Monsta Studios
Syarikat animasi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Monsta Studios Sdn. Bhd. atau dahulunya dikenali sebagai Animonsta Studios Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat animasi Malaysia yang mengembangkan kandungan kreatif untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa. Nizam Razak, Anas Abdul Aziz, Safwan Karim dan Kee Yong Pin menubuhkan syarikat ini pada 15 September 2009 selepas mereka meninggalkan Les' Copaque Production.
Beribu pejabat di Cyberjaya,[1] Animonsta menerima status MSC Malaysia pada 2011.
Remove ads
Sejarah

Animonsta Studios ditubuhkan untuk menghasilkan animasi yang membawa kandungan segar dengan nilai-nilai yang baik untuk pasaran universal. Produk mempunyai kandungan sejagat tetapi dengan sentuhan tempatan melalui, cerita yang menghiburkan dan watak-watak yang tidak dapat dilupakan. Anatara kepakaran mereka sebagai penerbit adalah filem cetera, siri TV, cenderamata dan produk berkaitan lain dalam perniagaan harta intelek.
Pengasas-pengasas Animonsta mempunyai pengalaman industri dalam mencipta filem animasi 3D dan animasi 'blockbuster'.[2] Dengan gabungan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sebelumnya, mereka telah menubuhkan Animonsta Studios dengan tujuan untuk membawa kandungan sejagat dengan sentuhan tempatan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Produk pertama mereka, BoBoiBoy adalah tentang pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakannya yang menentang makhluk asing yang menyerang bumi untuk mendapatkan koko. Siri asal BoBoiBoy meliputi 3 musim yang berjumlah 52 episod. Ini diikuti oleh sebuah filem penuh BoBoiBoy: The Movie[3] yang disiarkan di pawagam, dan kemudiannya penjenamaan semula siri itu yang bertajuk BoBoiBoy Galaxy[4] yang memaparkan watak-watak yang sama tapi kini berusia remaja dalam skop antara-planet yang lebih luas. Walaupun sasaran francais ini adalah kanak-kanak dan remaja, isi kandungannya juga sesuai untuk tontonan bersama seisi keluarga.[5]
Sebuah filem susulan kepada BoBoiBoy: The Movie[6] serta juga sebuah siri animasi baharu bertajuk Mechamato telah diumumkan, di mana pelancaran kedua-dua projek ini dirancang dalam tahun 2019.[7]
Remove ads
Francais media
Dunia Power Sphera

Monsta Studios mengembangkan naratif dunia BoBoiBoy dengan pelbagai watak, adiwira dan sebagainya yang akan menggabungkan BoBoiBoy dengan pelbagai siri seperti Mechamato dan pelbagai lagi adiwira akan datang dalam Dunia Power Sphera. Menerusi dunia cereka ini, Monsta akan mengembangkan lagi harta intelek (IP) mereka dengan pelbagai lagi penceritaan unik[8].
Remove ads
Filemografi
Siri televisyen
- BoBoiBoy (2011–2016)
- BoBoiBoy Galaxy (2016–2025)
- Galaxy Musim 1 (2016–2018)
- Galaxy Musim 2 (2023–2025)
- The King of Fighters: Destiny (2017–2018)
- Fly With Yaya (2018–kini)
- Papa Pipi (2019–kini)
- Mechamato (2021–2025)
Filem
- BoBoiBoy: The Movie (Mac 2016)
- BoBoiBoy Movie 2 (Ogos 2019)
- Mechamato Movie (Disember 2022)
- Papa Zola: The Movie (Disember 2025)
Filem pendek
- BoBoiBoy: Kebenaran Raya (Jun 2019)
- BoBoiBoy & Mechamato: Memori Eidulfitri (Mei 2021)
- BoBoiBoy: Kembali Aldilfitri (April 2022)
- BoBoiBoy & Mechamato: Temani Raya (April 2023)
- Papa Pipi Pindah (April 2024)
Akan datang
- BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan (Awal 2026) (Dalam produksi)
- Mechamato Movie 2 (2026) (Dalam produksi)
- BoBoiBoy B.I.G[9]
- Destinasi Terbaik
Lainnya
- Apa Kata Yaya
- BoBoiBoy Bantu
- OldTown White Coffee's Superhero Elemen
- BoBoiBoy x PUBG
- BoBoiBoy x Air Selangor
- KuBasMi (Yakult)
- BoBoiBoy Beyond (Digayakan dengan Be10nd sempena 10 tahun BoBoiBoy)
- BoBoiBoy x GSC PSA
- TGV PSA (BoBoiBoy)
- TM Tower x BoBoiBoy Movie 2
- Mechamato x GSC PSA
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads