From Wikipedia, the free encyclopedia
Seribu Nina ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2022 arahan Umi Salwana Omar dengan idea asal oleh Nazri Vovinski dan skrip oleh June Tan, Azhar Amirulhisyam, Hazo Mahayuddin dan Baizura Kahar. Dibintangi oleh Adriana Adnan sebagai watak tajuk bersama Syafiq Kyle dan Marsha Milan, siri ini disiarkan di platform penstriman Viu bermula 19 Mei 2022 dan ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu.[1][2][3][4]
Seribu Nina | |
---|---|
Genre | Komedi, romantik, fantasi |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Umi Salwana Omar |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Gayatri Su-Lin Pillai |
Penyunting |
|
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Mohd Roslan Jalaluddin |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 50–55 minit |
Syarikat penerbitan | Infinitus Entertainment |
Penyiaran | |
Saluran asal | Viu |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 19 Mei 2022 – 16 Jun 2022 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Mengisahkan tentang pasangan yang memiliki personaliti berbeza: Amar, seorang pensyarah muda yang teliti dan skema, manakala Nina, teman wanitanya yang bekerja sebagai barista kafe tempatan pula bersikap spontan. Ketika Amar dalam dilema setelah dilamar Nina, satu peristiwa tidak dijangka berlaku. Nina yang menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar telah diculik kembali ke dimensi asalnya. Pada masa yang sama, Nina dan Amar juga sedang diburu oleh Didi, seorang pemburu upahan dari dimensi lain. Amar kemudian memulakan pengembaraannya merentas seribu dimensi untuk mencari Nina. Perjalanan pasangan ini menyebabkan mereka menemui kebenaran tentang perasaan antara satu sama lain, sambil membentuk persahabatan dengan penghuni dimensi lain di sepanjang perjalanan mereka.
Seribu Nina diarahkan oleh Umi Salwana Omar, yang pernah dicalonkan bagi kategori Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30 pada 2019 menerusi filem arahannya, Gol & Gincu Vol. 2 (2018).[9] Konsep asal untuk siri ini ialah daripada Nazri Vovinski dan kemudian dikembangkan bersama-sama June Tan, Azhar Amirulhisyam, Hazo Mahayuddin dan Baizura Kahar berkhidmat sebagai penulis skrip.[10][11]
Untuk menjayakan watak Nina, Adriana Adnan memegang 8 watak sekali gus.[5] Beliau dilaporkan berkata: "Ini merupakan kali pertama saya membintangi drama bersiri sebagai pelakon utama [...] Ini juga kali pertama saya menjayakan lapan watak dalam satu drama bersiri. Saya harap saya dapat membanggakan semua ‘Nina’,".
Seribu Nina memulakan siaran di Viu bermula 19 Mei 2022 dengan 2 episod disiarkan berturut-turut.[2][12][13] Majlis pratonton episod pertama siri ini diadakan di Dadi Cinema Pavillion, Kuala Lumpur pada 17 Mei 2022, dua hari sebelum tayangan perdananya di Viu dan dihadiri oleh barisan pelakon dan kru siri ini.[3]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2022 | Anugerah ContentAsia 2022 | Program Komedi Terbaik Asia | Seribu Nina | Tercalon | [14] |
Pelakon Wanita Utama dalam Program TV | Adriana Adnan | Tercalon | |||
Pengarah Terbaik bagi Program TV Berskrip | Umi Salwana Omar | Tercalon | |||
2022 | Anugerah Kandungan Kreatif Asia 2022 | Program Terbaik Dari Streamer/OTT (Peringkat Malaysia) | Seribu Nina | Menang | |
Lakon Layar Terbaik (Peringkat Malaysia) | Nazri Vovinski, June Tan, Azhar Amirulhisyam | Menang | |||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.