Penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan pelakon Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Nurul Aina Abdul Ghani (lahir 25 Oktober 1993)[1] merupakan seorang penyanyi bersuara besar dan popular di Malaysia, komposer dan juga penulis. Beliau juga terkenal dengan gaya fesyen yang berani, luar biasa dan lain dari yang lain. Pernah juga menjadi pelakon dalam sebuah drama iaitu “Seindah Takdir Cinta” yang digandingkan bersama Amyra Rosli. [2][3][4] Kerjayanya dalam industri hiburan bermula setelah beliau menyertai program realiti Mentor Legend, dengan Ella sebagai mentornya, dan Aina dinobatkan sebagai Naib Juara Mentor Legend 2014/15. Single sulungnya yang bertajuk "Ini Yang Kau Mahu" dirakam dan dilancarkan pada tahun 2015.[5] Beliau juga terkenal dengan penggayaan fesyen artistik yang eksentrik[nota 1] yang telah menimbulkan pelbagai respons negatif daripada masyarakat serta media.[6][7][8].
Aina Abdul | |
---|---|
Kelahiran | Nurul Aina binti Abdul Ghani 25 Oktober 1993 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari |
Pusat pendidikan | Universiti UCSI |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2014–kini |
Ibu | Zaini binti Abdullah |
Bapa | Abdul Ghani bin Abdullah |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | |
Laman sesawang | |
Laman web rasmi | https://www.ainaabdul.my/ |
Aina dilahirkan pada 25 Oktober 1993 di Johor Bahru, Johor dan dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan.[9] Beliau merupakan anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Abdul Ghani Abdullah dan Zaini Abdullah.[9] Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Mawar, Senawang, kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri.[9] Setelah memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aina melanjutkan pelajaran di Universiti UCSI, Kuala Lumpur,[10][9] sehingga tamat pengajian pada tahun 2020 dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari pada tahun 2021.[11][12]
Bapanya meninggal dunia pada 2008 akibat pelbagai masalah kesihatan, ketika Aina baru berusia 15 tahun.[13] Dalam temubual bersama Sinar Harian pada April 2021, Aina menyifatkan kehilangan bapanya membuatnya lebih tabah menghadapi cabaran, dan berkata:
Kehilangan abah membuatkan saya menjadi wanita tabah dan berani berdepan dengan apa sahaja cabaran. Lagipun perjuangan saya dalam industri seni adalah dedikasi buatnya.[9]
Aina memulakan kerjaya muziknya sebagai penyanyi freelance pelbagai dine place serta lounge termasuk No Black Tie.[14] Beliau kemudian terpilih sebagai salah seorang finalis Pertandingan Irama 1Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2010. Pada tahun berikutnya, beliau memenangi tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011, diikuti dengan kemenangan di tempat pertama dalam pertandingan Golden Voices of PJ pada tahun 2012.[15]
Pada tahun 2014, Aina terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan Mentor Legend dan berjaya dinobatkan sebagai naib juara.[16][17] Selepas tamat Mentor Legend, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Hollywood, Los Angeles, California, A.S. dan menjadi pemenang Vocalist of the World.[18]
Beliau mengikat kontrak bersama Indigital Music dan muncul dengan single pertamanya, "Ini Yang Kau Mahu" pada September 2015. Pada tahun 2017, Aina muncul dengan lagu bahasa Inggeris sulungnya yang bertajuk "Reminiscing",[19] diikuti dengan lagu bahasa Inggeris keduanya, "Shadows" pada 2018.[20]
Beliau memulakan kerjaya lakonan dengan memegang watak sebagai Irma di dalam drama Seindah Takdir Cinta pada tahun 2016.[21]
Pada tahun 2020, Aina menjadi salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia dengan menggayakan kostum Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia dan berjaya merangkul gelaran juara.[22] Beliau seterusnya menyertai Vokal Mania dan Separuh Akhir Muzik Muzik 35.[23][24] Pada 26 Disember 2020, beliau telah dinobatkan sebagai juara Vokal Mania bersama Aisha Retno sebagai Juara Rookie.[25][26]
Pada Disember 2020, lagunya yang berjudul "Semalam" telah layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada 14 Mac 2021, tanpa kehadiran penonton disebabkan pandemik COVID-19. "Semalam" mencatatkan detik bersejarah bagi Aina bersama para peminatnya, Ainations setelah berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara di AJL35.
Pada 8 Februari 2021, Aina melancarkan singlenya yang bertajuk "Sepi". "Sepi" menceritakan pengalaman jatuh dan bangun beliau dalam bidang muzik, terutama pengalamannya sebagai penyanyi kelab malam.[27] Muzik videonya telah diterbitkan bagi mempromosikan lagu ini, yang mana Aina memilih kelab malam sebagai lokasi penggambaran.[14][28]
Pada September 2021, Aina muncul dengan single yang menggunakan namanya sendiri sebagai tajuk lagu; AINA ABDUL. Lagu ini menggabungkan tiga lagu popularnya iaitu "Sumpah", "Semalam" dan "Sepi". Menurut Aina, gabungan lagu ini ialah simbolik kepada isi hati dan apa yang dirasai selama ini.[29][30] Ini kemudian diikuti dengan pelancaran single bahasa Inggerisnya yang bertajuk "Fool" pada Disember 2021. Lagu ini turut mendapat tempat di Jepun.[31][32]
Pada 16 dan 17 Disember 2021, Aina mengadakan konsert solo pertamanya, A Night with Aina Abdul yang berlangsung di Bsync Live Kuala Lumpur.[33][34] Edisi kedua konsert ini kemudiannya diadakan pada 25 dan 26 Jun 2022 di Panggung Sari, Istana Budaya.[35][36][37]
Beliau kemudian tampil dengan sebuah single berkonsep kerohanian yang berjudul "CahayaMu" pada Mac 2022.[38]
Pada Jun 2022 Aina muncul dengan single bertajuk "Terus Hidup". "Terus Hidup" telah layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil (Stadium Axiata Arena) pada 12 Februari 2023, dan dinobatkan sebagai Juara AJL 37. Aina Abdul turut membawa pulang trofi untuk anugerah Vokal Terbaik AJL37.
Kecemerlangan Aina Abdul diteruskan menerusi konsert berskala besar pertama beliau, A Night with Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena, Bukit Jalil yang bertemakan Aina Abdul.
Oktober 2023 memperlihatkan Aina muncul dengan album sulung berjudul IMAJI menampilkan 14 buah lagu. Lagu "Jangan Mati Rasa Itu" menjadi single pertama yang diperkenalkan dan turut layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-38 pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Minggu pertama 2024 Aina menggegarkan Kota Singa melalui konsert pertama beliau di Singapura, A Night With Aina Abdul Live In Singapore. Aina juga menyertai artis-artis terkenal seperti M. Nasir, Sheila Majid dan Misha Omar di dalam Konsert Resonance for a Reason with Malaysian Philharmonic Orchestra pada 9 November 2024 [39].
Pada Mac 2022, Aina Abdul terpilih menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify.[40]
Single bahasa Inggeris Aina bertajuk "Fool" yang dilancarkan pada tahun 2021 telah mendapat tempat dan permintaan di stesen radio Jepun.[31][32]
Aina muncul menerusi konsert berskala antarabangsa beliau di Singapura pada 6 Januari 2024, A Night with Aina Abdul in Singapore.
Penggayaan fesyen Aina yang dilihat bersifat eksentrik dan luar biasa sering menjadi bualan netizen di ruangan media sosial dan juga tajuk utama di laman portal berita hiburan. Pada Mei 2022, netizen mengkritik cara pemakaian Aina yang dilihat mirip rahib atau biarawati gereja. Namun beliau menegaskan bahawa beliau hanya menghargai cara penampilan tersebut sebagai fesyen sahaja.[41] Selain itu, Aina juga acap kali dituduh sebagai seorang mangsa fesyen sehingga dikritik berpenampilan menyerupai plastik sampah pada acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW 2022) oleh usahawan kontroversi, Nur Sajat pada Ogos 2022.[8] Pada acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-35 (ABPBH35) pada Julai 2023, Aina mencuri tumpuan ramai dengan penampilan busana oversize rekaan Behati dan tiba di acara tersebut menggunakan lori berkaca lutsinar.[42]
Sebagai salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu ke-34, Aina membuat persembahan lagunya bertajuk "Sumpah" dengan menampilkan persembahan berdarah. Persembahan ini telah mencetuskan kontroversi di media sosial yang mengatakan lagu ini mengetengahkan tema bunuh diri.[43][44] Walau bagaimanapun, beliau menafikan dan menegaskan bahawa persembahannya bermaksud "hati yang terluka" dan disokong oleh kebanyakan netizen.[45]
Tahun | Tajuk | Lirik | Komposer |
---|---|---|---|
2015 | "Ini Yang Kau Mahu"[46] | Aina Abdul | Aina Abdul |
2017 | "Reminiscing" | Aina Abdul | Aina Abdul |
"Bukan Khayalan" | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Mimpi Kita" | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Ribut Hati" (OST Tombiruo: Penunggu Rimba) | Raymund Wee | Gabriel Lynch | |
2018 | "Shadow" | Aina Abdul | Aina Abdul |
"Same Kind" (bersama Altimet dan Baraka Blue) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
2019 | "Sumpah" | Aina Abdul | Aina Abdul |
"Ghost" (feat. Spuds) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Kasih Suci" (OST Bu, Kasih Suci) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
2020 | "Semalam" (OST Mencari Kiblat Cinta) | Aina Abdul | Aina Abdul |
"Syahdu di Pagi Syawal" (lagu raya) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Maybe" | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Kelip-Kelip" | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Nafas Cinta" (feat. Khai Bahar) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
2021 | "Trulooks" (Jingle for Cosmetic Product) | Aina Abdul | Aina Abdul |
"Sepi" (OST Sepi Tanpa Cinta) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Syukur Lebaran" (lagu raya) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Warna Warni" (feat. Daniesh Suffian Official Theme Song For Tonton TV3) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Nada Kalbu" (OST Masih Ada Rindu) | Aisha Retno, Aina Abdul | Farouk Roman, Aina Abdul | |
"Tunggu Kamu" (feat. Lah Ahmad) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Aina Abdul" | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Fool" | Aina Abdul | Aina Abdul | |
2022 | "CahayaMu" | Aina Abdul | Aina Abdul |
"Gema Raya" (lagu raya) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Terus Hidup" | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Kasih Merintih" (OST Trinil) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
2023 | "I Lost Me" | Aina Abdul | Aina Abdul |
"Shoot" | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Blue" | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Berkunjung Di Hari Raya" (lagu raya) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Puas Sudah"' | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" (feat. Khai Bahar) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Jangan Mati Rasa Itu" | Aina Abdul | Aina Abdul | |
2024 | "Hati Ini Telah Dilukai 2.0" (feat. Ajai) | Ajai, Nasser Abu Kassim | Ajai |
"Raya Lagi Happening" (feat Syafiq Kyle) | Aina Abdul | Aina Abdul | |
"Kembara Nabawi" | Alan OTwo, Anep OTwo, FJ Muzik | N/A | |
"Cinta Tak Pernah Tepat Waktu (feat. Fabio Asher)" | Melly Goeslaw | Andi Rianto, Azlin Hilda | |
"Kamu" | Aina Abdul | Aina Abdul | |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Seindah Takdir Cinta | Irma | TV3 | Drama pertama |
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Mentor Legend | Peserta
(Bunga Raya) |
TV3 | Naib Juara |
2020 | Immortal Songs Malaysia Ep.5 (Datuk Khatijah Ibrahim) | Juara | ||
The Masked Singer Malaysia (musim 1) | Astro Warna | Juara | ||
Vokal Mania | TV3 | Juara Idol | ||
2021 | Malaysia Hari Ini | Artis Jemputan | TV3 | Bersama Khai Bahar |
All Together Now Malaysia | Juri | Astro Ria | Persembahan bersama Ernie Zakri, Syamel, & Khai Bahar Lagu Ya Habibi Ali Baba | |
I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 | Artis Jemputan | TV3 | Episod 5 | |
Meletop | Artis Jemputan AME2020 | Astro Ria | Feat Ernie Zakri Lagu Semalam, Gundah & Bang Bang | |
2022 | Meletop | Artis Jemputan | Bersama Khai Bahar Battle | |
Big Stage Musim 4 | Juri Jemputan | Minggu 2 & Akhir | ||
Meletop | Artis Jemputan | Lagu Terus Hidup | ||
Konsert Semangat Lebaran Kita (Preshoot Raya) | Bersama Ernie Zakri, Amir Masdi, Shiha Zikir, Zaiton Sameon & Khai Bahar | |||
ABPBH34 | TV3 | Lagu Sumpah & Semalam feat. Man Kidal | ||
Meletop | Artis Jemputan AME2021 | Astro Ria | Lagu Ke Hujung Dunia tribute to arwah Siti Sarah | |
Gegar Vaganza | Artis Jemputan | Duet Bersama Jaclyn Victor Lagu Cinta | ||
Meletop | Duet Bersama Amir Masdi Lagu Senja Nan Merah | |||
2023 | Anugerah Ikon Sukan (AIS) | TV9 | Lagu Gemilang | |
Meletop Raya | Astro Ria | Bersama Hafiz Suip Nyanyi Lagu Anugerah Aidilfitri | ||
NONA: Kisah Selebriti | TV3 | |||
Meletop | Astro Ria | Perkenalan Juri Big Stage | ||
Big Stage Musim 5 | Juri Tetap | Minggu 1 - Minggu 10 | ||
2024 | Konsert Minggu Ini | Artis Utama | RTM | |
RTM Orchestra: Big Band Project | Artis Jemputan | Bersama Jaclyn Victor |
Berikut ialah senarai persembahan Aina dalam Mentor Legend:
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan | |
---|---|---|---|---|---|
Minggu 1 | TIADA | ||||
Minggu 2 | Pengenalan | "Hurt" | Christina Aguilera | Selamat | |
Minggu 3 | Solo & Duet | "Sesal Separuh Nyawa" "A Woman's Worth" (duet bersama Ella) |
Alyah Alicia Keys |
Selamat | |
Minggu 4 | "Secangkir Madu Merah" (duet bersama Tuah) | Amelina & Sheeda | Selamat | ||
Minggu 5 | "Beribu Sesalan" "Halo" (duet bersama Sarah Fazny) |
3 Suara Beyoncé Knowles |
Selamat | ||
Minggu 6 | Separuh Akhir: Medley | "As Long As You Love Me" "Problem" "Ghazal Untuk Rabiah" (duet bersama Hazama) |
Backstreet Boys Ariana Grande M. Nasir & Jamal Abdillah |
Selamat | |
Minggu 7 | "Berhenti Berharap"/"Fighter" "Stay"/"If I Were A Boy" |
Sheila on 7/Christina Aguilera Rihanna/Beyonce Knowles |
Selamat | ||
Minggu 8 | Grand Finale | "Layar Impian" (duet bersama Ella) "Menghitung Hari"/"Mencintaimu" |
Ella Krisdayanti |
Naib Juara | |
Tahun | Konsert | Show | Tarikh | Tempat |
---|---|---|---|---|
2016 | Aina Abdul & The Ground Passenger Showcase | 1 | 27 Jun | No Black Tie, Kuala Lumpur |
2021 | A Night with Aina Abdul 1.0 | 2 | 16 Dis | The Platform, Menara Ken TTDI |
17 Dis | ||||
2022 | A Night with Aina Abdul 2.0 | 2 | 25 Jun | Istana Budaya, Kuala Lumpur |
26 Jun | ||||
2023 | A Night with Aina Abdul UniEdition | 1 | 17 Jun | Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, KL |
A Night with Aina Abdul 3.0 | 1 | 18 Nov | Axiata Arena, Bukit Jalil | |
2024 | A Night with Aina Abdul, Live in Singapore | 1 | 6 Jan | The Theatre at Mediacorp, Singapore |
Aina Abdul bersama MPO | 2 | 10 Mei | Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur | |
11 Mei | ||||
Aina Abdul’s Lounge | 2 | 23 Ogos | Liberal Latté, KL | |
25 Ogos | ||||
Aina Abdul: Imaji Tour | 2 | 14 Dis | Arena Gemilang, DeTAR Putra (UNIMAS), Kuching, Sarawak | |
27 Dis | Zepp KL | |||
2025 | Aina Abdul : Imaji Tour | 1 | 11 Jan | Dewan Mu'adzam Shah (UUM) Sintok, Kedah |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2014 | World Championship of Performing Arts (WCOPA) @ Los Angeles, A.S. | Vocalist of The World | Dirinya Sendiri | Menang |
2019 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya Sendiri | Finalis |
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya Sendiri | Finalis |
Anugerah Juara Lagu Ke-34 | Terbuka | "Sumpah" | Finalis | |
2021 | Anugerah Telenovela (2018) | OST Filem Terbaik | "Tombiruo" | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular | "Nafas Cinta" feat Khai Bahar | Menang | |
Anugerah Juara Lagu ke-35 | Terbuka | Penyanyi untuk lagu Semalam | Naib Juara | |
Anugerah Juara Lagu ke-35 | Terbuka | Komposer untuk lagu Semalam | Naib Juara | |
Anugerah Juara Lagu ke-35 | Terbuka | Penulis lirik untuk lagu Semalam | Naib Juara | |
2022 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | Anugerah Vokal Terbaik AJL36 | Dirinya sendiri menerusi lagu "Sepi" | Menang |
Anugerah Juara Lagu ke-36 | Penyanyi Pilihan Popular Oppo AJL | "Nafas Cinta" feat Khai Bahar | Menang | |
Anugerah Industri Muzik (AIM23) | Vokal Wanita Terbaik | "Nada Kalbu" | Finalis | |
Anugerah Industri Muzik (AIM23) | Kolaborasi/Duo Terbaik | "Tunggu Kamu" feat Lah Ahmad | Finalis | |
2023 | Anugerah Juara Lagu ke-37 | Terbuka | Penyanyi untuk lagu Terus Hidup | Menang |
Anugerah Vokal Terbaik AJL38 | Dirinya sendiri menerusi lagu "Terus Hidup" | Menang | ||
Terbuka | Komposer untuk lagu Terus Hidup | Menang | ||
Terbuka | Penulis lirik untuk lagu Terus Hidup | Menang | ||
Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 | OST Terbaik | "Nafas Cinta" feat Khai Bahar | Menang | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Menang | |
Ekstra: Lagu Paling Boom | Terus Hidup | Menang | ||
2024 | Anugerah KNKV Viral Award 2024 | Anugerah Diva Terulung | Dirinya sendiri | Menang |
Gempak Most Wanted Awards 2023 | Anugerah Lagu/Audio Tergempak | "Jangan Mati Rasa Itu" | Menang | |
Anugerah Juara Lagu ke-38 | Terbuka | Penyanyi untuk lagu "Jangan Mati Rasa Itu" | Tempat Ketiga | |
Komposer untuk lagu "Jangan Mati Rasa Itu" | Tempat Ketiga | |||
Penulis lirik untuk lagu "Jangan Mati Rasa Itu" | Tempat Ketiga | |||
Anugerah Vokal Terbaik AJL38 | Dirinya sendiri menerusi lagu "Jangan Mati Rasa Itu" | Menang | ||
Anugerah Pilihan Alha Alfa | Dirinya sendiri | Menang | ||
Anugerah Ikon Melodi 2024 | Terbuka | Dirinya sendiri | Menang | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Menang | |
Ekstra: Lagu Paling Boom | "Jangan Mati Rasa Itu" | Finalis | ||
Bintang Paling Popular | Dirinya sendiri | Menang | ||
NONA Superwoman Award 2024 | NONA Celebrity Award | Dirinya sendiri | Menang |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.