From Wikipedia, the free encyclopedia
Semanis Senyumanmu ialah sebuah siri drama romantik beserta konflik Malaysia 2021 yang disiarkan di laman penstriman Disney+ Hotstar sebagai Hotstar Originals arahan Faizul Jais, dibintangi oleh Nazim Othman dan Raysha Rizrose.
Semanis Senyumanmu | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Nur Hussein |
Pengarah | Faizul Jais |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Kalau Kau Rindu - Luqman Podolski |
Lagu penutup | Thinking Bout Us - Daiyan Trisha |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Penerbit | Naomi Lim |
Tempoh siaran | 24–26 minit |
Syarikat penerbitan | Parallax Pictures Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | Disney+ Hotstar TV3 (Slot Akasia) (tayangan semula) |
Siaran asal | 1 Jun 2021 |
Kronologi | |
Mengikuti | Perisik Cinta Tak Diundang |
Diikuti oleh | Mr. Bibik |
Siri ini telah ditayangan semula di saluran TV3 di bawah Slot Akasia bermula 7 Oktober 2021 bagi menggantikan siri drama Perisik Cinta Tak Diundang. [1]
Mengisahkan tentang Chef Azim (Aiman Hakim Ridza) yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran terkenal bersama Chef Jamal (Zoul Muhammad), Chef Ali (Thaqif Zohiri), Chef Lok (Lokman Hakim) dan Chef Fik (Adib Fikri) dan hasil masakannya selalu mendapat pujian.
Chef Azim tidak berpuas hati apabila terdengar seorang pelanggan mengkritik kuih lopes yang dimasaknya tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.
Chef Azim cuba memasak semula kuih lopes dan meminta pandangan daripada stafnya dan tiada yang kurang pada kuih buatannya. Azim tidak dapat menerima kritikan tersebut dan menganggap pelanggan tersebut hanya perasan bagus.
Azra (Daiyan Trisha) membuka sebuah bakery bersama kawan baiknya, Iman (Aqilah Abas) dan banyak menyibukkan diri dengan membuat bermacam-macam jenis manisan sejak putus dengan teman lelakinya.
Iman risau melihat keadaan Azra dan menyuruh kawan baiknya itu supaya berehat buat sementara waktu daripada membuat kerja di bakery tersebut.
Pada satu hari, Chef Azim menemani anak saudaranya yang mahu membeli manisan di bakery berdekatan rumahnya. Sewaktu membuat bayaran, Chef Azim baru perasan yang pemilik bakery tersebut adalah orang yang sama mengkritik kuih lopesnya sebelum ini.
Kali ini Chef Azim pula mengkritik balik roti buatan Azra yang tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.
Mereka kemudiannya bertemu kembali dalam satu majlis, Azra meminta maaf pada Chef Azim dan menawarkan diri untuk mengajar Chef Azim membuat kuih memandangkan itu adalah kepakarannya.
Adakah Chef Azim akan bersetuju dengan tawaran itu dan berbaik dengan Azra?
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.