Chacha Maembong

Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Chacha Maembong
Remove ads

Siti Aishah Ismail (lahir 31 Julai 1996) atau lebih dikenali sebagai Chacha Maembong merupakan seorang pelakon wanita Malaysia berdarah kacukan Melayu dan Scottish serta adik kepada pelakon terkenal Emma Maembong.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Remove ads

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1996 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur dan merupakan anak kepada pelukis tersohor negara, Ismail Embong. Kakaknya, Emma dan Yaya juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.[1] Adik-beradiknya yang lain termasuk abangnya, Bakri (pemain drum Flop Poppy & Gerhana Ska Cinta). mempunyai darah kacukan Melayu-British.[2] Ibunya berasal dari Scotland.

Kerjaya

Ramai sebenarnya tidak mengetahui bahawa Chacha terlebih dahulu terjun ke dunia hiburan berbanding kakaknya tetapi tuah tidak menyebelahinya. Kalau ada yang masih ingat, beliau pernah berlakon di samping Eina Azman dan Afiq Muiz dalam drama Mimpi Cinderella suatu ketika dahulu. Dan berlakon bersama Nelydia Senrose dalam drama Setia Hujung Nyawa.

Beliau juga pernah muncul bersama Zain Saidin dalam muzik video "Lebih Indah" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza yang dimuatkan dalam album Fragmen.[3] Chacha berlakon di samping Nur Risteena dan Fattah Amin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.

Pada November 2015, Chacha tampil dengan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Dari Marikh arahan Syafiq Yusof yang menggandingkan beliau bersama Fattah Amin, turut dibintangi oleh A. Galak, Amyza Aznan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh iaitu Nova (Chacha).[4]

Kemunculan sulungnya di layar lebar bermula pada 2017 menerusi filem Malaysia-Bollywood Aku Bukan Terrorist arahan Arjin Uppal. Chacha memegang watak sebagai Dayana.[5] Pada tahun yang sama, beliau berlakon di samping Amar Asyraf, Syazwan Zulkifli, Nazeera Sardi dan Ruhainies Farehah dalam drama Menantu Bilal untuk siaran di Slot Dahlia TV3.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Dalam temubual bersama Utusan Malaysia, Chacha mengakui beliau trauma memandu.[6]

Pada Oktober 2017, beliau mendedahkan pernah mengalami gangguan penglihatan akibat jangkitan kuman semasa terlibat dalam filem Aku Bukan Terrorist.[7][8]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Video Klip

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk lagu ...

Iklan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads