Bella Dally
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally (Jawi: نبيلة بنت علي دلي; lahir 27 September 1991) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Bakat beliau dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama pada 2009, dan sejak itu beliau telah berlakon dalam beberapa drama TV, filem dan telefilem.[3]
Bella Dally | |
---|---|
Kelahiran | Nabilah binti Ali Dally 27 September 1991 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
Tahun aktif | 2009–kini |
Pasangan |
|
Ibu bapa |
|
Saudara | Affendy Ali Dally (abang) |
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 27 September 1991 di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik kepada ibunya Weana Quadra dan bapanya, Ali Dally Abdul Wahid Daly.[4] Beliau mempunyai seorang abang, iaitu Affendy Ali Dally yang merupakan bekas Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Nabilah memiliki darah kacukan bapa (Melayu-Pakistan) dan ibu (Inggeris-Filipina).[5]
Kerjaya
Bella Dally memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau menduduki tempat keempat.
Drama pertama lakonannya ialah Qalesya musim kedua yang dibintangi oleh Elfira Loy, disiarkan di Astro Prima pada 2010, diikuti oleh drama pendidikan, 6 Progresif lakonan Zahiril Adzim, Nas-T dan Faralyna Idris.[6] Bella membuat penampilan filem cereka pertama menerusi filem dokumentari seram pada 2011, Seru arahan bersama Pierre Andre dan Woo Ming Jin terbitan Tayangan Unggul.[7]
Pada pertengahan 2012, Bella menjadi sebahagian daripada barisan pelakon utama siri drama Friday I'm In Love bersama Qi Razali, Ryzal Jaafar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Nelydia Senrose.[8] Beliau digandingkan bersama Atikah Suhaime dan Intan Ladyana dalam siri drama Dewi Lasak arahan Pierre Andre yang bersiaran di TV3.[9][10]
Bella diberi kepercayaan oleh pengarah Along Kamaludin untuk memegang watak Natrah menerusi drama biopik 13 episod, Natrah yang disiarkan di RTM TV1 bermula 6 Disember 2012.[11] Beliau memegang watak utama sebagai Maria Huberdina Hertogh pada zaman mudanya.[12] Pada 21 Mac 2013, Bella memegang watak Erna dalam filem Gila-Gila Remaja 2 yang dibintangi oleh Hairul Azreen dan Faralyna Idris, ia juga merupakan kesinambungan daripada filem asal 1985 dengan judul sama yang dibintangi oleh Faizal Hussein.[13]
Bella berlakon bersama Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan pelakon Filipina Jericho Rosales dalam telenovela Kusinero Cinta; memegang watak sebagai Justina.[14] Beliau dilantik sebagai duta produk Muslimah, Ariani,[15] seterusnya melancarkan jenama tudung sendiri Bella Dally by Ariani.[16] Beliau memegang watak sebagai Maya, seorang wanita misteri dalam filem cereka sains Desolasi arahan Syafiq Yusof, filem ini ditayangkan pada 8 Disember 2016 dan menggandingkan beliau bersama Syamsul Yusof memegang watak Aiman.[17][18][19]
Bella memegang watak pembantu sebagai Hawa dalam siri drama patriotik enam episod, Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan. Projek TV beliau seterusnya ialah menerusi watak lakonannya sebagai gadis bisu bernama Siti Nailufar dalam drama Makmum Yang Paling Aku Cinta, lakonan bersama Nazrief Nazri.[20]
Beliau berlakon bersama Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Jasmine Suraya Chin dan Fizo Omar dalam drama Adellea Sofea arahan Shahrulezad Mohameddin, di mana beliau memegang watak sebagai Iliya.[21]
Kehidupan peribadi
Pada tahun 2012, beliau menukar namanya dari Nabilah Dally kepada Bella Dally bagi mengelakkan kekeliruan dengan pelakon Nabila Huda; pada 2014, beliau memutuskan untuk memakai tudung. Beliau berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016, namun mengumumkan perceraian mereka pada 17 Mei 2018.[22][23][24]
Pada 12 Januari 2019, Bella mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Arif Izuddin Mohd Radzali selepas lima bulan berkenalan. Majlis pertunangan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta kenalan rapat.[25][26][27] Pasangan ini diijabkabulkan pada 30 Mac 2019.[28][29][30][31]
Pada 18 Oktober 2020, Bella telah ditahan polis akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dengan berbasikal rentas negeri.[32][33] Beliau dilaporkan telah memohon maaf akibat tindakannya itu.[34] Bella memaklumkan beliau telah memberi keterangan di Balai Polis Daerah Gombak.[35]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Seru | Ain | Filem pertama |
2013 | Gila-Gila Remaja 2 | Erna | Pembikinan semula dari filem Gila-Gila Remaja |
2016 | Desolasi | Maya | |
2022 | Seratus | Penunggang Basikal #1 | Penampilan khas |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Qalesya 2 | Shakira | Astro Prima | Drama pertama |
2010-2011 | Serapah Darah Bulan Madu | Mona | ||
2011 | Inspirasi Varsiti | Mira | TV1 | |
Sehelai Rambut Dibelah Tujuh | ||||
Vanila Coklat | Liana | TV3 | ||
2011-2013 | 6 Progresif | Lily | TV9 | |
2012 | Jangan Bunuh Matahariku | TV2 | ||
Miss Octopus | Asmira | TV3 | ||
Friday I'm In Love | Ana | TV9 | ||
Natrah | Natrah | TV1 | ||
2013 | Plus One | Shasha | TV9 | |
Surat Dari Langit Biru | Anis | TV3 | ||
Memberku Hawa | Tish | Astro Ria | ||
Dewi Lasak | Dewi Andalia | TV3 | ||
2014 | Kalimah Jiwa | Aina Sofea | ||
Kusinero Cinta | Justina | Astro Mustika HD | ||
2015 | Akulah Balqis | Cikgu Balqis | TV3 | |
2016 | Cinta 11 Syarat | Rasya | Astro Prima | |
Surah Buat Maisarah | Zalikha | TV3 | ||
2017 | Anak Merdeka | Hawa | Astro Prima | |
2018 | Makmum Yang Paling Aku Cinta | Siti Nailufar | Unifi TV | |
2019–2020 | Adellea Sofea | Iliya | TV3 | |
2020 | Ben & Bella | Nisaa | ||
Sepenggal Puisi | Aimi | Astro Citra | ||
2021 | Realiti Cinta | Shadila | WeTV | |
2022 | Aku Pilih Bahagia | Humaira | TV1 | |
2023 | Cik Misi 123 | Dr Erin | Astro Ria |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2010 | Kabus Di Balik Bayu | Sarimah | TV2 |
2012 | Friday I'm In Love: Episod Akhir | Ana | TV9 |
2014 | Ady Valentino | Eyza | TV3 |
2016 | Ayah Mentuaku | Nisa | TV9 |
Cinta 11 Syarat Raya | Rasya | Astro Prima | |
2018 | Cubaan Bahagia | Mawar | ntv7 |
2019 | Cikgu Pencen | Fatihah | TV1 |
Durian Oh Durian | Zurin | TV3 | |
2022 | Oh My Vaksin | ||
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Pilih Kasih (Musim 1) | Dirinya sendiri/Peserta | TV2 |
2017 | Seleksi Hijab | Dirinya sendiri/pengacara | |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2009 | Pilih Kasih | — | Tempat keempat |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.