24 Mac merupakan hari ke-83 (hari ke-84 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 282 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Robert Koch
Fumarol di kawah Gunung Redoubt
1401 – Maharaja Turco-Mongol , Timur menjarah Damsyik .
1603 - Raja James VI dari Scotland menaiki takhta England , Ireland dan Wales , dengan itu menyatukan takhta keempat-empat kerajaan buat pertama kali.
1720 – Count Frederick dari Hesse-Kassel dipilih sebagai Raja Sweden oleh Riksdag dari Estates , selepas ratu memerintah beliau Ulrika Eleonora melepaskan takhta pada 29 Februari
1837 – Kanada mengurniakan hak mengundi kepada warga lelaki berketurunan Afrika.
1878 – Kapal frigat British HMS Eurydice karam, lalu meragut lebih 300 nyawa.
1882 - Pakar perubatan Jerman Robert Koch (gambar) mengumumkan penemuan Mycobacterium tuberculosis , sejenis bakteria yang mengakibatkan batuk kering .
1900 – Datuk Bandar New York Robert Anderson Van Wyck memecah tanah untuk perkhidmatan keretapi bawah tanah "Rapid Transit Railroad " baru yang bakal menghubungkan Manhattan dengan Brooklyn .
1923 – Greece menjadi sebuah negara republik .
1934 – Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Tydings-McDuffie yang membolehkan Filipina menjadi sebuah negeri komanwel yang berpemerintahan sendiri .
1944 - Perang Dunia Kedua : Askar-askar Pihak Berikat memulakan "Pelarian Diri Besar", memecah keluar dari kem tawanan perang Jerman Nazi Stalag Luft III .
1959 – Parti Persekutuan Afrika (PFA) dilancarkan oleh Léopold Sédar Senghor dan Modibo Keita .
1976 - Perang Kotor : Presiden Argentina Isabel Peron diculik dan digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera tanpa pertumpahan darah oleh Jorge Rafael Videla .
1989 - Kapal minyak Exxon Valdez menumpahkan lebih 10 juta gelen minyak ke dalam Selat Prince William , Alaska , mengakibatkan salah satu bencana alam sekitar paling dahsyat di laut.
1999 - Perang Kosovo : NATO melancarkan serangan udara terhadap Yugoslavia , kali pertama NATO menyerang negara berdaulat .
2003 – Liga Arab mengundi 21-1 untuk meluluskan resolusi yang menggesa agar tentera A.S. dan British berundur dari Iraq serta-merta tanpa syarat.
2008 – Bhutan secara rasminya menjadi sebuah negara demokrasi , dengan pilihan raya umum sulungnya yang dimenangi Druk Phuensum Tshogpa .
2009 – Gunung Berapi Redoubt (gambar) di Alaska , A.S. mengalami satu siri letusan .
2010 – Inisiatif Chiang Mai mula berkuat kuasa dengan dana rizab pertukaran asing bernilai AS$120 bilion.
2011 – Gempa bumi bermagnitud 6.8 Mw melanda timur laut Myanmar, mengorbankan lebih 150 orang.
2013 – Pemberontak menawan Bangui , ibu negara Republik Afrika Tengah, memaksa Presiden François Bozizé melarikan diri.