TQ Captain
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
TQ Captain ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Jamal Khan. Dibintangi oleh Hisyam Hamid, Mawar Rashid dan Mark Adam. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 9 Disember 2019 menggantikan Satukan Rasa. [1]
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan tentang seorang wartawan terkenal, Mikayla Mirza yang mempunyai iltizam tinggi dalam melaksanakan tugasannya. Mikayla yang asalnya merupakan seorang wartawan hiburan mempunyai sikap pantang dicabar dan ego yang tinggi telah dicabar oleh majikannya untuk membuat satu liputan khas dokumentari berkaitan Maritim Malaysia yang merupakan sebuah agensi yang berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang serta melakukan tugas mencari dan menyelamat di laut. Ketika Mikayla menjalankan tugasannya, menemukan dirinya dengan Leftenan Komander Maritim Adam Alauddin, seorang Pegawai Memerintah kapal KM Bagan Datuk.
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Hisyam Hamid sebagai Leftenan Komander Adam Alauddin
- Mawar Rashid sebagai Mikayla Mirza
- Mark Adam sebagai Zafrel
Pelakon pembantu utama
- Safura Ya'cob sebagai Mummy Mikayla
- Rahim Jailani sebagai Papa Mikayla
- Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Ayah Leftenan Komander Adam / Pak Din / Alauddin
- Tomok sebagai Darwish Amsyar
Pelakon pembantu
- Raf Yaakod sebagai Leftenan Bazli
- Fadhli Masoot sebagai Waliy
- Harris Annuar sebagai Ziyad
- Muntazar Ghani sebagai Naufal
- Natrah Khalid sebagai Elle
- Armada Ammar sebagai Yo ,Pengurus Zafrel
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads