Nestlé

From Wikipedia, the free encyclopedia

Nestlé

Nestlé S.A. (/ˈnɛsl/, dahulu /-əlz/; bahasa Melayu: [nɛsle]) ialah sebuah syarikat makanan dan minuman transnasional Switzerland yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Vevey, Vaud, Switzerland. Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik-beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang ditubuhkan pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi. Sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol, kopi, krimer, perasa makanan dan makanan haiwan.[2]

Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Didagangkan sebagai ...
Nestlé S.A.
Jenis/bentuk sahSociété Anonyme
Didagangkan sebagaiSIX: NESN
ISINCH0038863350
US6410694060 
IndustriPemprosesan makanan
PendahuluHollandia 
Ditubuhkan1866; 159 tahun yang lalu (1866) (sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company)
1867; 158 tahun yang lalu (1867) (sebagai Farine Lactée Henri Nestlé)
1905; 120 tahun yang lalu (1905) (sebagai Nestlé and Anglo-Swiss Condensed Milk Company)
PengasasHenri Nestlé
Ibu pejabatVevey, Switzerland
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingPeter Brabeck-Letmathe (Pengerusi), Paul Bulcke (CEO)
KeluaranMakanan bayi, kopi, produk tenusu, bijirin sarapan, konfeksioneri, botol air, aiskrim, makanan haiwan
Hasil CHF91.43 bilion (2018)[1]
Pendapatan kendalian CHF13.75 bilion (2018)[1]
Pendapatan bersih CHF10.46 bilion (2018)[1]
Modal237,363,000,000 Franc Swiss (2018) 
Jumlah aset CHF137.01 bilion (2018)[1]
Jumlah ekuiti CHF58.40 bilion (2018)[1]
Pemiliktreasury stock, BlackRock, Norges Bank Investment Management 
Bilangan kakitangan 352,000 (2019)
Syarikat indukNational Amusements
Anak syarikatNestlé Waters, Nestlé (United States), Nestlé (Canada), Orion, Osem (company), Froneri, Nestlé Česko, BlueTriton Brands, Nespresso, Nestlé Rossiya, Nestlé Deutschland, Nestlé India, Nestle España, Cereal Partners Worldwide, Unilac, Inc., Tivall CZ, Rowntree's, Nestlé Pakistan, Blue Bottle Coffee Company, Alcon 
Tapak webwww.nestle.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Reputasi korporat Nestlé merupakan antara yang tertinggi di kalangan syarikat-syarikat besar Switzerland.[3][4][5] Saham-saham syarikat ini disenaraikan dalam Bursa Swiss SWX. Sesetengah amalan perniagaan Nestlé pernah diselubungi kontroversi, terutamanya kes yang mana susu bayi dipasarkan di negara-negara membangun, lalu mencetuskan pemboikotan Nestlé.

Sebutan

Sebutan yang tepat bagi nama Nestlé ialah [ˈnɛstle], kerana nama tersebut dipetik daripada nama seorang tokoh yang berasal dari satu bahagian di negara Switzerland yang berbahasa Perancis. Ramai orang di negara-negara berbahasa Inggeris sering tersilap sebut nama ini sebagai "Nestlé's" [ˈnɛsəłz], sepertimana kata kerja bahasa Inggeris nestle.

Produk

Nestlé mempunyai sebanyak 2000 jenama[6][7] dengan pelbagai produk di sebilangan buah pasar, termasuk kopi, air botol, minuman susu dan minuman lain, bijirin sarapan pagi, makanan bayi, pemakanan penjagaan kesihatan, perasa, sup dan sos, makanan beku dan sejuk, dan makanan haiwan peliharaan.

Hal ehwal korporat dan pentadbiran

Nestlé adalah syarikat makanan terbesar di dunia, dengan permodalan pasaran kira-kira 231 bilion franc Swiss, yang lebih daripada AS $ 247 bilion pada Mei 2015.[8]

Pada 2014, jualan disatukan ialah CHF 91.61 bilion dan keuntungan bersih ialah CHF 14.46 bilion. Pelaburan penyelidikan dan pembangunan adalah CHF 1.63 bilion.[9]

Bibliografi

  • La stratégie Nestlé (Strategi Nestlé), Helmut Maucher, French translation by Monique Thiollet, Maxima Ed., Paris, 1995,[10] ISBN 2840010720

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.