From Wikipedia, the free encyclopedia
Jabatan di Perancis (Perancis: département , disebut: [depaʁtəmɑ̃]) dan kebanyakan bekas-bekas koloninya ialah pembahagian pentadbiran. 101 jabatan Perancis dibahagikan kepada 22 kawasan metropolitan yakni, terletak di benua Eropah dan empat kawasan seberang laut, kesemuanya dengan status sama rata dan sah sebagai sebahagian daripada Perancis. Jababatan-jabatan ini dibahagikan kepada 342 arrondissement, yang kemudiannya dibahagikan lagi kepada beberapa kanton. Setiap kanton pula terdiri daripada sebilangan kecil komun. Di jajahan seberang laut pula, komun-komun mempunyai peranan pada tingkat jabatan.
26 jabatan di Perancis Metropolitan (di benua Eropah) daripada 96 jabatan terletak berhampiran laut.
Jabatan merupakan satu pembahagian kecil pentadbiran yang terletak antara wilayah dan arrondissement. Secara umumnya, satu wilayah mengandungi beberapa jabatan dan satu jabatan dibahagikan kepada beberapa arrondissement.
Di Perancis metropolitan (di benua Eropah), luas kawasan median bagi satu jabatan adalah 5,985 km². Sebagai perbandingan, county beradat di England secara puratanya 2.5 kali ganda lebih kecil dan county Amerika Syarikat 3.5 kali ganda lebih kecil.
Mengikut banci penduduk 1999, jumlah penduduk median bagi satu jabatan di Perancis metropolitan seramai 511,012 orang, 21 kali ganda median penduduk county Amerika Syarikat, tapi kurang dua pertiga daripada county beradat England.
Setiap jabatan mempunyai ibu kota jabatan (chef lieu dalam bahasa Perancis) di mana terkumpulnya institusi-institusi pentadbiran. Ibu kota biasanya merupakan bandar terbesar bagi jabatan itu, tetapi terdapat juga kes terkecuali.
Seminggu sebelum penciptaan jabatan, satu persidangan diadakan untuk menentukan nama-nama definitif jabatan (nama dan ejaan), jadual berikut menringkaskan pilihan yang telah diambil.
Nombor | Nama yang diberi pada 1790 | Nama yang tidak kekal |
---|---|---|
04 | Basses-Alpes | Nord-de-Provence, Haute-Provence[1] |
08 | Ardennes | Argonne |
09 | Ariège | Arriège[1] |
12 | Aveyron | Aveiron[1] |
14 | Calvados | Orne-Inférieure[1] |
17 | Charente-Inférieure | |
2A | Liamone | |
2B | Golo | |
21 | Côte-d'Or | Seine-et-Saône , Haute-Saône[1] |
22 | Côtes-du-Nord | |
32 | Gers | Armagnac[2] |
42 | Rhône-et-Loire | |
44 | Loire-Inférieure | |
48 | Lozère | Hautes-Cévennes, Sources, Losère[1] |
49 | Mayenne-et-Loire | Mayne-et-Loire[1] |
54 | Meurthe | |
57 | Moselle | Mozelle[1] |
58 | Nièvre | Nyèvre[1] |
63 | Puy-de-Dôme | Mont-Dore |
64 | Basses-Pyrénées | |
66 | Pyrénées-Orientales | Roussillon[1] |
69 | Rhône-et-Loire | |
70 | Haute-Saône | Amont[1] |
75 | Seine | |
76 | Seine-Inférieure | |
78 | Seine-et-Oise |
Jabatan-jabatan dinamakan berdasarkan kriteria geografi dan bukan berdasarkan kriteria sejarah untuk tidak mengingati pemotongan dan pemisahan provinsi sebelum Revolusi Perancis (Ancien Régime). Berdasarkan beberapa perubahan nama sejak beberapa abad yang lalu, asal-usul nama dapat dikategorikan dalam jadual berikut:
Ada beberapa jabatan yang telah menukar nama mereka. Antara perubahan-perubahan tersebut, ada yang dibuat pada zaman Revolusi, di mana pada waktu tersebut had geografi jabatan tersebut ditetapkan sedikit demi sedikit.
Ada beberapa perubahan yang dianggap agak baharu dibuat untuk menghilangkan ungkapan yang dianggap bersifat merendahkan, seperti kata sifat bas (rendah) atau inférieur (bawahan), yang sebenarnya digunakan untuk menyebut “hilir”, serta rujukan kepada arah mata angin septentrionale (utara).
Walaupun begitu, hanya jabatan Bas-Rhin mengekalkan penggunaan « bas » dalam namanya (begitu juga Basse-Normandie bagi kawasan).
Cadangan untuk perubahan nama tidak semuanya berjaya, umumnya kerana cadangan tersebut merujuk kepada sejarah provinsi Rejim Lama (Ancien Régime), iaitu zaman sebelum Revolusi di mana zamannya dianggap teruk pada ketika itu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.