik | Tercalon | |||
Senafas Baru | Tercalon |
Anugerah Planet Muzik | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album | Keputusan | Tewas Kepada |
2006 | Artis Wanita Terbaik | Gemilang | Menang | ||
2007 | Artis Wanita Terbaik | Inilah Jac | Tercalon | Siti Nurhaliza - Transkripsi | |
Artis Wanita Paling Popular | Tercalon | Siti Nurhaliza | |||
2011 | Duo / Kolaborasi Terbaik | 3 Suara | Menang | ||
Album Terbaik | Tercalon | Kotak - Energi |
Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
2005 (AJL20) | Gemilang | Gemilang | Aubrey Suwito | Asmin Mudin | Balada | Menang |
Juara Lagu | Menang | |||||
Wajah | Othman Mohamed | Habsah Hassan | Balada | Tercalon | ||
2007 (AJL22) | Ceritera Cinta (bersama Lah Ahmad) | Inilah Jac | Ross Ariffin | Habsah Hassan | Balada | Tercalon |
Vokal Terbaik | Menang | |||||
2011 (AJL26) | Beribu Sesalan (bersama Ning Baizura & Shila Amzah) | 3 Suara | Kevin Chin | Tinta | Terbuka | Menang
(Naib Juara) |
Sedetik Lebih menggantikan Anuar Zain | OST Merong Mahawangsa | Edry Abdul Halim | Edry Abdul Halim | Terbuka | Tercalon | |
2013 (AJL28) | Ikut Rentakku | OST Maskara | Edry Abdul Halim | Edry Abdul Halim | Terbuka | Menang
(vokal terbaik) |
2018 (AJL33) | Nisan Cinta (duet bersama Siti Nordiana) | OST Dendam Aurora | Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong | Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong | Terbuka | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
2004 | Artis Baru Wanita Popular | Menang | |
2008 | Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |
2009 | Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |
2011 | Artis Duo/Berkumpulan Popular | Menang | |
2018 | Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Siti Nordiana) | Tercalon |
Shout! Awards | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
2009 | Popstar Award | Tercalon | |
Power Vocal Award | Menang | ||
2010 | Popstar Award | Tercalon | |
Power Vocal Award | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.