From Wikipedia, the free encyclopedia
Pencuri Cinta Kelas Satu merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2018 arahan Pyan Screw terbitan Orangetree Production. Ia dibintangi oleh Hafreez Adam dan Emma Maembong. Drama ini disiarkan dari 2 Julai 2018 hingga 30 Julai 2018 di Slot Raihana di Astro Oasis.[1][2]
Pencuri Cinta Kelas Satu | |
---|---|
Genre | Cinta Komedi Drama |
Berdasarkan daripada | Adaptasi Novel Pencuri Cinta Kelas Satu karya Illa Shanahila |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Pyan Screw |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Vareen Kaur Dato' Sadupal Singh (DS) |
Penerbit | Dato' Sri Jaspal S. Korotana Ruhazmi Hamzah |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Oasis (Slot Raihana) |
Siaran asal | 2 Julai 2018 – 30 Julai 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Bila Aidil Ada Fitri |
Diikuti oleh | Lelaki Kiriman Tuhan |
Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang. Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!
Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah. Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.
Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu? Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan?
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.