Too Phat

From Wikipedia, the free encyclopedia

Too Phat

Too Phat ialah sebuah duo penyanyi hip hop Malaysia, terdiri daripada Cairel Edrin (Malique Ibrahim

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Asal ...
Too Phat
Thumb
Too Phat di majlis promosi album Rebirth Into Reality pada September 2005. Dari kiri: Malique dan Joe Flizzow.
Maklumat latar belakang
AsalKuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Genre
Tahun aktif1998–2007, 2010
DiskografiLihat: Too Phat discography (en)
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitanAhmad Izham Omar, Innuendo, Naughtius Maximus, Ruffedge, V.E, Teh Tarik Crew, Phlowtron, Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, Camelia, Dian Sastrowardoyo, Inul Daratista, M.O.B, Muchachaz, Yasin Sulaiman, Yusni Hamid, Reefa, Warren G, DJ T-Bone, Kyla, Weapon X, Machi
Bekas anggota
Pautan berkaitan
Tapak sesawangwww.toophat.com.my
Pautan lain Songkick: 311739 Allmusic: mn0000443587
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Too Phat ialah kumpulan hip hop paling berjaya di Malaysia pada 2000-an dan dikenali sebagai salah satu daripada sebilangan kecil artis hip hop Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa, khususnya di rantau Asia. Sepanjang kerjaya mereka, duo ini telah bekerjasama dengan ramai artis tempatan serta antarabangsa. Kumpulan ini juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Era. Too Phat dibubarkan pada 2007 dengan Malique dan Joe Flizzow meneruskan kerjaya solo.[1][2][3][4] Kejayaan mereka mendorong lebih ramai artis hip hop berkumpulan mengikut jejak langkah mereka.

Sejarah

Penubuhan, Whutthadilly? dan Plan B

Too Phat ditubuhkan pada 1998 apabila Malique (berasal dari Muar, Johor) dan Joe Flizzow (berasal dari Johor Bahru, Johor),[5] yang memiliki minat sama terhadap muzik, mula berkenalan melalui internet dan mencabar diri untuk bertarung mempamerkan kebolehan dalam muzik rap.[6][7] Selepas menamatkan A-Level, Malique berhijrah ke Kuala Lumpur, bersama Joe dan Doctah K (Kevin Felix), mereka memutuskan ingin memulakan kerjaya impian yang mampu mengubah kehidupan mereka.[8]

Mereka bersepakat menamakan kumpulan mereka sebagai Too Phat, namun menurut mereka dalam temuramah bersama majalah TONE pada April 2001, nama Too Phat mula tercetus selepas penganjur konsert meminta mereka untuk nama kumpulan dimasukkan dalam risalah konsert. Nama lain yang dicadangkan ketika itu ialah Way Too Phat dan Nickel & Rhymes.[8] Menurut mereka: "Kami tidak pasti sama ada mahu menggunakan nama Too Phat atau sebaliknya. Kami rasa baiklah, kami terus menggunakan nama Too Phat, jika kami tidak suka, kami akan menukar nama kumpulan.".[8]

Malique, Joe dan Doctah K menerima tawaran rakaman bersama label rakaman bebas, Strange Culture Records. Di bawah label itu, mereka merakamkan dua lagu, "Give It Up" dan "Whuttadilly?" sebelum meninggalkan kumpulan itu pada Julai 1998. Too Phat meneruskan perjuangan mereka sebagai duo susulan pengunduran Doctah K yang menubuhkan sebuah kumpulan hardcore, Foreground Division.[8]

Pada Oktober 1999, Too Phat secara rasmi menjadi artis Positive Tone. Lagu "Lil' Fingaz" mula disiarkan di stesen radio dan terpilih sebagai Hitz FM Most Wanted Hit.[8][6] Album pertama Too Phat berjudul Whutthadilly?, dikeluarkan pada 30 Disember 1999.[9][10][11] Lagu-lagu yang dipetik dari album tersebut seperti "Too Phat Baby", duet bersama Ruffedge menerima sambutan hangat daripada peminat muzik Malaysia dan berjaya meletakkan hip-hop sebaris dengan genre muzik popular yang lain. Lagu lain yang turut dikeluarkan sebagai single ialah "Jezzebelle", duet bersama Innuendo.[12] Menurut Joe Flizzow semasa sidang media pelancaran Whuttadilly?: "Ia menjadi tempoh yang amat sukar bagi kami. Kami membelanjakan banyak wang untuk album ini, malah kami tidur dalam studio dalam satu-satu masa".[8] Pada Oktober 2000, Too Phat mencipta sejarah peribadi apabila telah berjaya menduduki carta teratas Top 10 Broadband Talent Net (BTN) Global Chart. Carta ini menampilkan artis yang berdaftar dengan BTN dari seluruh dunia. Turut menduduki carta itu ialah Nora.[13][14]

Album kedua mereka, Plan B yang memuatkan lagu-lagu hit seperti "Anak Ayam (Freak to the Beat)",[15] "You" dan "Just A Friend" berjaya mencapai hasil jualan yang luar biasa iaitu melebihi 45,000 unit, sekaligus menerima pensijilan platinum berganda.[16][17][18] Muzik video "Just a Friend" telah diterbitkan dengan kerjasama Maxis Hotlink dan disiarkan di NTV7. Ia menampilkan penampilan kameo daripada M. Nasir, Fauziah Latiff dan Ferhad serta atlet pecut Watson Nyambek. Penggambaran muzik video ini dijalankan di Kuala Lumpur.[19][20] Lagu "You" telah menyaksikan Too Phat berduet bersama Biduanita Negara, Sharifah Aini yang menyanyikan bahagian korus.[21][22]

Puncak populariti, Phat Family dan pembubaran

Pada tahun 2002, Too Phat bersama-sama dengan ramai artis hip hop termasuk Phlowtron, Muchachaz, M.O.B dan Teh Tarik Crew membentuk satu kesatuan yang dikenali sebagai Phat Family dan menerbitkan album kompilasi senama dengan mempertaruhkan lagu "Phat Family Anthem" sebagai single utama.[23] Sebuah muzik video juga diterbitkan bagi mempromosikan single ini. Duo itu juga membuat penampilan khas dalam sebuah filem Indonesia yang bertajuk 5 Sehat 4 Sempurna arahan Richard Buntario.[24]

Too Phat menerbitkan dan melancarkan album ketiga mereka, 360° yang menampilkan kolaborasi dengan artis hip-hop antarabangsa termasuk Warren G (Amerika Syarikat),[25] Weapon X (Australia) dan artis tempatan termasuk Yasin Sulaiman, V.E dan Ruffedge. Buat pertama kali dalam kerjaya rakaman mereka, Too Phat menyampaikan rap dalam bahasa Melayu, bertajuk "Ala Canggung" menampilkan Yusni Hamid.[26] Album ini berjaya dijual mencecah 100,000 unit dan disusuli edisi Platinum yang mengandungi lagu-lagu album asal beserta lagu-lagu tambahan.[27][28][29] Duo ini turut mengadakan jelajah bagi mempromosikan album ini.[30][31][32]

Pada 21 September 2003, mereka diundang untuk mengadakan persembahan A Mild Live Prodution Show Me a Real Hip Hop with Too Phat yang berlangsung di Ventura Cafe, Indonesia.[33][34] Pada Oktober 2003, duo ini menjayakan persembahan di Ipoh, Perak.[35] Ia kemudian dikuti oleh jemputan untuk mengadakan persembahan pembukaan di konsert kumpulan rock A.S., Linkin Park yang berlangsung di Stadium Merdeka, Bukit Jalil pada 15 Oktober.[36][37]

Pada tahun 2004, Too Phat telah diundang untuk menjayakan MTV Rock The Vote, sebuah acara muzik yang dianjurkan oleh MTV Indonesia dan KPU yang berlangsung pada 5 Julai.[38] Mereka kemudian menyumbangkan karya mereka dalam album kompilasi bertajuk Rock The Kasbah.[39] Pada 18 Disember tahun sama, Joe Flizzow mengadakan persembahan sendirian tanpa Malique di Gatsby Presents Joe Flizzow of Too Phat & Friends Concert yang berlangsung di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara yang turut dijayakan oleh Ruffedge, V.E dan Pop Shuvit serta penampilan khas daripada Phlowtron dan Mizz Nina dari Teh Tarik Crew.[40] Duo itu juga berhasrat untuk tembusi pasaran muzik Jepun. Ini terbukti apabila album 360 telah dipasarkan di Negara Matahari Terbit.[41]

Too Phat melancarkan album kompilasi Too Phat Classics: The Collection Of Phat Tracks yang memuatkan lagu-lagu popular duo serta lagu-lagu yang diadun semula seperti "Nasty Girl" dan "Ala Canggung".[40] Selepas album kompilasi itu dikeluarkan, timbulnya persoalan mengenai masa depan Too Phat apabila dikhabarkan bahawa Malique dan Joe membawa haluan untuk mengambil masa berehat dari kerjanya.[42][43] Apabila "Last Song" yang diterapkan dalam album kompilasi itu berkumandang di radio, ramai yang menyangka mereka berpecah dan memulakan kerjaya solo masing-masing.[44][45]

Persoalan tersebut terjawab apabila Too Phat bersatu semula untuk menubuhkan syarikat rakaman sendiri, Kartel Records, di mana mereka muncul dengan album keempat, Rebirth Into Reality. EMI masih memikul tugas sebagai pengedar album Too Phat.[46] Album ini menampilkan banyak kolaborasi dengan artis-artis terkemuka dari seluruh Asia-Pasifik seperti Machi dari Taiwan, Joey Boy dari Thailand dan Kyla dari Filipina, diikuti penampilan daripada Datuk Siti Nurhaliza dan Inul Daratista.[47][48] Edisi antarabangsa album itu dikeluarkan pada 2006.[49] Sehingga 2007, Rebirth Into Reality telah dijual lebih daripada 25,000 salinan, manakala "Dua Dunia" telah dimuat turun lebih daripada 120, 000 kali.[50] Selepas album kompilasi Too Phat, Too Furious dikeluarkan, Too Phat mengumumkan pembubaran mereka.[51]

Pasca-pembubaran dan kerjaya solo

Malique dan Joe Flizzow memulakan kerjaya solo masing-masing[4] selepas persembahan terakhir mereka untuk penyanyi Amerika Syarikat, Kanye West pada 2007. Malique kemudian melancarkan album OK (2008), diikuti oleh K.O The Mixtape (kolaborasi bersama DJ Fuzz; 2009) dan TKO: Pejamkan Mata di bawah label rakamannya sendiri, Qarma Musiq.[52] Joe Flizzow melancarkan album solo pertamanya, President pada 31 Disember 2008 di bawah labelnya sendiri, Kartel Records dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia, diikuti oleh album kedua, Havoc[53] pada 7 November 2013.

Pada tahun 2010, Too Phat bersatu kembali untuk tempoh jangka pendek bagi mempromosikan single mereka, "Masih Hip Hop".[54] Joe Flizzow dalam temubual bersama AsiaOne pada 2013 menyatakan Too Phat akan membuat kemunculan semula suatu hari nanti.[55] Namun pada 2015, Malique dan Joe mengumumkan bahawa mereka tidak berhasrat untuk hidupkan semula Too Phat kerana sibuk terikat dengan komitmen masing-masing.[56][57]

Semasa Anugerah Juara Lagu ke-29, "Apa Khabar" dendangan Joe Flizzow bersama SonaOne memenangi hadiah utama[58] pada malam itu. Lirik lagu itu membicarakan Joe mengenangkan memorinya bersama Malique dan beliau bertanya khabar kepadanya. Walaupun mendapat kritikan pelbagai pihak. Banyak pihak mencemuh kerana lagu hip hop/R&B memenangi hadiah utama yang bukan merupakan genre yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia pada malam itu sementara pihak lain ialah peminat lama Too Phat yang memuji Joe kerana berjaya mengenangkan kenangan nostalgia mereka.[59]

Bakat

Gaya muzik

Too Phat mempersembahkan lagu hip hop dalam bahasa Inggeris.[60] Menurut mereka: "Selama ini, apabila orang bercakap tentang rap, gambaran yang dibuat ialah penyanyi yang berseluar labuh, bertopi senget dengan menyanyi dengan bahasa Inggeris jalanan dengan lirik yang kadang kala, agak lucah. Sebagai pencinta rap, kami hanya ingin berkarya dan menghibur dengan cara yang kami rasa boleh disampaikan dengan terbaik. Rap tidak semestinya ikut cara Barat. Kami tak tinggalkan budaya dan agama untuk rap, bahkan rasa perlu bawa sekali budaya dan pegangan diri untuk majukan seni".[60]

Duo ini banyak mengkaji lagu-lagu Melayu 70-an nyanyian Sharifah Aini, Anita Sarawak dan lagu klasik Melayu untuk mendapatkan inspirasi bagi karya mereka.[60] Mereka juga dikenali kerana mengetengahkan unsur-unsur kemalaysiaan dan pengaruh keasiaan dalam lagu-lagu mereka.[61][62] Selain itu, Too Phat juga dikenali kerana mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua lagu yang dipersembahkan secara solo dalam setiap album mereka.[63]

Kolaborasi

Sepanjang kerjaya mereka, Too Phat telah bekerjasama bersama ramai artis tempatan terkenal termasuk Innuendo, Naughtius Maximus, Teh Tarik Crew, Ruffedge, Ahmad Izham Omar, Yasin Sulaiman, Sharifah Aini[21] dan Siti Nurhaliza[47][64][65] serta artis antarabangsa terkenal seperti Inul Daratista (Indonesia),[47][66] Joey Boy (Thailand),[47] Kyla (Filipina),[47] Machi (Taiwan),[47] Weapon X (Australia) dan Warren G (Amerika Syarikat).[25]

Diskografi

Album studio

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2001 Anugerah Industri Muzik ke-8[67] Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik Too Phat Menang
Rakaman Album Terbaik Whuttadilly? Tercalon
Muzik Video Terbaik "Jezzebelle" Tercalon
Anugerah Era 2001 Artis Inggeris Tempatan Pilihan Too Phat Menang
Video Muzik Pilihan "Anak Ayam (Freak to the Beat)" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-15 Artis/Duo Berkumpulan Popular Too Phat Tercalon
2002 Anugerah Industri Muzik ke-9 Album Inggeris Tempatan Terbaik Plan B Menang
Rakaman Album Terbaik Menang
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album Tercalon
Muzik Video Terbaik "Just A Friend" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-16 Artis/Duo Berkumpulan Popular Too Phat Tercalon
Anugerah MTV Asia 2002[68] Artis Kegemaran Malaysia Tercalon
Anugerah Era 2002 Artis Inggeris Tempatan Pilihan Menang
Video Muzik Pilihan "Just A Friend" Tercalon
2003 Anugerah Era 2003 Vokal/Duo Berkumpulan Pilihan Too Phat Tercalon
Artis Inggeris Tempatan Pilihan Menang
2004 Anugerah Industri Muzik ke-11 Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album 360° Menang
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Album Inggeris Tempatan Terbaik Menang
Anugerah MTV Asia 2004 Artis Kegemaran Malaysia Too Phat Tercalon
Anugerah Era 2004[69] Vokal/Duo Berkumpulan Pilihan Too Phat (bersama Yasin Sulaiman) Tercalon
Artis Inggeris Tempatan Pilihan Too Phat Menang
2005 Anugerah MTV Asia 2005 Artis Kegemaran Malaysia Tercalon
Anugerah Era 2005[70] Artis Inggeris Tempatan Pilihan Tercalon
2006 Anugerah Era 2006 Vokal/Duo Berkumpulan Pilihan Too Phat (bersama Siti Nurhaliza Tercalon
Artis Inggeris Tempatan Pilihan Too Phat Tercalon
Anugerah MTV Asia 2006 Artis Kegemaran Malaysia Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-13 Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Rebirth Into Reality Tercalon
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Kulit Album Terbaik Menang
Album Inggeris Tempatan Terbaik Menang
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.