From Wikipedia, the free encyclopedia
Elektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti elektrik yang beroperasi dengan kawalan aliran elektron atau sebarang partikel bercaj elektrik. Ia adalah sebahagian daripada cabang sains dan teknologi yang melibatkan litar elektrik serta komponen elektrikal aktif seperti tiub vakum, transistor, diod dan litar bersepadu. Sifat bukan linear komponen-komponen ini serta kemampuannya mengawal aliran elektron membolehkan penguatan isyarat lemah dapat dilakukan dan sering diaplikasikan dalam telekomunikasi dan pemprosesan isyarat. Elektronik berbeza dengan elektrikal dan elektrik mekanikal yang melibatkan penjanaan, pengagihan, pensuisan dan penyimpanan dan penukaran disamping menggunakan banyak menggunakan peralatan seperti wayar, motor, generator, bateri, suis, transformer, perintang dan pelbagai komponen pasif. Perbezaan antara elektrikal dan elektronik ini bermula pada tahun 1906 apabila Lee De Forest telah berjaya merekacipta triod yang pertama, ini membawa kepada kemampuan untuk menguatkan isyarat radio dan isyarat audio tanpa menggunakan peranti bukan mekanikal. Sebelum dekad 1950-an, bidang ini dipanggil sebagai teknologi radio kerana penggunaannya menggunakan prinsip rekabentuk dan teori pancaran gelombang radio, penerimaan gelombang radio dan juga tiub vakum.[1]
Pada hari ini, kebanyakan peralatan elektronik menggunakan komponen semikonduktor untuk melakukan pengawalan elektron. Pengajian mengenai peranti semikonduktor dan juga teknologi yang berkaitan dengannya adalah termasuk di dalam bidang fizik keadaan pepejal. Untuk rekabentuk dan pembinaan litar elektronik untuk menyelesaikan masalah secara praktikal pula, ia termasuk di dalam bidang kejuruteraan elektronik.
Sesetengah orang mengkaji bagaimana peranti sedemikian berfungsi secara am, sebagai sebahagian dari fizik.
Sesetengah yang lain mereka dan membina litar elektronik untuk menyelesaikan masalah praktikal. Ini merupakan sebahagian tugas jurutera elektrik, elektronik dan jurutera komputer.
Sebuah komponen elektronik dalam apa jua keadaan fizikalnya di dalam satu sistem elektronik adalah digunakan untuk memberi kesan kepada elektron atau medan yang berada disekelilingnya secara konsisten berdasarkan keperluan fungsi sistem elektronik berkenaan. Komponen-komponen secara umumnya akan disambungkan bersama-sama, pada kebiasaannya akan dipaterikan pada papan litar bercetak, untuk membina sebuah litar elektronik mengikut fungsi-fungsi tertentu (contohnya penguat, penerima radio dan pengayun). Komponen mungkin didatangkan secara berasingan atau di dalam sekumpulan komponen-komponen yang rumit seperti litar bersepadu. Contoh komponen-komponen elektronik yang biasa kita lihat adalah kapasitor, induktor, perintang, diod, transistor dan lain-lain.[2]
Litar dan komponen boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; analog dan digital. Di dalam peralatan elektrik dan elektronik, sesetengahnya hanya mengandungi satu jenis sahaja manakala yang lain mengandungi gabungan antara kedua-dua jenis litar dan komponen tersebut.
Kebanyakan peralatan elektronik analog seperti penerima radio, dibina dengan dari gabungan pelbagai jenis litar asas. Litar analog menggunakan julat voltan yang selanjar(berayun) berbanding litar digital yang menggunakan voltan tetap.[3]
Jumlah litar-litar analog yang diketahui buat masa ini adalah sangat besar, terutamanya sebuah litar boleh ditakrifkan daripada sekecil-kecil komponen tunggal hingga ke litar yang mengandungi ribuan komponen.
Litar analog juga kadangkala dipanggil sebagai litar linear walaupun kesan bukan-linear digunakan di dalam litar analog seperti di dalam litar pencampur, litar pemodulat dan lain-lain. Contoh litar analog adalah seperti ; tiub vakum, litar penguat dan litar pengayun.
Amat jarang dijumpakan litar yang sepenuhnya analog di dalam peralatan moden masa kini. Pada masa ini litar analog menggunakan litar digital mahupun pemprosesan mikro untuk meningkatkan prestasi. Litar jenis ini dikenali sebagai 'isyarat campuran' berbanding analog mahupun digital.
Litar digital adalah litar elektronik yang berfungsi menggunakan dua jenis voltan yang berbeza antara satu sama lain.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.