Yasin Sulaiman
penyanyi lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohammad Yasin Sulaiman (lahir 30 Oktober 1975) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia yang memperjuangkan lagu-lagu berentak "world music" dan meniti populariti tersendiri pada era 2000an. Beliau memulakan kerjaya seni menerusi kumpulan nasyid Brothers sejak 1995. Lagu solo nyanyiannya yang berjudul Mimpi Laila berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi dan komposer apabila memenangi gelaran juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu ke-16. Album solo keduanya yang berjudul Salsabila pula memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003. Kini beliau banyak menumpukan kepada kerjaya sebagai penerbit dan pencipta lagu. Antara lagu popular ciptaannya adalah "Wassini" (Waheeda), "Lagu Rindu" (Siti Nurhaliza), "Ku Temu Cahaya" (Dayang Nurfaizah) dan "Alhamdulillah" (Too Phat).[1]
Remove ads
Remove ads
Kerjaya
Brothers (1995–kini)
Beliau merupakan salah seorang ahli terawal kumpulan Brothers sewaktu penubuhannya pada 1995 dan sempat menerbitkan dua album bersama kumpulan ini – We Are… (1997) dan Satu Perjuangan (1998). Yasin meninggalkan Brothers pada 2000 untuk meneruskan kerjaya muziknya secara solo dan tempatnya digantikan oleh Akbar Azmi. Yasin kembali ke pangkuan Brothers pada 2005 menerusi album Brothers Reunited. Pada 2015, kumpulan ini muncul dengan album terbaru, Sabar[2] yang merupakan album keempat Yasin bersama Brothers[3] dan yang terakhir bagi salah seorang ahli kumpulan ini, Salleh Deril sebelum kematiannya pada Oktober 2016 akibat serangan jantung, meninggalkan Yasin dan Empat ahli Brothers yang lain. [4][5]
Kerjaya solo (2001–kini)
Yasin memulakan kerjaya muziknya secara solo pada 2001 dan seterusnya muncul dengan album Mimpi Laila[6] yang mempertaruhkan single pertamanya dengan judul sama. Kejayan ini diikuti oleh album solo keduanya, Salsabila (2004) dan Arus Qudus (2007) dan singlenya seperti "Aisyah" dan "Kerna Dia".
Pada Ogos 2016, beliau muncul dengan single terbarunya "Muzik" yang mendapat sentuhan gitar oleh sahabat rapat beliau iaitu penyanyi Faizal Tahir. Lagu ini boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Raku, Joox dan juga Apple Music bermula 5 Ogos 2016.[7][8]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Yasin berdarah kacukan Melayu dan Australia dan fasih berbahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Sharifah Eena Houzyama Syed Hassan pada tahun 2003 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Pada 2009, Yasin pernah mendedahkan bahawa beliau mengalami gangguan bipolar dan pernah menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau juga pernah mengaku menghadapi krisis identiti ketika mula-mula bergerak secara solo dalam kerjaya nyanyian.[9][10]
Remove ads
Isu
Pemilikan ganja
Pada Mac 2022, Yasin ditangkap di rumahnya di Kota Damansara dalam satu serbuan oleh pihak polis yang menemui berbilang pokok ganja yang disyaki kepunyaannya, di samping peralatan penanaman dan paket daun ganja.[11] Dengan itu, Yasin disabitkan berdasarkan Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.[12]
Pada 22 Ogos 2024, Yasin dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan atas kesalahan pemilikan dadah kanabis, penanaman pokok yang membolehkan pemerolehan kanabis dan pemberian delta 9-tetrahidrokanibinol (THC) kepada dirinya sendiri.[13]
Diskografi
Album studio
Album bersama Brothers
Lagu-lagu
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Anugerah dan pencalonan
- Juara Keseluruhan - Anugerah Juara Lagu ke-16 - "Mimpi Laila"
- Juara Kategori Irama Malaysia - Anugerah Juara Lagu ke-16 - "Mimpi Laila"
- Album Pop Etnik Terbaik - Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-10 - "Salsabila"
- Juara Kategori Irama Malaysia - Anugerah Juara Lagu ke-18 - "Wassini" (Waheeda)
- Naib Juara Lagu Terbaik - Anugerah Hits 1 2004 - "Lagu Rindu" (Siti Nurhaliza)
- Lagu Paling Popular - Anugerah Planet Muzik 2005 - "Lagu Rindu" (Siti Nurhaliza)
- (Finalis) Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 dan 2003
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads