Azira Shafinaz

Penyanyi dan pelakon Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Azira Shafinaz Ramlan (lahir 26 September 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Beliau dikenali sebagai salah seorang penyanyi utama kumpulan pop wanita Malaysia, De Fam.[3] Sebagai pelakon, beliau terkenal dengan drama TV lakonannya termasuk Married Tapi Benci, Mr. Donat Karamel, Seribu Rindu, One Cent Thief dan Ijab Kabut.[4]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Azira Shafinaz
ازيرا شافيناز
Kelahiran
Azira Shafinaz binti Ramlan

(1991-09-26) 26 September 1991 (umur 33)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Pengacara
Tahun aktif2012kini
Kerjaya muzik
GenreHip hop, R&B
Alat muzikVokal
Kegiatan berkaitanDe Fam
Tutup

Kehidupan awal

Azira Shafinaz dilahirkan pada 26 September 1991 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Azira memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[5][6]

Kerjaya

De Fam (2015kini)

Azira Shafinaz merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam bersama dua rakannya, Nurshazwani Shamsuddin (Cik Manggis) dan Sophiatul Liana Mohd Sobri (Sophia Liana).[7][8] Single sulung kumpulan ini, "#Supergirls" mendapat tontonan melebihi 1 juta di YouTube dalam masa tiga minggu sahaja sekaligus memperkenalkan Azira dan De Fam kepada perhatian umum dan media.[9][10]

Lakonan

Lakonan pertama Azira hadir pada 2012 apabila beliau melakonkan peranan kecil sebagai Ayra dalam drama Dan Bila Esok di TV3. 3 tahun kemudian, beliau memegang watak utama sebagai Mira dalam siri drama waktu perdana TV3, Mimpi Mira. Profil beliau dalam bidang lakonan dikenali umum apabila beliau bergandingan bersama Syafiq Kyle menerusi drama Married Tapi Benci di Slot Lestary TV3, di mana beliau memegang watak sebagai Rina, seorang pelajar baharu di kolej mempunyai raut wajah yang jelita dan mempunyai perasaan benci dengan lelaki.[11]

Kerjaya filem beliau bermula dengan memegang watak sebagai Anna dalam filem Penunggang Agama arahan Syafiq Yusof. Untuk filem ini, beliau menggunakan khidmat seorang ustaz untuk menekuni al-Quran dengan baik.[12]

Diskografi

  • "#Supergirls" (2015) - bersama De Fam
  • "With You" (2015) - bersama De Fam & Brandon Deal
  • "Bila Ada Kamu" (2017) - bersama De Fam
  • "Bukan Cinta Malaikat" (2017) - duet bersama Ryfell
  • "Panas" (2019) - bersama De Fam
  • "Berubah" (2022) - bersama De Fam
  • "Mula" (2022) - bersama De Fam
  • "Alamak Raya Lagi!" (2024) - bersama De Fam
  • "Anak Raja" (2025) - bersama De Fam

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Penunggang Agama Anna Filem pertama
Penunggang Agama 2
2022 Bunga dan Kayu Bunga
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Hana
Talbis Iblis Hajar
2024 Sheriff: Narko Integriti ASP Shazlin
Indera Nisa
Tutup

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Dan Bila Esok Ayra TV3 Drama pertama
2015 Mimpi Mira Mira FEEFO.TV Nanowhite: Web Series
Stella Tasha TV9
2016 Married Tapi Benci Rina TV3
Mr. Donat Karamel Anggun Qairah
2018 Vila Ghazara Ariana
Doa Ku Mohon Puan Karmila
Seribu Rindu Maisara
2019 Serikan Hatimu Hani Garnier: Mini Series
Pia Qis
2020 Isteri Misteri Lisa
2021 Penjara Janji Rozita
2022 One Cent Thief Intan Astro Ria
Ijab Kabut Deanna Viu
2024 Kiblat Ke Syurga Nina Astro Ria
Nafsu Dina Viu
2025 One Cent Thief 2 Intan Astro Citra
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Nur 3 Pagi Nur Jannah TV3 Telefilem pertama
Syawal Yang Kuinginkan Hani
2018 Simpang Sejenak Manis
Din Sardin Beraya Riana
2019 Karma Cinta Anis Sofea TV1
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2016 Dangdut Star Pengacara Astro Prima bersama Cik Manggis, Sophia Liana & Tauke Jambu
Bonda Bonding Artis Jemputan bersama Cik Manggis
Ketuk Ketuk Ramadan TV1
2017 Perang Jantina Astro Ria
Padan Muka Astro Warna
Karaoke Boom TV9
5 Rencah 5 Rasa vs Dapur Panas TV3
Sepahtu Reunion Live 2020 Siti Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Kerana Percayakan Siti"
2018 Gara Gara Nurul & Shahril Artis Jemputan Mediacorp Suria bersama Sophia Liana
Drop The Beat Peserta ntv7
Pop! TV Pengacara
Rojak Artis Jemputan
It's Alif
Feel Good Show
Sembang Sahur
2019 J-Pop Pengacara Jemputan Astro Warna
2020 Vokal Mania Pengacara TV3 bersama Dato' AC Mizal
2021 Shuk Nak Tanya 2 Artis Jemputan Awesome TV
2024 The Hardest Singing Show Peserta Astro Ria Kumpulan De Fam
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2017 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 Pasangan Pilihan (bersama Hafidz Roshdi) Mr. Donat Karamel Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 Artis Baharu Wanita Popular Azira Shafinaz Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Versatil Popular Tercalon
2019 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 Aktress Pilihan Seribu Rindu Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Zul Ariffin) Tercalon
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.