31 Mac merupakan hari ke-90 (hari ke-91 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 275 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Menara Eiffel
1778 - Penjelajah Inggeris James Cook mendarat di Pulau Vancouver dan menuntutnya untuk Great Britain .
1854 - Laksamana Pertama Tentera Laut A.S. Matthew C. Perry dan Keshogunan Tokugawa memeterai Perjanjian Kanagawa , memaksa pembukaan pelabuhan-pelabuhan Jepun untuk perdagangan Amerika Syarikat.
1889 - Menara Eiffel (gambar) dibuka secara rasmi di Paris .
1903 - Pereka New Zealand Richard Pearse dilaporkan terbang sejauh beberapa ratus meter, di dalam salah satu mesin terbang pertama , kira-kira 9 bulan sebelum Wright bersaudara .
1917 - Hindia Barat Denmark menjadi Kepulauan Virgin Amerika Syarikat selepas Amerika Syarikat membayar Denmark sebanyak AS$ 25 juta untuk kepulauan Caribbean itu.
1930 - Studio-studio filem Hollywood memperkenalkan Kod Penerbitan untuk mengelakkan penapisan kerajaan.
1931 – Sebuah gempa bumi raksasa membinasakan Managua, Nicaragua dan meragut 2,000 nyawa.
1942 – Perang Dunia Kedua : Tentera Jepun menyerang Pulau Krismas naungan British.
1942 – Holokus di Ivano-Frankivsk (ketika itu bernama Stanislawow), Ukraine barat. Pasukan Gestapo Jerman menganjurkan pengusiran pertama 5,000 orang Yahudi dari ghetto Stanislawow ke kem maut Belzec .
1946 – Pilihan raya pertama diadakan di Greece selepas Perang Dunia Kedua.
1949 – Dominion Newfoundland menyertai Gabungan Kanada lalu menjadi wilayah ke-10 Kanada.
1951 – Remington Rand menghantarkan komputer UNIVAC I pertama kepada Biro Bancian Amerika Syarikat .
1959 – Dalai Lama ke-14, Tenzin Gyatso , menyeberangi sempadan ke India lalu diberikan perlindungan politik .
1964 – Bermulanya pemerintahan diktator Castello Branco di Brazil.
1966 – Kesatuan Soviet melancarkan Luna 10 yang menjadi bolak-balik angkasa lepas pertama yang mengorbit mengelilingi Bulan .
1970 – Explorer 1 memasuki semula atmosfera Bumi setelah 12 tahun mengorbit.
1970 – Sembilan orang pengganas daripada Tentera Merah Jepun merampas Penerbangan 351 Japan Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo , dengan mengacu-acukan pedang samurai dan membawa sebutir bom .
1979 – Askar British terakhir meninggalkan Kepulauan Malta . Malta mengisytiharkan Hari Kebebasannya (Jum il-Helsien).
1985 – WrestleMania , acara gusti terbesar anjuran WWE, julung kalinya diadakan di Madison Square Garden , New York.
1986 – Enam majlis kaunti metropolitan dimansuhkan di England .
1991 – Gerakan Perlembagaan Islam, atau Hadas , diasaskan di Kuwait.
1991 – Pungutan suara kemerdekaan Georgia 1991 : hampir 99% pengundi menyokong kemerdekaan negara mereka daripada Kesatuan Soviet.
1992 - USS Missouri , kapal tempur Tentera Laut Amerika Syarikat aktif terakhir, dibersarakan di Long Beach , California .
1994 – Evolusi manusia : Jurnal Nature melaporkan penemuan tengkorak Australopithecus afarensis lengkap yang pertama di Habsyah .
1995 – Di Corpus Christi, Texas , bintang nyanyian Latina Selena Quintanilla Perez ditembak sampai mati oleh presiden kelab peminat sendiri beliau, Yolanda Saldivar .
1998 – Netscape mengeluarkan pangkalan kod pelayarnya mengikut perjanjian lesen sumber terbuka ; projek ini diberi nama kod Mozilla , lama-kelamaan menjadi Yayasan Mozilla .
2004 – Di Fallujah , Iraq, 4 kontraktor ketenteraan persendirian berbangsa Amerika Syarikat yang bertugas untuk Blackwater USA , diserang hendap, dibunuh lalu dicacat-cacatkan mayatnya.
2007 – Di Sydney , Australia, 2.2 juta orang mengambil bahagian dalam sambutan Earth Hour pertama.
2011 – Mayotte secara rasmi menjadi jabatan ke-101 Perancis , sebagaimana dipersetujui 95% penduduknya dalam pungutan suara 2009.