12 Mac merupakan hari ke-71 (hari ke-72 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 294 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Gandhi di Perarakan Dandi
515 SM - Pembinaan Kuil Suci yang kedua di Kota Lama Baitulmaqdis siap.
1894 – Di Vicksburg, Mississippi , A.S., Coca-Cola julung kalinya dijual dalam botol.
1913 – Hari Canberra : Ibu negara baru Australia secara rasminya dinamakan Canberra . (Melbourne kekal sebagai ibu negara sementara ketika ibu negara baru tersebut masih dibina hingga tahun 1927.)
1928 – Di California , Empangan St. Francis runtuh lalu meragut lebih 600 nyawa.
1930 - Mohandas Karamchand Gandhi memulakan Perarakan Dandi , satu perjalanan 320 kilometer selama 24 hari, untuk menentang cukai British ke atas garam di India kolonial (gambar) .
1933 – Kemelesetan besar : Franklin D. Roosevelt berucap kepada seluruh negara buat pertama kalinya sebagai Presiden Amerika Syarikat .
1934 – Konstantin Päts dan Jeneral Johan Laidoner merampas kuasa di Estonia , lalu mengharamkan semua parti politik.
1938 - Anschluss Osterreichs : Austria diduduki oleh Wehrmacht , dan kemudiannya menjadi Ostmark , salah satu provinsi dalam Reich Jerman .
1940 - Perjanjian Damai Moscow dimeterai dan dengan itu, menamatkan Perang Musim Sejuk antara Finland dan Kesatuan Soviet .
1947 – Doktrin Truman diisytiharkan untuk membantu mengekang penyebaran fahaman Komunisme .
1966 – Suharto mengambil alih tempat Soekarno sebagai Presiden Indonesia .
1968 – Mauritius mencapai kemerdekaan.
1992 – Mauritius menjadi republik tetapi kekal sebagai anggota Negara-Negara Komanwel .
1993 - Satu siri letupan terlaras 13 bom terjadi di Bombay , India, mengorbankan 257 orang dan mencederakan 713 yang lain.
1994 – Gereja England mentahbiskan paderi wanita pertamanya.
1997 – Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew memohon maaf kepada Malaysia kerana beliau menuduh Johor sebagai negeri yang terkenal dengan kejadian tembak menembak, menyamun dan merampas kereta.
2003 - Perdana Menteri Serbia Zoran Đinđić dibunuh di Belgrade .
2004 – Roh Moo-hyun didakwa oleh Perhimpunan Kebangsaan , pertama kalinya seorang Presiden didakwa sedemikian dalam sejarah Korea Selatan .
2005 – Ketua Eksekutif Hong Kong pertama Tung Chee Hwa meletakkan jawatannya selepas diberi lampu hijau oleh kerajaan pusat China.
2009 – Ahli perniagaan Amerika Syarikat Bernard Madoff mengaku bersalah terhadap penipuan pelaburan terbesar dalam sejarah A.S.
2010 – Siri serangan bom kedua membunuh sekitar 60 orang di Lahore , Pakistan, empat hari selepas serangan pertama.