Remove ads
tahun kalendar dengan satu hari tambahan From Wikipedia, the free encyclopedia
Tahun lompat (bahasa Inggeris: leap year , Belanda: schrikkeljaar ) atau tahun kabisat[1] (Arab: سَّنَةُ الكَبِيسَة, rumi: sannat ul-kabīsah "tahun terisi" di mana كَبِيسَة kabīsah terbitan kata kerja كَبَسَ kabasa "menimbus" atau "mengisi"[2]) mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa sebanyak lama tahun falak/bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.
Dalam takwim Gregorius, sehari tambahan diletakkan selepas 28 haribulan Februari yakni pada 29 Februari keseluruhan berjumlah 366 hari berbanding 365 hari dalam setahun biasa.[3] Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan menyambut hari jadinya pada hari sebelumnya ataupun selepasnya (1 Mac).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.