Reefa
penyanyi dan rapper Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Reefa (lahir Jerry Vincent Singh; 28 Februari 1979) ialah seorang penyanyi, pelakon dan rapper Malaysia. Dikenali sebagai penyanyi rap solo lelaki pertama negara, beliau menandatangani kontrak bersama Positive Tone dan muncul bersama album The Key of R.[1][2][3]
Reefa | |
---|---|
Nama lahir | Jerry Vincent Singh |
Kelahiran | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | 28 Februari 1979
Warganegara | Malaysia |
Genre | Hip hop, rap |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, rapper |
Alat muzik | Vokal |
Tahun aktif | 1997–kini |
Syarikat rakaman | Positive Tone |
Anggota bagi | Too Phat AC Mizal Poetic Ammo |
Kegiatan berkaitan | |
Pautan berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 28 Februari 1979 di Petaling Jaya, Selangor. Anak bongsu daripada tiga beradik lelaki, Reefa menunjukkan minatnya terhadap bidang muzik pada usia yang sangat muda walaupun tidak mempunyai latar belakang muzik. Bapanya seorang ahli perniagaan, manakala ibunya seorang suri rumah.[4]
Beliau menghabiskan enam bulan pertama persekolahannya di Sekolah Rendah Kebangsaa St. Paul's, Seremban, dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Kelana Jaya selama 3 1/2 tahun. Selepas tamat Darjah 4, Reefa berpindah sekali lagi, kali ini ke S.M.K. Taman Dato' Harun, PJ. Selepas berpindah semula ke Seremban dan kembali ke institusi St. Paul untuk pendidikan Tingkatan 2 hingga 4, dan kembali ke Dato' Harun pada tahun berikutnya.[4]
Kerjaya
Bakatnya dicungkil dalam pertandingan rap yang diadakan di Petaling Jaya pada akhir 1997. Walaupun mendapat tempat ke-2, beliau berjaya menarik perhatian kumpulan Poetic Ammo yang secara kebetulan hadir pada pertandingan itu untuk menonton persembahan beliau. Mereka tidak lama kemudian memperkenalkan beliau kepada penerbit, Illegal yang kemudiannya merakam demo pertama Reefa untuk Positive Tone.[4]
Pada tahun 1998, Reefa muncul dalam album kompilasi Tricks & Tales yang mana beliau menyumbangkan dua lagu, iaitu "Uptown" dan "Hip Hop". Artis-artis lain yang turut menyumbangkan suara mereka dalam album kompilasi itu ialah Naughtius Maximus, Innuendo, Poetic Ammo, Ferhad dan Emberz of Soul. Album sulungnya, The Key of R dikeluarkan pada Disember 2000, dengan lagu "Week Ender" dan "So High" dikeluarkan sebagai single.[5][6]
Reefa juga berkecimpung dalam bidang lakonan, pernah membintangi sitkom Buddies dan filem My Spy.
Diskografi
Album studio
Tajuk | Butiran album |
---|---|
The Key of R |
|
Album kompilasi
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Tricks & Tales |
|
Single
Sebagai artis utama
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Uptown" | 1998 |
"Hip Hop Supply" | 1999 |
"Week Ender" | 2000 |
"So High" | 2001 |
"Pertama Kali" | 2008 |
"Body Sexin'" | 2009 |
Sebagai artis undangan
Tajuk | Tahun | Penyanyi |
---|---|---|
"Bla Bla" | 1999 | Too Phat |
"Materialistik" | 2000 | Nora |
"Wanna Battle" | 2001 | Too Phat |
"Monay Monay" | 2003 | Poetic Ammo |
"Kali Pertama" | 2004 | AC Mizal |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Histeria | Riz | James Lee | Filem pertama |
2009 | My Spy | Lelaki Arab | Afdlin Shauki |
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1999–2001 | Buddies | Dirinya sendiri | TV2 | |
2008 | Ghost (Musim 1) | Jimmy Rozario | 8TV | |
2013 | What If |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.