Hisyam Hamid

Pelakon lelaki Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Hisyam bin Hamid (lahir 20 Oktober 1985) merupakan seorang pelakon dan pengacara Singapura. Beliau berhijrah ke Malaysia dan mula dikenali selepas berlakon dalam beberapa drama televisyen seperti Memori Cinta Suraya, Sayap Jibril, Ariana Rose dan Gerak Khas.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1985 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura. Beliau berkahwin dengan Rosmawati Hanafi dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Namun pada 2024 Hisyam mengumumkan rumah tangga berakhir dengan Rosmawati setelah 20 tahun mendirikan rumah tangga, tidak nyatakan punca dan tarikh perceraian namun beliau berkata menerima hati terbuka dan tidak mahu emosi dua anaknya terjejas malah hubungan Hisyam dan Rosmawati masih baik kerana Rosmawati adalah pengurus kerjanya serta meletak soal peribadi demi karier dan anak

Remove ads

Kerjaya

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Hisyam terlebih dahulu memulakan kerjayanya sebagai ahli bomba di negara kelahirannya. Hisyam pernah menjadi seorang anggota "HazMat Specialist" di SCDF Alexandra Fire Station dalam selama 8 tahun. Beliau berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kerjaya lakonannya, yang mana beliau membintangi peranan kecil dalam siri drama Cut Amirah.

Hisyam meraih kejayaan kritis menerusi drama Slot Akasia TV3 Ariana Rose yang dibintangi oleh Fathia Latiff dan Keith Foo, yang diadaptasi dari novel karya Evelyn Rose, The Wedding Breaker. Hisyam memegang watak sebagai Harith, rakan niaga dan kepentingan cinta Ariana Rose.

Bermula 12 September 2016, beliau menjayakan watak anggota bomba bernama Rayqal dalam siri drama komedi romantik, Abang Bomba I Love You yang menggandingkan beliau bersama Amira Othman.[2]

Hisyam membintangi drama Dia Bidadariku arahan Aziz M. Osman terbitan Skop Productions, memegang watak sebagai Ammar. Drama ini turut menggandngkan beliau bersama Erra Fazira. Selepas Dia Bidadariku, Hisyam menyertai barisan pelakon drama kepolisan Gerak Khas termasuk Norman Hakim, Erra Fazira, Syamsul Yusof, Sheera Iskandar dan Raja Ilya. Beliau memegang watak sebagai Inspektor Aiman, pegawai polis baru yang diserapkan ke unit Gerak Khas.[3] Beliau meninggalkan siri itu selepas satu musim.

Beliau membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali; memegang watak sebagai Zulkifli.[4] Hisyam menjadi pelakon utama bersama Hannah Delisha menerusi drama Alamatnya Cinta.[5]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Video Klip

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk lagu ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads