Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Linguistik ialah sebuah pengajian saintifik[1] bahasa.[2] Terdapat tiga aspek dalam pengajian ini: bentuk bahasa, makna bahasa dan bahasa dalam konteks.[3] Pelopor terawal dalam bidang penghuraian bahasa telah dikaitkan dengan Pāṇini, iaitu seorang pelajar awal linguistik[4](fl. abad ke-4 SM),[5] dengan analisisnya mengenai bahasa Sanskrit dalam Ashtadhyayi.[6]
Linguistik |
Linguistik teori |
Fonetik |
Fonologi |
Morfologi |
Sintaksis |
Semantik |
Semantik leksikal |
Semantik statistik |
Semantik struktur |
Semantik prototaip |
Stilistik |
Preskripsi |
Pragmatik |
Linguistik gunaan |
Pemerolehan bahasa |
Psikolinguistik |
Sosiolinguistik |
Linguistik generatif |
Linguistik kognitif |
Linguistik pengiraan |
Linguistik perihalan |
Linguistik sejarah |
Linguistik perbandingan |
Etimologi |
Sejarah linguistik |
Senarai ahli linguistik |
Masalah yang belum diatasi |
Kajian linguistik dapat diolahkan melalui tiga paksi utama, dengan titik hujungnya dihuraikan di bawah:
Berdasarkan dikotomi-dikotomi ini, cendekiawan-cendekiawan yang hanya merujuk kepada diri dengan mudah sebagai ahli linguistik atau ahli linguistik teori tanpa sebarang pembatasan, cenderung melibatkan diri dalam linguistik autonomi, teori, dan sinkronik yang telah diakui sebagai teras disiplin ini.
Penyelidikan linguistik telah dikejar oleh berbagai-bagai jenis pakar yang mungkin tidak bersependapat; sebagaimana yang dikatakan oleh Russ Rymer dengan gaya yang ranggi:
"Linguistik dapat dipertahankan sebagai harta yang amat dipertikaikan dalam alam akademik. Ia direndam dengan darah para pemuisi, serta ahli teologi, falsafah, filologi, psikologi, biologi, antropologi, dan neurologi, bersama dengan apa-apa darah yang boleh diperah daripada ahli-ahli nahu." 1
Peringkat linguistik teori Linguistik teori sering dibahagikan kepada sebilangan bidang yang berasingan untuk dikaji dengan lebih kurang tersendiri. Bahagian-bahagian berikut kini telah diperakui secara meluas:
-Fonetik ialah kajian bunyi-bunyi bahasa manusia. -Fonologi atau fonemik ialah kajian pola-pola bunyi asas bagi seseuatu bahasa. -Morfologi ialah kajian struktur dalaman bagi perkataan-perkataan. -Sintaksis ialah kajian bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bertatabahasa. -Semantik ialah kajian makna perkataan-perkataan semantik leksikal dan bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bermakna. -Pragmatik ialah kajian bagaimana pengungkapan (baik secara literal, mahupun secara kiasan) digunakan dalam perbuatan-perbuatan komunikasi. -Linguistik sejarah ialah kajian bahasa-bahasa yang hubungan sejarahnya telah diakui melalui persamaan dalam perbendaharaaan kata, pembentukan kata, dan sintaksis. -Tipologi linguistik ialah kajian ciri-ciri tatabahasa yang digunakan merentasi semua bahasa manusia. -Silistik linguistik ialah kajian gaya dalam bahasa-bahasa. -Analisis wacana ialah kajian ayat-ayat yang disusun menjadi teks.
Bagaimanapun, kepentingan tersendiri bagi setiap bidang tidak diakui secara sejagat, dan hampir semua ahli linguistik bersetuju bahawa bahagian-bahagian ini amat bertindih. Walaupun demikian, setiap bidang mempunyai konsep-konsep teras yang menggalakkan penyelidikan dan penyiasatan cendekiawan yang penting.
Sedangkan teras linguistik teori adalah berkenaan dengan mengkaji bahasa-bahasa pada sesuatu ketika yang tertentu (biasanya kini), linguistik diakronik memeriksa bagaimana bahasa berubah dengan berlalunya masa, kekadang selama berabad-abad. Linguistik sejarah mempunyai sejarah yang kaya (kajian linguistik tumbuh daripada linguistik sejarah) dan asas teori yang kuat untuk mengkaji perubahan bahasa.
Di dalam universiti-universiti di Amerika Syarikat, sudut pandangan bukan sejarah kelihatan lebih berkuasa. Sebagai contoh, banyak kelas linguistik permulaan hanya meliputi linguistik sejarah secara sepintas lalu. Peralihan dalam tumpuan ke sudut pandangan bukan sejarah bermula dengan Saussure dan menjadi berpengaruh dengan Noam Chomsky.
Secara nyata, sudut-sudut pandangan sejarah termasuk linguistik sejarah perbandingan dan etimologi.
Sedangkan linguistik teori adalah berkenaan dengan mencari dan menghuraikan gambaran umum kedua-dua untuk bahasa-bahasa tertentu dan untuk antara semua bahasa, linguistik gunaan mengambil dapatan-dapatan ini dan menggunakannya untuk bidang-bidang yang lain. Seringnya, linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi dapatan-dapatan penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain.
Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara eksplisit. Sintesis pertuturan dan pengecaman pertuturan menggunakan pengetahuan fonetik dan fonemik untuk memberikan antara muka suara kepada komputer. Penggunaan linguistik pengiraan dalam penterjemahan mesin, penterjemahan dibantu komputer, dan pemprosesan bahasa sejadi merupakan bidang-bidang yang amat berhasil pada tahun-tahun kebelakangan ini disebabkan oleh kuasa perkomputeran yang semakin meningkat. Pengaruhnya telah mempunyai kesan yang besar kepada teori-teori sintaksis dan semantik, kerana pemodelan teori-teori sintaksis dan semantik dengan menggunakan komputer memaksa teori-teori menjadi operasi-operasi boleh hitung dan memberikan asas matematik yang lebih ketat.
Linguistik konteks ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.
Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi-interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.
Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.
Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, lingusitik pengiraan, serta sains kognitif.
Penyelidikan-penyelidikan yang kini dilakukan di bawah nama "linguistik" adalah deskriptif semata-mata; ahli-ahli linguistik cuba menjelaskan sifat bahasa tanpa membuat sebarang pertimbangan nilai atau mencuba mencartakan hala-hala bahasa masa depan. Walaupun demikian, terdapat banyak ahli profesional dan amatur yang juga mempreskripsikan atau menetapkan peraturan-peraturan bahasa sebagai piawai untuk diikuti oleh orang-orang lain.
Para preskriptivis cenderung didapati di kalangan pendidik bahasa dan wartawan, dan bukannya dalam lingkungan ahli linguistik akademik pada dirinya. Mereka mempunyai tanggapan-tanggapan yang jelas tentang apa yang betul dan apa yang salah, dan mungkin mempertanggungjawabkan diri untuk memastikan bahawa generasi yang berikut akan menggunakan jenis bahasa yang paling mungkin akan menyebabkan "kejayaan"; jenis bahasa itu seringnya merupakan akrolek sesuatu bahasa yang tertentu. Alasan-alasan untuk sikap mereka yang tidak bertoleransi terhadap "penggunaan salah" mungkin termasuk ketidakyakinan terhadap neon, hubungan-hubungan dengan loghat-loghat yang tidak dikenan secara sosial (iaitu basilek), atau hanya percanggahan dengan teori-teori kesayangan mereka. Versi keterlaluan preskriptivisme boleh didapati di kalangan penapis yang misi peribadi mereka adalah untuk menghapuskan perkataan-perkataan dan struktur-struktur yang dianggap mereka sebagai memusnahkan masyarakat.
Para deskriptivis sebaliknya tidak menerima tanggapan para preskriptivis tentang "penggunaan tidak betul". Mereka mungkin memerihalkan penggunaan-penggunaan orang itu sebagai "idiosinkratik" atau mereka mungkin mendapati sesuatu ketetapan (atau peraturan) yang dipatuhi oleh penggunaan-penggunaan tersebut (berbeza dengan andaian preskriptif yang lazim bahawa penggunaan "buruk" adalah tidak teratur). Dalam konteks kerja luar, linguistik huraian merujuk kepada kajian bahasa yang menggunakan pendekatan deskriptivis. Perkaedahan deskriptivis adalah lebih serupa dengan perkaedahan saintifi dalam bidang-bidang lain.
Kebanyakan ahli linguistik sezaman mengandaikan bahawa bahasa pertuturan adalah lebih asas dan oleh itu, adalah lebih penting daripada bahasa tulisan. Alasan-alasan untuk sudut pandangan ini termasuk:
Sudah tentu, ahli-ahli linguistik bersetuju bahawa kajian terhadap bahasa tulisan adalah berfaedah dan bernilai. Bagi penyelidikan linguistik yang menggunakan kaedah-kaedah linguistik korpus dan linguistik pengiraan, bahasa tulisan seringnya adalah lebih sesuai untuk memproses jumlah data linguistik yang besar. Korpus besar untuk bahasa pertuturan adalah susah untuk dicipta dan dicari, dan biasanya ditranskripsikan dan ditulis.
Walau bagaimanapun, kajian tentang sistem-sistem tulisan pada dirinya telah dianggap sebagai satu cabang linguistik tersendiri.
Di India kuno, ahli nahu Sanskrit, Pāṇini (k.k. 520–460 SM), ialah ahli linguistik terawal yang diketahui dan sering diakui sebagai pengasas linguistik. Beliau termasyhur untuk merumuskan 3,959 peraturan morfologi Sanskrit dalam teksnya, Aṣṭādhyāyī, yang masih digunakan pada hari ini. Tatabahasa Sanskrit Pāṇini's adalah amat sistematik dan teknikal. Pendekatan analisisnya termasuk konsep-konsep fonem, morfem, dan kata dasar yang hanya dikenali oleh ahli-ahli linguistik barat sekitar dua milenium kemudian. Peraturan-peraturannya memerihalkan morfologi Sanskrit dengan penuh tanpa sebarang lebihan. Satu akibat tumpuannya terhadap keringkasan ialah struktur yang amat tidak intuitif yang mengingatkan kita tentang "bahasa mesin" sezaman (bertentangan dengan bahasa-bahasa atur cara "boleh dibaca manusia"). Peraturan-peraturan logis dan tekniknya yang canggih telah mempengaruhi ahli-ahli linguistik kuno dan moden secara meluas.
Tolkāppiyar (k.k. abad ke-3 SM), ahli linguistik India Selatan, menulis Tolkāppiyam, karya tatabahasa bahasa Tamil yang masih digunakan pada hari ini. Bhartrihari (k.k. 450–510) merupakan lagi seorang penulis teori linguistik bahasa Indo-Arya yang penting. Beliau membina teori bahawa tindakan pertuturan mempunyai tiga peringkat: (1) pengkonsepan; (2) pelaksanaan pertuturan; dan (3) pemahaman oleh pentafsir. Kerja Pāṇini dan Bhartrihari mempunyai pengaruh yang amat penting dalam banyak gagasan asas yang dicadangkan oleh Ferdinand de Saussure, profesor bahasa Sanskrit, yang telah dianggap secara meluas sebagai bapa linguistik struktur moden.
Cendekiawan-cendekiawan linguistik awal yang lain termasuk:
Ahli-ahli linguistik dan aliran pikiran penting yang lain termasuk:
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Linguistik |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.