Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Muhammad Firdaus Rahmat (lahir 2 Ogos 1997) ialah seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan pempengaruh media sosial Malaysia. Beliau terkenal sebagai ahli kumpulan nasyid moden, The 4aith, yang bernaung di bawah Tarbiah Sentap Records, tetapi meninggalkan kumpulan itu pada 2019 untuk bergerak secara solo.[1]
Firdaus Rahmat ialah salah seorang ahli kumpulan The 4aith yang ditubuhkan pada tahun 2016. Selain beliau, kumpulan itu turut dianggotai oleh Aniq Muhaimin Ismail, Amir Firdaus Razali dan abangnya sendiri, Fahimi Rahmat. Dengan didikan mentor mereka, Ustaz Ahmad Adnin bin Roslan, kumpulan ini amat terkenal kerana mengubah lirik lagu Barat menjadi senikata berunsur dakwah. Kemudian, mereka merakamkan lagu asli mereka "Yang Pertama" dan "Shine" (bersama Omar Esa), yang membawa nama mereka sebagai penyanyi berkumpulan.
The 4aith dibubarkan pada hujung 2018 dengan Firdaus mengambil keputusan untuk bergelar penyanyi solo. Pada Mac 2019, beliau merakamkan single solo pertamanya, "Aku Rayu", diikuti dengan single keduanya, "Sentiasa" yang dikeluarkan pada 12 Mac 2021 dan menjadi lagu tema drama Projek: Anchor SPM.[2]
Firdaus ialah pemegang Diploma Jurusan Fotografi di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau telah berkahwin pada 2020 dan dikurniakan seorang anak.[3]
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Aku Rayu" | 2019 |
"Sentiasa" (OST Projek: Anchor SPM) | 2021 |
"Fly With Me" (OST Do You Love Me, Captain?) | 2022 |
"Test Drive" (OST Projek: High Council) | 2023 |
"Merah" | |
"Kembali Beraksi" (OST Boboiboy Galaxy S2) | |
"Selama Berdua" (OST Iskandar Chempaka) | 2024 |
"Menang Atau Kalah" (OST Skuad X) | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.