From Wikipedia, the free encyclopedia
Maxis Communications Berhad (didaftarkan sebagai Maxis) merupakan pengendali perkhidmatan telefon bimbit di Malaysia, selain daripada syarikat CelcomDigi. Syarikat ini mempunyai 8 juta pelanggan pada tahun 2006. Maxis mengendalikan talian 012, 017 dan 0142.[1][2][3][4][5]. Jaringan Internet mencapai dari Bandar Arau (Perlis) sampai ke kampung Long Pasia (Sabah).
Nama dahulu | Binariang Sdn. Bhd. (1993–2009) |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam berhad |
Didagangkan sebagai | MYX: 6012 |
ISIN | MYL6012OO008 |
Industri | Telekomunikasi |
Ditubuhkan | 1 April 1993 (Disenaraikan pada tahun 2009) |
Pengasas | Ananda Krishnan |
Ibu pejabat | Menara Maxis, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Asia (tidak termasuk Korea Utara dan Nepal), Timur Tengah dan Afrika Utara, Amerika Selatan (termasuk Peru dan Chile) |
Tokoh penting |
|
Bilangan kakitangan | 3,748+ (2021) |
Syarikat induk | Usaha Tegas |
Anak syarikat |
|
Nisbah modal | Maxis |
Tapak web | https://www.maxis.com.my/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Binariang Sdn. Bhd., yang memiliki Maxis Mobile Sdn. Bhd. (GSM 900) dan juga MEASAT I, II dan III (bahasa Inggeris Dan Mandarin Dan Tamil: Malaysia East Asia Satellite) merupakan salah sebuah pembekal perkhidmatan rangkaian penuh. Setakat ini, MEASAT digunakan terutamanya untuk membekalkan perkhidmatan penyiaran DTH di bawah perkhidmatan Penyiaran Astro Measat, anak syarikatnya. Ia juga bercadang untuk menawarkan perkhidmatan telekomunikasi kepada rantau Asia, terutamanya negara-negara yang masih belum memiliki satelit.
Binariang telahpun secara agresifnya membina infrastruktur telekomunikasi di kawasan penempatan baru dan kompleks perniagaan. Pendekatan ini dijangka akan dapat membuka pasaran telekomunikasi di kawasan penempatan baru serta zon perniagaan. Namun demikian Binariang telahpun mengalami krisis kewangan yang teruk.
Kebelakangan ini, dalam percubaan syarikat tersebut untuk memfokuskan halatuju perniagaannya kepada perkhidmatan bimbit yang lebih lumayan, Binariang telah membuat keputusan untuk memberhentikan sebanyak 400 pekerjanya daripada Astro dan 300 lagi daripada bahagian rangkaian perkhidmatan tetap.
Pemiliknya, Ananda Krishnan, memegang 22% saham, manakala majoriti saham dimiliki oleh Usaha Tegas, sebuah syarikat yang dimiliki bersama Ananda dan Tabung Amanah Tun Fuad Stephens dan Ooredoo akan dibeli syarikat telekomunikasi untuk Maxis dan Vodafone akan perkongsian syarikat alih Maxis.
Binariang mendapat perhatian luas apabila terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa ia akan dibeli dan dimiliki oleh syarikat asing. Hutchison Asia Telecom Group dipercayai telah memperolehi baki 61% saham, iaitu sebanyak RM1.4 bilion yang dibenarkan untuk pelabur asing. Sebaliknya, apa yang telah berlaku adalah British Telecom (BT) membayar sebanyak RM1.8 bilion untuk memperolehi hanya satu pertiga ekuiti syarikat Binariang.
Kini Binariang Sdn. Bhd. dikenali sebagai Maxis Communications Berhad yg diterajui oleh Dato' Jamaludin Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Edward Ying sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO). Ibu pejabatnya terletak di Menara Maxis, bersebelahan dengan Menara KLCC.
Pada 2002, Maxis telah mengambil alih Timecel seterusnya menggunakan talian 017.
Maxis menawarkan pelbagai keluaran dan perkhidmatan telekomunikasi kepada penduduk Malaysia, seperti pelan panggilan prabayar (Hotlink), pelan langganan bulanan, perantauan global, MMS, WAP (dalam sistem GSM dan GPRS), perkhidmatan talian tetap perumahan, Internet jalur lebar, dan sperti pada awal 2005, perkhidmatan 3G bagi pelanggan prabayar dan pascabayar.
Bagi pelanggan perniagaan, Maxis menawarkan perkhidmatan VSAT (komunikasi berasaskan satelit) and perkhidmatan mobil berasaskan BlackBerry selain perkhidmatan biasa. Maxis juga menyediakan kedai muzik atas talian bagi semua pelanggannya untuk memuat turun kandungan multimedia.
Perkhidmatan paling popular yang ditawarkan Maxis ialah jenama prabayar Hotlink yang kini dilanggan oleh 6.3 juta orang di Malaysia. Selain tiu mereka juga menawarkan perkhidmatan IDD 132, yang menawarkan panggilan berdiskaun ke talian tetap di negara-negara terpilih pada kadar 20 sen seminit, iaitu pada masa tertentu bagi kebanyakan pelanggan, lebih murah berbanding panggilan tempatan.
Maxis kini terlibat dalam perang harga dengan pesaingnya (Telekom Malaysia/Unifi Mobile, CelcomDigi, U Mobile dan Yes) dalam pasaran SIM prabayar yang menyebabkan pek permulaan Hotlinknya menjunam sehingga RM6.
Terdapat ramai selebriti yang menjadi "jurucakap" Maxis, seperti Siti Nurhaliza, bintang-bintang Akademi Fantasia dan ramai lagi.
Maxis merasmikan perkhidmatan 3Gnya pada 1 Julai 2005 (perkhidmatan kad data 3G dilancarkan secara kecilan pada bulan Februari 2005). Perkhidmatan 3G ini terdapat dalam kawasan-kawasan terpilih dalam negara sahaja. Kawasan-kawasan liputan utama termasuk:
Maxis kelihatan sedang mengambil strategi "liputan tebal" bagi 3G. Ini bererti perkhidmatan 3G ini hanya dilaksanakan dalam kawasan-kawasan di mana aliran data amat berat, atau kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan strategik (contohnya, Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan). Kawasan-kawasan lain dalam negara pula di bawah perkhidmatan 2.5G (GPRS; liputan seluruh negara) yang sedang dinaik taraf secara progresif ke 2.75G (EDGE atau E-GPRS).
Ciri-ciri utama Maxis 3G termasuk:
Pada bulan september 2006, Maxis melancarkan 3.5G (HSDPA) sebagai sebahagian perkhidmatan "modem jalur lebar tanpa wayar" yang disasarkan kepada pengguna "pasaran massa/rumah" (dan bukannya pengguna perniagaan). Maxis sedang menaik taraf keseluruhan rangkaian 3G kepada 3.5G secara berperingkat. Seperti pada bulan Disember 2006, seluruh Pulau Pinang, dan sebahagian Lembah Klang, Johor Bahru dan Kuantan sudah diliputi kemudahan 3.5G.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.