Transkripsi (album)

album ke-12 oleh Siti Nurhaliza From Wikipedia, the free encyclopedia

Transkripsi (album)

Transkripsi ialah album studio ke-12 Siti Nurhaliza. Ia memuatkan 13 buah lagu. Antara penggubah yang terlibat ialah Melly Goeslaw, Damian VE, Cat Farish, Lin Li Zhen, Aubrey Suwito, Erwin Gutawa, Glenn Fredly, Tengku Shafiek, Yasin dan Siti Nurhaliza sendiri. Album ini telah terjual melebihi 80,000 unit. Transkripsi bermaksud himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini.

Fakta Segera Album studio oleh Siti Nurhaliza, Dilancarkan pada ...
Transkripsi
Thumb
Album studio oleh
Dilancarkan pada23 April 2006
Dirakamkan padaMei 2005 - Mac 2006
GenrePop dan R&B
Panjang58:04
BahasaBahasa Melayu
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Suria Records
Penerbit
Kronologi Siti Nurhaliza
Prasasti Seni
(2004)
Transkripsi
(2006)
Hadiah Daripada Hati
(2007)
Single daripada Transkripsi
  1. "Biarlah Rahsia"
    Dikeluarkan: 22 Januari 2006
  2. "Bisakah"
    Dikeluarkan: Jun 2006
  3. "Siti Situ Sana Sini"
    Dikeluarkan: Julai 2006
  4. "Bila Harus Memilih"
    Dikeluarkan: Ogos 2006
  5. "Pastikan"
    Dikeluarkan: Disember 2006
  6. "Destinasi Cinta"
    Dikeluarkan: Februari 2007
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Album ini juga merupakan album pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri iaitu, Siti Nurhaliza Productions dan album pertama beliau dimana Siti berperanan sebagai penerbit dan penerbit eksekutif. Album ini diiktiraf sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan oleh Siti Nurhaliza, kerana kepelbagaian elemen pop, rock, dan turut memuatkan lagu balada yang baik.

Latar belakang

Ia menjadi album pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat miliknya, Siti Nurhaliza Productions selepas beliau meninggalkan Suria Records (SRC) pada awal 2005 selepas menerbitkan 10 album bersama SRC dan ia dikeluarkan 10 tahun selepas pelancaran album pertama beliau pada 1996.

Siti memulakan promosi album Transkripsi dengan mengedarkan lagu Biarlah Rahsia di semua stesen radio di seluruh negara. Lagu ini diterbitkan sebagai maklum balas kepada pihak petugas media yang bertungkus-lumus menyiasat kehidupan peribadi Siti, terutamanya mengenai perhubungannya dengan ahli perniagaan terkenal, Datuk Khalid Mohamad Jiwa menjelang hari perkahwinan mereka pada 21 Ogos 2006.[1]

Transkripsi menerima pujian kritis daripada daripada pengulas dan menyifatkannya sebagai salah satu album terbaik Siti yang pernah dihasilkan [2][3] dan penerbitan album ini merupakan percubaan pertama Siti untuk menerbitkan album di bawah syarikatnya sendiri.

Keluaran dan sambutan

Fakta Segera Penarafan profesional, Markah ulasan ...
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
ERA link
Klik
New Straits Times link
Sultan Muzaffar
Tutup

Album Transkripsi dikeluarkan pada 23 April 2006 dan muzik video untuk Biarlah Rahsia dan Bisakah telah diterbitkan.[4]

Ianya cemerlang dengan dikurniakan sijil 3 kali platinum kerana jualan melebihi 80,000 unit, sekaligus menggondol anugerah Album Terbaik dan Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14,[4][5][6] di samping juga membantu Siti merangkul tiga anugerah (Lagu Terbaik untuk "Biarlah Rahsia", Artis Wanita Terbaik, Artis Wanita Popular) Anugerah Planet Muzik pada tahun yang sama.[6]

Senarai runut

Maklumat lanjut No., Tajuk ...
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Siti Situ Sana Sini"Cham VEDamian VE dan Lah VE4.06
2."Biarlah Rahsia"Siti NurhalizaMelly Goeslaw4.09
3."Destinasi Cinta"PSNNLin Li Zhen3.24
4."Cuba Untuk Mengerti"Tengku ShafiekTengku Shafiek4.45
5."Hidup Penuh Bicara"Yasin & Eena HouzyamaYasin3.59
6."Bila Harus Memilih"Glenn FredlyGlenn Fredly4.23
7."Pastikan"Melly GoeslawMelly Goeslaw4.22
8."Hati Berbisik"Siti NurhalizaSiti Nurhaliza & Aubrey Suwito4.10
9."Rupanya Kita Serupa"Cat FarishCat Farish4.56
10."Tanpa Dendam di Hati"Habsah HassanErwin Gutawa4.15
11."Intrig Cinta"LoloqSiti Nurhaliza4.04
12."Impiankan Nyata"RaufAbdul Rahim Bachik, Rauf & Firdaus Mahmud3.40
13."Bisakah"Tessh RSAubrey Suwito4.39
Tutup

Kedudukan carta

Album

Maklumat lanjut Carta (2007), Kedudukan tertinggi carta ...
Carta (2007) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia
(Top 10 Album Tempatan Paling Laris 2006)
2
Malaysia
(Carta RIM)
1[7]
Tutup

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2006

Biarlah Rahsia

1 1 1 -

Bisakah

7 13 6 2

Siti Situ Sana Sini

1 1 - -

Bila Harus Memilih

7 4 - -
2007

Pastikan

1 1 1 -

Destinasi Cinta

- 11[nota 1] 1 1
Tutup

^Tidak termasuk Carta Xfresh, Carta Suria, MTV Jus dan Hits 1

Anugerah

Anugerah Industri Muzik

Maklumat lanjut Tahun, Penerima/Karya tercalon ...
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2007 Transkripsi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Tercalon
Kulit Album Terbaik Tercalon
Album Pop Terbaik Menang
Album Terbaik Menang
"Bisakah"Video TerbaikTercalon
Tutup

Anugerah Planet Muzik

Maklumat lanjut Tahun, Penerima/Karya tercalon ...
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan Negara hos
2007[8][9] "Biarlah Rahsia" Lagu Paling Popular Tercalon Singapura
Singapura
Lagu Terbaik Menang
TranskripsiAlbum TerbaikTercalon
Tutup

Anugerah Juara Lagu

Maklumat lanjut Tahun, Penerima/Karya tercalon ...
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2007[10] "Destinasi Cinta" Lagu Pop Rock Terbaik Tercalon
Tutup

Anugerah ERA

Maklumat lanjut Tahun, Penerima/Karya tercalon ...
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2006 "Biarlah Rahsia" Lagu Pop Pilihan Terbaik Tercalon
2007[11] "Pastikan" Lagu Pop Pilihan Terbaik Tercalon
Penyanyi Wanita Pilihan TerbaikMenang
Tutup

Pensijilan

Maklumat lanjut Negara, Pensijilan ...
Negara Pensijilan Jualan/penghataran
Malaysia RIM: 4× Platinum 80,000
Tutup

Catatan

  1. Destinasi Cinta menjadi satu-satunya lagu di dalam album Transkripsi untuk tidak menduduki kedudukan pertama di Carta Era ekoran kekurangan undian daripada pendengar akibat saingan daripada Hot FM yang merupakan pesaing utama Era FM.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.