Filem Malaysia 2017 arahan Fauzi Nawawi From Wikipedia, the free encyclopedia
Pak Pong merupakan sebuah filem drama fantasi Malaysia 2017 arahan Fauzi Nawawi terbitan 9 Country Creativity. Di dalam kerjaya sulungnya sebagai pengarah, Fauzi turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Ia menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Hairul Azreen, Siti Saleha, Amber Chia, Marsha Milan Londoh, Eizlan Yusof dan Saiful Apek. Filem ini ditayangkan pada 23 Februari 2017.[1] Penerbit filem ini, Raja Mohammad Mohd Ismail meninggal dunia pada 12 Julai 2017, lima bulan selepas Pak Pong ditayangkan.[2]
Pak Pong | |
---|---|
Pengarah | Fauzi Nawawi |
Penulis | Fauzi Nawawi |
Dihasilkan oleh | Raja Mohamad Ismail |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Shamsul & Kenny |
Syarikat penerbitan | 9 Country Creativity |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 120 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM35 ribu |
Mengisahkan tentang seorang lelaki kerdil yang terlalu inginkan kesempurnaan dengan menjadi lelaki normal yang kacak. Untuk merealisasikan keinginannya itu, dia telah menuntut ilmu yang salah sehingga dia lupa dirinya dan akhirnya perbuatannya telah memakan dirinya sendiri.
Penerbitan filem Pak Pong bermula sekitar 2012. Ia merupakan filem sulung arahan Fauzi Nawawi di dalam kerjayanya sebagai sutradara dan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan kerana masalah bajet dan dalam masa yang sama, memberi penelitian terhadap sudut kesan khas.[3]
Pak Pong dikeluarkan pada 23 Februari 2017 dan merupakan kegagalan komersial, hanya meraih kutipan RM35 ribu.[4] Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online mendapati Pak Pong memiliki idea yang menarik. Dengan mengenengahkan genre fantasi dengan disulami dengan elemen drama dan komedi, sekaligus memberikan variasi kepada khalayak di sebalik lambakan genre komedi dan seram sedia ada di pasaran.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.