Remove ads
Filem animasi Malaysia 2019 arahan Nizam Razak From Wikipedia, the free encyclopedia
BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem animasi komedi adiwira Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Nizam Razak. Filem ini menceritakan aksi BoBoiBoy dan rakan pasukannya yang perlu menentang makhluk jahat purba yang bernama Retak’ka mahu merampas kuasa elemental BoBoiBoy.
BoBoiBoy Movie 2 | |
---|---|
Pengarah | Nizam Razak |
Penulis | Nizam Razak |
Cerita oleh | Nizam Razak Anas Abdul Aziz |
Berdasarkan | BoBoiBoy oleh Nizam Razak |
Dihasilkan oleh | Nizam Razak Kee Yong Pin |
Dibintangi | Nur Fathiah Diaz Fadhli Mohd Rawi Wong Pak Lin Orked Shazwan Anas Abdul Aziz Dzubir Mohamed Zakaria Nur Intan Syuhadah Yap Ee Jean Wong Wai Kay |
Muzik oleh | Yuri Wong |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan | Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, (Ogos 8, 2019) Vietnam (Ogos 30, 2019 |
Masa tayangan | 117 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bajet | RM7 juta[1] |
Pecah panggung | RM30 juta |
Ini merupakan filem kedua yang diterbitkan oleh Animonsta Studios selepas BoBoiBoy: The Movie (2016). Ia merupakan kesinambungan tersendiri kepada musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Filem ini ditulis oleh Nizam sendiri dan Anas Abdul Aziz, dan merupakan filem pertama yang menggunakan latar belakang dan watak dari BoBoiBoy Galaxy.
Filem ini ditayangkan secara serentak di 4 buah negara mulai 8 Ogos 2019 termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand Singapura dan Brunei Vietnam. juga telah ditayangkan pada 30 Ogos dengan versi alih suara bahasa Vietnam.
Dalam filem ini, BoBoiBoy dan kawan-kawan sedang diburu oleh seorang makhluk purba, Retak'ka yang ingin merampas Kuasa Elemental BoBoiBoy. Retak'ka ialah pengguna asal Kuasa Elemental yang sekarang miliki BoBoiBoy. Untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi, dia berniat mengambih alih kuasa itu. BoBoiBoy dan kawan-kawan kini perlu berlawan untuk menewaskan Retak'ka sebelum kuasa itu jatuh ke tangan yang salah.
Pengarah Nizam Razak berkata proses pembikinan untuk filem kedua ini lebih pantas daripada filem pertama dan hanya mengambil masa setahun untuk disiapkan. Mereka menetapkan had masa 12 bulan untuk melihat jika mereka boleh membuat filem tanpa menjejaskan kualiti atau jalan cerita animasi tersebut.[2] Beliau mengaku terdapat tekanan untuk menyiapkan filem ini tepat pada masanya tetapi pasukan produksi beliau yang terdiri daripada 100 orang berjaya melakukannya mengikut masa yang ditetapkan. Mereka menggunakan teknologi yang lebih baik seperti Redshift dan kaedah simulasi menyeluruh[3] walaupun kosnya akan menjadi lebih tinggi untuk memberikan kualiti terbaik kepada penonton.[4] Jika reaksi kepada filem ini adalah positif, mereka bercadang untuk menghasilkan filem secara konsisten, dengan filem baharu dikeluarkan setiap tahun atau setiap setahun setengah.[2]
Lagu rasmi filem ini dicipta dan dinyanyikan oleh Faizal Tahir setelah beliau telah ditawarkan untuk menyanyikan lagu tersebut daripada Animonsta Studios. Beliau menggambarkan peluang menyanyikan lagu tema filem ini sebagai platform mendekati peminat muda.[5] Video lirik rasminya telah dikeluarkan pada 27 Jun 2019,[6] dan video muzik secara rasminya telah dikeluarkan di YouTube pada 26 Julai 2019. Lagu ini dikeluarkan di iTunes pada 2 Ogos 2019, beserta semua lagu dalam albumnya, Rojak.
Sebelum BoBoiBoy: The Movie dikeluarkan pada tahun 2016, Nizam Razak menyatakan bahawa mereka telahpun mempunyai idea mereka untuk filem kedua.[7] Teaser rasmi pertama untuk filem ini telah dikeluarkan pada 8 Mac 2019.[8]
Pada 10 Mei 2019, Monsta memuat naik video pengumuman tarikh tayangan untuk pawagam Malaysia, iaitu pada 8 Ogos 2019.[9] Ia kemudian didedahkan bahawa 4 lagi negara juga mempunyai tarikh tayangan yang sama. Monsta menyiarkan treler rasmi untuk filem ini pada 25 Jun 2019.[10]
Ini akan menjadi filem Malaysia pertama yang dikeluarkan serentak di 5 negara termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Vietnam. Bagaimanapun, penayangan Vietnam ditangguh hingga 30 Ogos untuk membuat alih suara versi penuh Vietnam telah ditayangkan di Vietnam. Ia akan ditayangkan di lebih 500 pawagam.[11] yang terdiri daripada lebih 144 pawagam di Malaysia, 8 pawagam di Singapura, 4 pawagam di Brunei, 150 pawagam di Indonesia dan 120 pawagam di Vietnam. Buat masa ini, terdapat permintaan dari Thailand dan Filipina tetapi tiada pengumuman dibuat setakat ini. Monsta juga menyasarkan pasaran Korea Selatan, India dan China untuk tayangan akan datang.
Filem ini bersama-sama dengan Sangkar dan M for Malaysia telah mengungguli carta Top 10 Pilihan Penonton Golden Screen Cinemas, di mana BoBoiBoy Movie 2 menduduki tangga ke-6, sementara Sangkar berada di tangga ke-3 dan M for Malaysia berada di tangga ke-7.[12]
Jadual kutipan pawagam BoBoiBoy Movie 2 (8 Ogos – 6 Oktober ) | |
---|---|
Tempoh Tayangan | Kutipan Longgokan |
1 hari (8 Ogos) | RM1.18 juta[13] |
5 hari (12 Ogos) | RM9.90 juta[14] |
8 hari (15 Ogos) | RM15.80 juta[15] |
11 hari (18 Ogos) | RM21 juta[16] |
18 hari (25 Ogos) | RM25 juta[17] |
26 hari (2 September) | RM27.70 juta[18] |
70 hari (18 Oktober) | RM29.60 juta[19] |
Monsta mensasarkan untuk mengumpul lebih banyak daripada kutipan filem pertama (RM20 juta) memandangkan jumlah tayangan lebih tinggi.[4] Filem ini telah meraih RM 1.18 juta pada hari pertama, kutipan pembukaan tertinggi bagi filem animasi tempatan. Filem ini telah meraih kutipan memecah RM 15.8 juta selepas 8 hari tayangan. Kutipan ini berjaya memecah rekod filem BoBoiBoy: The Movie yang pertama. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah menerima terhadap filem animasi tempatan sebagai filem animasi No.1 negara dan secara umumnya. Dalam tempoh 18 hari, BoBoiBoy Movie 2 telah mengumpul RM 25 juta dalam tempoh tiga minggu sekali gus menjadi filem tempat ketiga paling tinggi di Malaysia, mengatasi filem aksi tahun lalu yang merupakan filem di bawah terbitan Astro Shaw, Polis Evo 2 yang membawa pulang sebanyak RM20 juta. Ia telah mengalahkan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal secara rasmi sebagai filem animasi paling laris di Malaysia, mengalahkan semua filem animasi tempatan dan antarabangsa dengan mengutip sebanyak RM27.7 juta selepas 26 hari.
Dalam 70 hari, BoBoiBoy Movie 2 berjaya mencapai kutipan sebanyak RM30 juta di Malaysia, Brunei, Singapura dan Vietnam dengan kutipan sebanyak RM29.60 juta di dalam Malaysia.[20]
Selepas kejayaan filem BoBoiBoy Movie 2, Nizam Razak menyatakan mereka telah merancang untuk menghasilkan filem ketiga BoBoiBoy. Namun, pada masa ini ia tidak menjadi fokus Monsta kerana mereka memberikan tumpuan kepada filem MechAmato yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun 2020, tetapi ditunda pada tahun seterusnya kerana pandemik COVID-19.[21]
MONSTA telah mendedahkan filem ketiga dalam francais filem BoBoiBoy bertajuk BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan yang akan dikeluarkan pada Disember 2025[22] dengan memberi laluan terlebih dahulu kepada BoBoiBoy Galaxy Musim 2 yang ditayangkan pada Disember 2023 dan dibahagikan kepada 4 arc.
Tetapi dengan Gar'latan Arc di BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan sebabnya tukar nama itu.
Tajuk didedahkan pada awalnya sebagai Papa Zola: The Movie. Semasa MONSTA CON 2023 di GSC LaLaport BBCC, MONSTA mengumumkan bahawa filem tersebut bertajuk PAPA Game On dan dijangka ditayangkan pada Disember 2024 sempena cuti sekolah.[23] Ini merupakan tindakan susulan daripada berita watak Papa Zola bakal digugurkan daripada filem BoBoiBoy yang seterusnya kerana permintaan peminat sendiri.[24][25] pada Ramadan 2024, Filem pendek ditayangkan diri 4 April jadi tukarkan di 2025.[26]
Papa Game ON ditayangkan yang Jun 2025.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.