Filem komedi drama romantik arahan M. Raihan Halim From Wikipedia, the free encyclopedia
La Luna ialah sebuah filem percintaan komedi berbahasa Melayu Singapura-Malaysia 2023 yang ditulis dan diarahkan oleh M. Raihan Halim. Filem ini dilakonkan oleh Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Namron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie Alaudin, Wafiy dan Syumaila Salihin. Filem ini ditayangkan pada 9 November 2023 di Malaysia, 16 November di Singapura dan 6 Disember 2023 di Indonesia. Menjadi film 10 teratas di netflix malaysia pada saat itu.[1]
La Luna | |
---|---|
Pengarah | M. Raihan Halim |
Penulis | M. Raihan Halim |
Lakon layar | M. Raihan Halim |
Cerita oleh | M. Raihan Halim |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Sofyan Daud Mohamed |
Disunting oleh | Rohaidah Rashid |
Muzik oleh | Ken Hor Aziem Rashidi |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 99 minit |
Negara | |
Bahasa | Melayu |
Bajet | S$1.1 juta (RM3.5 juta) |
Mengisahkan tentang seorang wanita (lakonan Sharifah Amani) yang membuka kedai pakaian dalam bernama La Luna di sebuah kampung yang sunyi, malas lagi tidak bermaya, Kampong Bras Basah.
Di sana, beliau bertemu dengan seorang pegawai polis duda (Shaheizy Sam) yang mempunyai seorang anak perempuan remaja.
Orang kampung mengalu-alukan kedai La Luna ini tetapi ia ditentang hebat oleh ketua kampung bersifat kuku besi (Wan Hanafi Su) yang mahu memusnahkan perniagaan itu dengan apa cara sekalipun.[2]
Filem ini diterbitkan oleh 4 syarikat dari Singapura melalui Clover Films dan Papahan Films, Malaysia (ACT 2 Pictures oleh Adrian Teh) dan Hong Kong (One Cool Film).
Raihan Halim, pengarah filem itu menulis cerita dan lakon layar seorang diri.
Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa filem ini mempunyai gaya tersendiri walaupun mengakui filem ini agak nakal.[3]
Disebabkan peningkatan besar dalam filem Malaysia, syarikat filem Hong Kong One Cool Film berminat untuk melabur dalam filem ini yang bekerjasama dengan 3 syarikat lain. Lim Teck, pencipta Clover Films berterima kasih dengan sokongan One Cool Film dan turut memberikan beberapa pendapat dan penambahbaikan dalam filem tersebut.[4]
One Cool Film kemudiannya membuka operasi mereka di Malaysia yang dilancarkan pada 20 April dengan The Locksmith sebagai penggambaran pertamanya di negara ini dan filem ini sebagai penerbitan bersama yang pertama.[5]
La Luna mengakhiri penggambaran mereka selepas 22 hari penggambaran itu berjalan di sekitar Perak.[6]
Filem ini dikeluarkan pada 9 November 2023 dengan Skop Productions ciptaan Datuk Dr. Yusof Haslam diedarkan untuk pasaran Malaysia manakala di Singapura, Golden Village Pictures bertanggungjawab ke atas pasaran mereka justeru dikeluarkan pada 16 November 2023. Filem ini berjaya menembusi beberapa festival filem melalui Jepun pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo[7] dan Indonesia melalui Minggu Filem Jakarta dan Festival Filem Asia Jogja-NETPAC.
Bagi Shaheizy Sam, filem ini adalah antara 3 filem terbaik baginya[8] kerana beliau membawakan watak pegawai polis selepas kejayaannya membawa watak Inspektor Khai dalam francais Polis Evo. Shaheizy mengakui teruja apabila dapat melakonkan watak (pegawai polis) yang dianggapnya lebih berperikemanusiaan dan tidak hanya berlakon dengan senjata.[9][10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.