Lara Kasih

From Wikipedia, the free encyclopedia

Lara Kasih ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Shuhaimi Lua terbitan Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Chacha Maembong, Laila Nasir, Iman Suhana, Norreen Iman dan Jay Iswazir. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 dari 25 November hingga 18 Disember 2024 menggantikan Perempuan Ilmu Hitam.

Fakta Segera Genre, Berdasarkan daripada ...
Lara Kasih
Genre
Berdasarkan daripada
Tentang Lara Hati
karya Nueen
Ditulis olehSyed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PengarahShuhaimi Lua
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Benar Aku Cinta" - Ronnie Hussein
Lagu penutup"Benar Aku Cinta" - Ronnie Hussein
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohamad Fazrien Ziear
Penerbit
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Samarinda)
Tonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 November 2024 – 18 Disember 2024
Kronologi
MengikutiPerempuan Ilmu Hitam
Diikuti olehCinta Bukan Milik Kita
Tutup

Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.

Sinopsis

Mengisahkan perjalanan hidup Syuhadah dan Khairil yang teruji apabila hubungan mereka diganggu oleh ibunya, Puan Hasnah, yang menentang keras cinta mereka kerana pekerjaan Khairil sebagai seorang penoreh getah.

Puan Hasnah yang naif termakan dengan nasihat dari Che Yah, seorang tukang tilik nasib, mengatakan bahawa Syuhadah akan mendapat kehidupan yang lebih terjamin jika disatukan dengan Borhan, seorang duda anak dua. Ini memulakan satu konflik yang mencabar antara Syuhadah dan ibunya.

Syuhadah terpaksa menentang keputusan ibunya yang mahu mengahwinkannya dengan Borhan, demi mempertahankan cinta dengan Khairil yang telah lama menjadi pilihannya. Namun, di sebalik kekuatan cinta mereka, muncul cabaran baru apabila Azura, seorang wanita yang cuba merebut perhatian Khairil, turut menambahkan konflik dalam hubungan mereka.

Dalam usaha mereka untuk tetap bersama, Puan Fatimah, ibu Khairil, turut memainkan peranan penting dengan memberi bantuan kepada Syuhadah dan Khairil, walaupun dengan cara yang agak kontroversial. Ketika permainan emosi dan perasaan semakin rumit, impian untuk hidup dalam kekayaan dan kemewahan mula menjadi keutamaan. Meskipun Khairil dan Syuhadah mungkin akhirnya dapat bersatu, mereka masih berdepan dengan tentangan keras dari Puan Hasnah yang terus berusaha mengatur kehidupan anak-anaknya mengikut kehendaknya.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah Syuhadah dan Khairil berjaya melawan semua rintangan dan mendapat restu daripada ibu Syuhadah, atau adakah cinta mereka akan musnah kerana kerakusan dan kemahuan orang lain yang mengganggu kehidupan mereka?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Syarifah Shahora Sebagai Ainun
  • Raja Azmi Sebagai Fatimah
  • Mili Supina Sebagai Cik Milah
  • Rashidah Jaafar Sebagai Che Yah
  • Chomell Fana Sebagai Syidah
  • Aishah Sudin Sebagai Rohani
  • Aaliyah Natasha Sebagai Azura
  • Ariel Izz Sebagai Rahim
  • Syafiq Putra Sebagai Azri
  • Aishah Bin Sudin Sebagai Rohani
  • Muhd Faiz Mohd Shafie Sebagai Rafiq
  • Nur Aleesya Amanda Sebagai Baby Faris

Pelakon tambahan

  • Mizie Arjuan Sebagai Pak Hassan
  • Muhd Fathul Amal Alias Sebagai Fitri
  • Qaid Aqwa Muhd Arif Sebagai Firdaus
  • Mohd Safrin Eza Sebagai Tukang Kebun
  • Muhamad Shahmil Bin Ishak Sebagai Tukang Kebun
  • Rabiatul Adawiyah Bt Mohd Isa Sebagai Staff Pejabat
  • Mohd Razman B Dzulkifli Sebagai Orang Kampung
  • Mohd Firdaus Zainurin Sebagai Penerima Parcel
  • Ahmad Mustaqim Ahmad Sukree Sebagai Pekerja Bengkel
  • Syafiq Razmi Sebagai Pekedai
  • Fadzil Aziz Sebagai Tetamu Merisik
  • Amyraz Aznim Khalidi Sebagai Tetamu Merisik
  • Suzana Yaakob Sebagai Tetamu Merisik
  • Hanani Ahmad Sebagai Tetamu Merisik
  • Zaed Abdul Hamid Sebagai Tok Kadi
  • Ahmad Daiyan Yussof Sebagai Faris 5 Tahun
  • Nur Zulaika Binti Mohd Zulkifli Sebagai Penoreh
  • Riduan Bin Din Sebagai Scammer
  • Kamal Bacha Bin Mohd Sebagai Scammer
  • Muhammad Faruq Sebagai Kawan Azri
  • Mohammad Hilmi B Amin Sebagai Kawan Azri

Runut Bunyi

Pautan luar

Maklumat lanjut TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam, Sebelumnya ...
TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam
Sebelumnya Lara Kasih Berikutnya
Perempuan Ilmu Hitam Cinta Bukan Milik Kita
Tutup
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.