Yusni Hamid

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dato' Yusni Hamid (lahir Aisah binti Mohd Shariff; 7 Oktober 1951) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau dikenali sebagai antara sebilangan penyanyi tempatan yang meraih kejayaan pada dekad 1980-an.[2][3] Yusni terkenal dengan lagu popularnya, Kau Yang Ku Nanti.[4][5]

Fakta Segera Nama lahir, Kelahiran ...
Yusni Hamid
DIMP (Pahang); JMN, KMN (Malaysia); SMT (Terengganu)
Nama lahirAisah binti Mohd Shariff
Kelahiran (1951-10-07) 7 Oktober 1951 (umur 73)
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Genre
PekerjaanPenyanyi
Alat muzikVokal
Tahun aktif1969–kini
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Kerjaya

Yusni Hamid mula menunjukkan minat terhadap bidang muzik ketika berusia 18 tahun.[6] Ibu bapa beliau tidak begitu setuju dengan pilihan kerjayanya sebagai penyanyi, namun Yusni tidak berputus asa untuk menggapai impian sebagai penyanyi.[2][7]

Beliau "curi-curi" menyanyi, sehingga muncul di televisyen. Yusni mula menyanyi di kelab malam pada tahun 1968, sehingga seorang kenalannya dari Australia yang sudi menaja beliau untuk merakamkan album.[2]

Sebagai penyanyi diraja,[8] beliau diberi penghormatan untuk menghibur raja dan sultan di serata negeri semasa zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Beliau menyanyi di Lake Club, Tasik Perdana selama 9 tahun, di mana persembahan beliau turut disaksikan oleh isteri Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Nancy Reagan.[2]

Pada tahun 1982, Yusni melancarkan album pertama, Kau Yang Pertama.[2] "Kau Yang Ku Nanti" dikeluarkan sebagai single pertama. Selepas kejayaan album pertama, beliau merakamkan 10 lagi album yang semuanya meraih kejayaan komersial.[2] Dua tahun kemudian, beliau telah dipelawa oleh Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) sebagai pengacara untuk rancangan Bintang Undangan.[9][10][11]

Pada Oktober 2003, Yusni dikurniakan darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran Datuk oleh Sultan Pahang.[12][13] Pada 27 Februari 2016, Yusni menjayakan Konsert Raja & Rakyat Berpisah Tiada di Istana Budaya sempena meraikan ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-85.[13]

Yusni juga berkecimpung dalam bidang lakonan dan pernah berlakon dalam Panggung RTM dan pementasan bangsawan untuk siaran TV. Beliau ditawarkan menjayakan pementasan teater Kasih Menanti arahan Ahmad Tarmimi Siregar dengan memegang watak sebagai ibu angkat, teater ini berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya dari 9 hingga 18 Mei 2008.[14]

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan dengan nama sebenar, Aisah Mohd Shariff.[15] Dalam temubual bersama Sinar Harian, Yusni mendedahkan namanya ditukar kepada Yusni kerana nama timangannya ialah Yusra. Manakala, Hamid ialah nama bapa angkatnya.[2]

Beliau dikurniakan tiga anak: Iskandar Zulkarnain, Edlynna Hanie dan Mohd Azlan serta enam cucu.[2][13] Beliau menetap di Ukay Perdana, Ampang, Selangor.[14] Di luar kerjaya muzik, Yusni juga bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan dan sukarelawan.[16]

Diskografi

Album studio

  • Ku Tak Mengerti (1982)
  • Aku Rindu (1984)
  • Kasih Ku Abadi (1988)

Album duet

Album kompilasi

  • Satu Penghargaan (2009)
  • 4 Bintang Popular Vol. 1 (2011)

Single

  • "Diwajahmu Ku Lihat Bulan"
  • "Aku Rindu"
  • "Malaysia Tanah Airku"
  • "Kau Yang Ku Nanti"
  • "Joget Pucuk Pisang"

Penghargaan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.