The Masked Singer Malaysia
Rancangan Realiti TV Muzik Misteri Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
The Masked Singer Malaysia (akronimnya, TMSMY) merupakan sebuah rancangan realiti muzik misteri Malaysia berdasarkan daripada francais Masked Singer yang berasal dari rancangan TV realiti Korea Selatan, King of Mask Singer. Ia mula bersiaran di Astro Warna dan dihoskan oleh Datuk AC Mizal.[1][2]Musim Pertama (TMSMY 1) disiarkan buat pertama kali di Astro Warna pada pukul 9:00 malam (Waktu Malaysia) pada hari Jumaat sebanyak 8 episod (minggu) dari 18 September sehingga 6 November 2020.[3]
Remove ads
Musim Kedua (TMSMY 2) mula bersiaran pada 28 Januari - 1 April 2022. Manakala, Musim Ketiga (TMSMY 3) mula bersiaran pada 23 Disember 2022 - 3 Mac 2023. Dan Musim Keempat (TMSMY 4) pula bersiaran secara langsung buat pertama kali di Asia dan kedua di dunia selepas negara Jerman bermula 17 Disember 2023 - 18 Februari 2024 pada hari Ahad.
Remove ads
Waktu Siaran
SIRI ASAL PROGRAM
• 18 September - 6 November 2020
Setiap Jumaat (9:00 Malam)
• 28 Januari - 1 April 2022
Setiap Jumaat (9:00 Malam)
• 23 Disember 2022 - 3 Mac 2023
Setiap Jumaat (9:00 Malam)
• 17 Disember 2023 - 18 Februari 2024
Setiap Ahad (Secara Langsung) (9:00 Malam)
SIRI REUNION RAYA
•14 Mei 2021 (3 Syawal 1442H)
Sabtu 9:00 Malam
•6 Mei 2022 (5 Syawal 1443H)
Jumaat 9:00 Malam
Remove ads
Pengacara dan juri
Pengacara dan panelis untuk The Masked Singer Malaysia telah diumumkan dalam satu sidang media rasmi pada 8 September 2020. AC Mizal telah diberi kepercayaan sebagai pengacara. Panelis terdiri daripada 9 selebriti terkenal yang menggalas peranan sebagai juri tetap.[4] Sebelum penyiaran episod pengenalan, 10 poster pengacara dan panelis dengan wajah tersembunyi telah diterbitkan oleh ASTRO sebagai acah untuk rancangan.[5]
Remove ads
Konsep
Para peserta terdiri daripada tokoh terkenal dari latar belakang berbeza, seperti penyanyi, pelakon, pengacara, atlet dan lain-lain lagi, akan bersaing untuk mendapat tempat teratas dengan memikat penonton dan juri hanya dengan suara mereka.[6] Mereka akan dinilai oleh panel juri yang terdiri daripada selebriti terkenal tempatan. Untuk terus merahsiakan identiti peserta, hanya lapan anggota pasukan produksi yang diberi kepercayaan identiti sebenarnya.[7] Setiap minggu, sebelum setiap persembahan, klip video akan didedahkan kepada penonton sebagai petunjuk untuk identiti setiap peserta. Selepas setiap persembahan, ahli juri dikehendaki membuat tekaan dan menamakan 3 selebriti yang kemungkinan besar menjadi identiti di sebalik penyanyi bertopeng itu. Pada akhir persembahan, seorang peserta dengan kedudukan terendah akan disingkirkan berdasarkan peratusan markah yang diberikan oleh para juri. Identitinya kemudian akan didedahkan buat pertama kalinya. Satu-satunya peserta yang masih bertopeng hingga pusingan penyingkiran terakhir akan dinobatkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia.[8]
Ringkasan musim
Siri Asal Program
Ringkasan Juri / Hos
Pengacara
Pengacara Live+
Juri Tetap
Juri Jemputan
Siri Reunion Raya
Remove ads
Catatan
- Rancangan ini boleh didapati melalui penstriman di Astro GO dan sooka.
- SK Magic dan Oppo ialah penaja utama untuk musim pertama.
- Cuckoo ialah penaja utama untuk musim kedua.
- ArtiqAir sebagai penaja rasmi untuk musim keempat.
Anugerah dan pencalonan
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads