Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengecaman pertuturan ialah satu proses menukar bahasa manusia yang dituturkan kepada masukan yang boleh dibaca oleh mesin. Antara kegunaannya ialah pendailan suara, pemprosesan perkataan kepada teks, dan sebagainya.
Kaedah ini boleh bermanfaat dalam pembelajaran bahasa kedua melalui pengajaran sebutan yang betul memfasihkan kemahiran lisan dalam bahasa ini.[1]
Perisian mengecam ini boleh membantu pengguna yang pekak ataupun bermasalah pendengaran mendapatkan maklumat ucapan atau perbincangan melalui penukaran percakapan secara langsung kepada bentuk teks sarikata yang dapat dibaca baik dalam konteks perniagaan, pendidikan mahupun hal kemasyarakatan seperti khutbah dalam majlis agama.[2]
Ia turut boleh memudahkan golongan yang sukar menggunakan tangan dan/atau penglihatan[3] dengan sempurna baik kerana kecederaan mahupun kekurangan upaya mengakses alat masukan biasa pada komputer;[3] teknologi ini sendirinya mula dikembangkan hasil dorongan menyediakan sarana untuk pekerja yang mengalami masalah menaip secara waktu berpanjangan.[4][5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.