Waheeda
penyanyi dan pelakon Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Norwahidah Abdul Wahab (lahir 23 September 1978) lebih dikenali sebagai Waheeda atau Waheeda Wassini merupakan penyanyi, pelakon dan komposer yang popular di Malaysia. Beliau mula menjadi fenomena dalam dunia industri hiburan menerusi lagu dendangannya yang berjudul Wassini sekitar pertengahan era milenium 2000-an. Tambahan pula, Waheeda juga pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam festival muzik Voice of Asia pada tahun 2004 dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.
Waheeda | |
---|---|
Nama lahir | Norwahidah binti Abdul Wahab |
Kelahiran | Johor Bahru, Johor, Malaysia | 23 September 1978
Warganegara | Malaysia |
Genre | pop etnik, world music |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, penulis lagu, penggubah lagu, penulis lirik |
Alat muzik | Vokal |
Tahun aktif | 2002–2009 |
Syarikat rakaman | MIG Records |
Kegiatan berkaitan | Yasin Sulaiman, Brothers, Bienda, kumpulan Devotees |
Anggota keluarga/pasangan | |
Suami/isteri | Ustaz Akhil Hayy (k. 2009) |
Pautan berkaitan | |
Pautan lain | ![]() |
sunting · sunting di Wikidata |
Kehidupan peribadi
Pada 16 Ogos 2009, Waheeda telah pun mendirikan rumah tangga bersama Akhil Hayy, seorang penyanyi dan pendakwah bebas.[1] Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru, Selangor. Setelah mendirikan rumahtangga, beliau kemudian mengambil keputusan untuk terus bersara daripada industri seni tanah air.
Diskografi
Album studio
- Binafsha (2004)
- Melodi Ahlan (2007)
Album EP
- Wassini (2003)
Single
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2003 | Jutawan Fakir | Marina | Filem pertama |
2004 | 7 Perhentian | Shira | |
I Know What You Did Last Raya | Sahida | ||
2005 | Anak Mami Kembali | Ida | |
2006 | Nana Tanjung | Balqis | |
2007 | Nana Tanjung 2 | Filem terakhir | |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Nana Tanjung | Balqis | TV9 | Sitkom |
Anugerah dan pencalonan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH):
- 2003 - Artis Baru Wanita Popular (Top 5).
- 2003 - Penyanyi Wanita Popular (Top 5).
- 2004 - Penyanyi Wanita Popular (Top 5).
- 2005 - Penyanyi Wanita Popular (Top 5).
Anugerah Industri Muzik (AIM):
- 2005 - Artis Baru Terbaik (Top 5).
- 2005 - Album Pop Etnik Terbaik menerusi album Binafsha (Top 5).
- 2008 - Album Pop Etnik Terbaik menerusi album Melodi Ahlan (Menang).
- 2008 - Album Terbaik menerusi album Melodi Ahlan (Top 5).
Anugerah Juara Lagu (AJL):
- 2003 - Juara Kategori Irama Malaysia menerusi lagu Wassini.
Anugerah Era:
- 2003 - Artis Harapan Pilihan (Top 5).
- 2004 - Lagu Etnik/Global Pilihan menerusi lagu Dua Dalam Bahtera (Top 5).
- 2005 - Lagu Etnik/Global Pilihan menerusi tiga lagu iaitu Binafsha, Panggilan dan Kembali Bersatu (Top 8).
- 2006 - Lagu Nasyid Pilihan menerusi lagu Satu Misteri (Top 5).
- 2007 - Lagu Etnik/Global Pilihan menerusi lagu Melodi Ahlan (Top 5).
Muzik Muzik TV3:
- 2005 - Separuh Akhir Muzik Muzik 20 menerusi lagu Binafsha.
- 2007 - Separuh Akhir Muzik Muzik 22 menerusi lagu Seteguh Cinta.
Pencapaian lain:
- 2004 - Tempat Ketiga Festival Muzik Voice of Asia.
Perniagaan
- Arum Abaya by Waheeda.
- Nafretiri Serum by Waheeda.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.