Nur Fathiah Diaz

From Wikipedia, the free encyclopedia

Nur Fathiah Diaz

Nur Fathiah Diaz (lahir pada 20 Oktober 1999) ialah seorang pelakon, pelakon suara, artis, dan penyanyi Malaysia. Beliau terkenal kerana membintangi suara watak sebagai Upin & Ipin selama tiga musim. Pada musim ke-4 siri Upin & Ipin, beliau digantikan oleh Asyiela Putri. Beliau kini merupakan pengisi suara bagi watak BoBoiBoy dan siri animasi BoBoiBoy, BoBoiBoy Galaxy dan filem rancangan tersebut.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Nur Fathiah Diaz
Thumb
Fathiah semasa mempromosikan BoBoiBoy Movie 2 bersama TGV Cinemas
Kelahiran
Nur Fathiah binti Diaz

(1999-10-20) 20 Oktober 1999 (umur 25)
WarganegaraMalaysia
Nama lainKak Thiah
Kerakyatan Malaysia
PekerjaanPelakon, pelakon suara, artis, penyanyi, guru bahasa Inggeris
Tahun aktif2005–kini
PasanganImran (2023-kini)
SaudaraMuhammad Fathi Diaz (adik)
KeluargaDiaz Mohd Bahauddin (bapa)
Azlinda Mohd Alias (ibu)
Tutup

Kerjaya

Fathiah merupakan anak sulung kepada pasangan Diaz Mohd Bahauddin dan Azlinda Mohd Alias. Di samping itu, adiknya, Muhammad Fathi Diaz juga merupakan pelakon suara Ochobot.

Fathiah pertama kali mencuburi bidang alih suara dengan mensuarakan watak Upin & Ipin dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula, kemudian beliau mengisi suara bagi siri animasi Upin & Ipin dari musim pertama hingga ketiga sebagai watak yang sama.

Setelah mengundurkan diri buat sementara waktu, Fathiah kembali ke mengisi suara bagi watak BoBoiBoy dalam siri animasi Malaysia BoBoiBoy. Dia juga berlakon sebagai watak BoBoiBoy dalam filem BoBoiBoy: The Movie.[1]

Fathiah sekali lagi memegang perana watak BoBoiBoy dalam BoBoiBoy Galaxy dan BoBoiBoy Movie 2 di mana kedua-dua tersebut bertemakan galaksi semesta cereka Sains.

Selain daripada menjadi seorang pelakon suara, Fathiah juga merupakan guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah agama di Shah Alam, Selangor. Fathiah mengakui bahawa peminat sukar untuk terima hakikat watak BoBoiBoy ialah wanita malahan individu dewasa. Kata beliau kepada Berita Harian,

"Apabila mereka jumpa dan tahu suara watak BoBoiBoy tu kepunyaan saya, kanak-kanak tergamam sebab tidak percaya.

"Mungkin dalam fikiran mereka, makcik manalah yang jadi BoBoiBoy ni (ketawa).

"Bila mereka dengar sahaja suara sama dengan karakter itu, barulah mereka percaya,"[2]

Fathiah kini selamat berkahwin bersama pasangan beliau pada 25 Oktober 2023. Perkahwinan ini viral di TikTok dan disahkan oleh Anas Abdul Aziz[3] dan Tuan Haji Mohd Zainul Ariffin, pengetua SAM Bestari.

Filemografi

Siri Animasi

  • Upin & Ipin (2007 - 2009) sebagai suara Upin dan Ipin & Fathiah
  • Ingat! (2009 - 2010) sebagai suara Fathiah
  • BoBoiBoy (2011 - 2016), Apa Kata Yaya (2011, 2013 - 2014) & BoBoiBoy Galaxy (2016 - kini) sebagai suara BoBoiBoy & BoBoiBot (BoBoiBot ialah Robot BoBoiBoy oleh Adu Du) (Musim 3 sahaja))

Filem

Lainnya

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.