From Wikipedia, the free encyclopedia
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 atau Anugerah DFKL 2015 merupakan sebuah majlis penganugerahan tahunan sempena program Drama Festival Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad[1]. Ia diadakan pada Ahad, 22 Mac 2015 , jam 9 malam bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam. Majlis diacarakan oleh pengacara AG Selamat dan pelakon Yana Samsudin dan dipancarkan secara langsung di stesen TV3.
DFKL pada tahun ini turut mengangkat pelakon Zul Ariffin dan Fathia Latiff sebagai duta utama DFKL 2015. Sementara aktres Nora Danish pula, dilantik sebagai duta media sosial. Mereka telah mempromosikan DFKL 2015 melalui laman sosial, turut serta di sesi jelajah, bengkel dan malam Anugerah DFKL 2015.
Kali ini, beberapa penceramah berpengalaman terlibat dalam bengkel yang diadakan pada 14 dan 15 Mac 2015. Bukan sahaja mereka yang berpengalaman dari segi lakonan, komedi, pengarahan dan skrip drama malahan, pakar-pakar animasi turut terlibat dalam bengkel pada tahun ini. DFKL 2015 dilihat sebagai satu platform yang amat tepat untuk memartabatkan industri drama tanah air di mana ianya turut menghubungkan para karyawan termasuklah pengarah, juruanimasi, pelawak dan pelakon dari amatur hinggalah ke profesional untuk saling berkongsi idea. Selain itu juga, penganjuran DFKL 2015 turut dapat memanfaatkan kepakaran yang mereka miliki agar ianya dapat dikongsi bersama dan melahirkan generasi baru yang berbakat serta lebih kreatif.
Untuk merancakkan lagi DFKL 2015, satu siri jelajah ke Institut Pengajian Tinggi terpilih turut diadakan bermula 12 Februari 2015.
Sempena DFKL 2015, TV3 dan TV9 juga telah bekerjasama menganjurkan pertandingan drama pendek yang telah pun dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula 1 November 2014 hingga 8 Februari 2015 lalu menerusi laman web veedo di www.veedo.my. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM18,000 dan telah menerima penyertaan yang amat memberangsangkan daripada orang awam. Lebih menarik lagi, drama yang memenangi peraduan ini akan turut berpeluang untuk disiarkan di TV3 dan TV9.
Bagi tahun kedua ini, DFKL 2015 mendapat sokongan yang amat padu daripada para karyawan yang teruja untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka sepanjang mereka bergiat dalam industri hiburan dalam sesi bengkel selama dua hari yang dijadualkan berlangsung pada 14 dan 15 Mac 2015 di Balai Berita NSTP nanti [2]. Antara selebriti dan karyawan yang akan terlibat dalam sesi bengkel pada tahun ini adalah:
Penganjuran pertama kali Anugerah DFKL pada tahun lalu juga membuktikan penerimaan penonton apabila menerima 2.2 juta tontonan apabila ditayangkan di TV3. 8 kategori akan dipertandingkan diantaranya Drama Pilihan, Pelakon Lelaki Pilihan, Pelakon Wanita Pilihan, Pengarah Drama Pilihan, Penulis Skrip Drama Pilihan, Barisan Pelakon Drama Pilihan, Hero dan Heroin Pilihan dan Drama Pendek Pilihan yang bakal berlangsung 20 Mac nanti. Drama yang dipilih adalah menerusi drama yang mencatatkan penonton tertinggi di setiap slot drama di TV3 dan TV9[3]. Berikut adalah senarai drama, pengarah, penulis skrip dan pelakon yang tercalon untuk Malam Anugerah DFKL 2015:
(Drama; pengarah; penulis; pelakon utama)
Nama-nama pemenang terletak di atas setiap senarai dan berhuruf tebal.
Drama Pilihan | Pengarah Drama Pilihan |
---|---|
|
|
Pelakon Drama Lelaki Pilihan | Pelakon Drama Wanita Pilihan |
---|---|
|
|
Hero-Heroin Drama Pilihan | Barisan Pelakon Drama Pilihan |
---|---|
|
|
Penulis Skrip Drama Pilihan | Drama Pendek Pilihan |
---|---|
|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.